fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, May 12, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Dipacu Prestasi Wall Street

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini berikutan kenaikan Wall Street dipacu oleh kemerosotan hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) dan penurunan tarif oleh Rumah Putih termasuk penarikan semula tarif berkaitan kereta sebanyak 25 peratus.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.30 mata kepada 1,519.86 daripada 1,515.56 ketika ditutup semalam.

Indeks penanda aras itu dibuka 2.51 mata lebih tinggi kepada 1,518.07.

Berkaitan

Bursa Malaysia Meningkat Semula Untuk Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Alami Penurunan Selepas Dibuka Tinggi Ekoran Pengambilan Untung Sederhana

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 146 berbanding 93, dengan 200 kaunter tidak berubah, 1,980 kaunter tidak diniagakan dan 96 yang lain digantung.

Jumlah dagangan mencecah 65.22 juta saham bernilai RM26.55 juta.

Dilaporkan bahawa Setiausaha Perdagangan Amerika Syarikat (AS) Howard Lutnick berkata pentadbiran Presiden AS Donald Trump telah mencapai perjanjian perdagangan pertamanya bagaimanapun enggan menamakan negara tersebut.

Dalam pada itu, Malacca Securities Sdn Bhd berkata perjanjian perdagangan boleh memacu momentum trend menaik dalam pasaran selain keyakinan terhadap pendapatan saham bermodal besar akan datang.

“Memandangkan prestasi Wall Street yang positif, kami tetap optimis bahawa momentum belian mungkin berterusan walaupun kenaikan harga mungkin dihadkan disebabkan cuti umum Hari Pekerja,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

Peniaga juga akan memantau keluaran suku pertama AS bagi hasil Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan data Indeks Pengurus Pembelian (IPP) bagi pembuatan China pada April.

Dalam kalangan kaunter berwajaran tinggi, Maybank menambah empat sen kepada RM9.99, Tenaga Nasional dan CIMB naik dua sen masing-masing kepada RM13.66 dan RM7.04 manakala Public Bank dan IHH Healthcare tidak berubah masing-masing pada RM4.43 dan RM6.87.

Bagi kaunter aktif, Velesto meningkat satu sen kepada 16 sen, Eden Inc meningkat 1.5 sen kepada 16.5 sen, Jaks Resources melonjak 0.5 sen kepada 9.5 sen manakala Ingenieur Gudang dan Jiankun International tidak berubah masing-masing pada 3.5 sen and tiga sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 30.95 mata kepada 11,305.36, Indeks FBMT 100 menambah 31.37 mata kepada 11,076.33, dan Indeks FBM Emas Shariah meningkat 28.72 mata kepada 11,146.45. Indeks FBM 70 mengukuh 45.47 mata kepada 15,950.46, bagaimanapun Indeks FBM ACE turun 0.05 mata kepada 4,618.05.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 43.71 mata kepada 18,143.82, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.09 mata kepada 149.01, Indeks Tenaga menokok 3.13 mata kepada 681.09 dan Indeks Perladangan meningkat 4.78 mata kepada 7,167.13.

— BERNAMA

Dapatkan Panduan Lengkap Melabur Waran

Murahnya waran sehingga kita boleh beli banyak unit berbanding beli seunit saham. Tapi macam mana nak buat duit dengan waran?

Semuanya kami akan kongsikan dalam pakej Combo: Webinar + Video + Ebook ‘Waran 101’ khas untuk anda yang nak dalami teknik melabur waran.

SAYA BERMINAT!
Tags: Bursa MalaysiaDonald TrumpMalacca SecuritiestarifWall Street
Share202ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Meningkat Semula Untuk Dibuka Tinggi

3 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Alami Penurunan Selepas Dibuka Tinggi Ekoran Pengambilan Untung Sederhana

4 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

6 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Sedikit Tetapi Kemudiannya Meningkat

7 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In