• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, April 19, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Anak Syarikat Aizo Meterai PPA Dengan TNB Bagi Projek Solar Skala Besar Di Kampar

in Catalyst
A A
Anak Syarikat Aizo Meterai PPA Dengan TNB Bagi Projek Solar Skala Besar Di Kampar
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) — Anak syarikat 63 peratus milik Aizo Group Bhd (Aizo), Wawasan Demi Sdn Bhd (WDSB) memeterai perjanjian pembelian tenaga (PPA) dengan Tenaga Nasional Bhd (TNB) bagi pembangunan kemudahan fotovoltaik solar skala besar (LSS) 99.99 MWac di Kampar, Perak.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Aizo berkata ia susulan penerimaan awal surat notifikasi daripada Suruhanjaya Tenaga pada 6 Jan, 2025, yang melantik WDSB sebagai pemaju projek di bawah program LSS nasional.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“PPA merangkumi reka bentuk, pembinaan, pemilikan, operasi dan penyelenggaraan kemudahan penjanaan tenaga fotovoltaik solar dengan kapasiti 99.99 MWac, terletak di Kampar dan penjualan pengeluaran elektrik bersih yang dijana kepada TNB,” katanya. 

Katanya, syarat penting dalam PPA itu termasuk kapasiti eksport maksimum 99.99 MWac bagi kemudahan fotovoltaik solar, tempoh perjanjian selama 21 tahun bermula dari tarikh operasi komersial serta jangkaan siap dan permulaan operasi secara komersial menjelang 30 Okt, 2027.

Projek tersebut akan dibiayai menerusi dana yang dijana secara dalaman dan/atau pinjaman bank.

Mengenai faktor risiko, syarikat itu berkata projek membabitkan risiko operasi dan akan melaksanakan langkah serta prosedur kawalan untuk mengurangkan potensi berlakunya kesan itu.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Aizo Abang Abdillah Izzarim dalam satu kenyataan berasingan berkata PPA dengan TNB itu mencerminkan momentum kukuh di sebalik strategi tenaga boleh ubah syarikat itu.

“Projek LSS Kampar membuktikan keupayaan kami dalam meningkatkan infrastruktur solar gred utiliti dan kami berbangga untuk menyokong matlamat peralihan tenaga Malaysia yang lebih meluas.

“Kami kekal komited untuk melaksanakan projek ini dengan cemerlang dan berharap dapat memberikan sumbangan yang berkekalan kepada masa depan rendah karbon,” katanya.

— BERNAMA

Tags: Aizoperjanjian pembelian tenagaPPATNBWDSB
Share217ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In