• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 23, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Untung Bersih F&N Turun Kepada RM140.34 Juta Bagi Suku Kedua

in Catalyst
A A
Untung Bersih Suku Kedua F&N Susut Kepada RM93.85 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing


KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) — Fraser & Neave Holdings Bhd (F&N Holdings) merekodkan keuntungan bersih lebih rendah bagi suku kedua berakhir 31 Mac, 2025 kepada RM140.34 juta daripada RM165.41 juta pada suku sama tahun lepas.

F&N Holdings dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata perolehan juga susut 1.4 peratus kepada RM1.33 bilion berbanding RM1.35 bilion sebelumnya, kebanyakannya disebabkan oleh jualan lebih rendah pada musim perayaan dialami oleh segmen makanan dan minuman (F&B) di Malaysia, banjir di pantai timur dan jualan merosot daripada segmen F&B Indochina.

Sementara itu, keputusan kewangan bagi separuh pertama tahun berakhir 31 Mac, 2025, menyaksikan penurunan dalam keuntungan bersih kepada RM309.36 juta berbanding RM336.15 juta pada separuh pertama tahun kewangan 2024.

Bagaimanapun, perolehan menokok 1.4 peratus kepada RM2.72 bilion berbanding RM2.69 bilion dalam tempoh sama sebelum ini.

Keuntungan operasi kumpulan untuk separuh pertama tahun kewangan 2025 melonjak 4.3 peratus kepada RM434.8 juta berbanding RM416.81 juta dalam tempoh sama tahun lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif Lim Yew Hoe berkata kedudukan kewangan kumpulan yang kukuh mencerminkan daya tahan perniagaan terasnya dalam menjana nilai walaupun dalam persekitaran sentimen perdagangan dan pengguna yang lemah.

“Ini menunjukkan bahawa keyakinan kumpulan untuk melabur dalam pelbagai pelaburan berskala besar untuk masa depan berada pada kedudukan yang baik,” katanya.

Berdasarkan kelemahan makroekonomi yang berpanjangan, kumpulan itu mengambil pendekatan berhemat untuk meraih nilai daripada perniagaan sedia ada dan membina tonggak pertumbuhan masa depan, kata F&N Holdings.

Seiring dengan prestasi kumpulan, ahli lembaga pengarah mengisytiharkan dividen interim satu peringkat sebanyak 30.0 sen sesaham (2024: 30.0 sen) untuk tahun kewangan berakhir 30 September, 2025.

Dividen berjumlah RM110.0 juta itu akan dibayar pada 30 Mei, 2025.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaF&N HoldingsKeputusansuku kedua
Share221ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In