fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, May 12, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Untung Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM68.42 Juta Bagi Suku Pertama 2025

in Catalyst, Market Update
A A
Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama

Kredit: MEDIA MULIA

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) — Keuntungan bersih Bursa Malaysia Bhd bagi suku pertama yang berakhir 31 Mac 2025 menyusut kepada RM68.42 juta daripada RM75.03 juta yang dicatatkan pada suku sama tahun sebelumnya.

Perolehan bagi suku yang dinilai juga turun kepada RM184.38 juta daripada RM187.2 juta.

Berkaitan

Untung Bersih Westports Naik Sembilan Peratus Kepada RM222.46 Juta Pada Suku Pertama 2025

Bursa Malaysia Meningkat Semula Untuk Dibuka Tinggi

Fibromat Dibuka Pada 46 Sen, Turun 16% Ketika Penyenaraian

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Fad’l Mohamed berkata suku pertama 2025 merupakan tempoh yang mencabar bagi pasaran global selain dipengaruhi oleh faktor luaran yang memberi kesan kepada prestasi pasaran ekuiti.

“Bagi suku semasa yang disemak, nilai dagangan harian purata (ADV) bagi dagangan dalam pasaran (OMT) serta dagangan perniagaan langsung (DBT) merosot sebanyak 11.9 peratus kepada RM2.8 bilion pada suku pertama 2025 daripada RM3.2 bilion pada suku pertama 2024.

“Halaju dagangan pada suku pertama 2025 berkurang sebanyak enam mata peratusan kepada 33 peratus berbanding 39 peratus pada suku pertama 2024,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bursa Malaysia berkata bilangan hari dagangan yang lebih rendah iaitu dua hari pada suku pertama 2025 berbanding suku pertama 2024 turut menyumbang kepada penurunan dalam perolehan operasi.

Bagi pasaran derivatif, perolehan dagangan mencatatkan peningkatan ketara sebanyak 13.7 peratus kepada RM28.9 juta pada suku pertama 2025 daripada RM25.4 juta pada suku pertama 2024.

“Peningkatan ini dipacu terutamanya oleh jumlah kontrak harian purata yang lebih tinggi untuk Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah,” katanya.

Sementara itu, Bursa Malaysia berkata perolehan daripada yuran persidangan dan pendapatan berkaitan pameran meningkat sebanyak 12.1 peratus kepada RM7.1 juta pada suku pertama 2025 daripada RM6.4 juta pada suku pertama 2024, disokong oleh bilangan peserta yang lebih tinggi pada Persidangan dan Pameran Unjuran Harga Minyak Sawit dan Minyak Laurik.

“Di pihak pasaran Islam, perolehan operasi mencatatkan peningkatan sebanyak 23.0 peratus kepada RM5.5 juta pada suku pertama 2025 daripada RM4.5 juta pada suku pertama 2024, terutamanya dipacu oleh peningkatan perolehan dagangan Bursa Suq Al-Sila’ (BSAS) sebanyak RM4.9 juta pada suku pertama 2025 daripada RM4.3 juta pada suku pertama 2024,” katanya.

Perolehan daripada Bursa Gold Dinar juga naik kepada RM0.6 juta pada suku pertama 2025 daripada RM200,000 pada suku pertama 2024.

Bursa Malaysia turut melaporkan segmen perniagaan datanya mengekalkan momentum pertumbuhan dengan perolehan operasi bertambah sebanyak 2.1 peratus kepada RM19.4 juta pada suku pertama 2025 daripada RM19.0 juta pada suku pertama 2024.

Mengulas mengenai prospek pasaran pada bulan akan datang, Fad’l berkata Bursa Malaysia tetap memberi tumpuan untuk memperkukuh ketahanan pasaran melalui usaha capaian yang berterusan.

Katanya langkah ini diambil walaupun berlaku ketidaktentuan pasaran global termasuk ketegangan geopolitik, keputusan dasar perdagangan dan monetari Amerika Syarikat serta turun naik harga komoditi yang terus membentuk sentimen pelabur.

Selain itu, Bursa Malaysia turut melaksanakan penawaran produk yang dipertingkatkan bagi meluaskan penyertaan pelabur.

“Kami menjangkakan inisiatif ini akan membantu mengurangkan kesan cabaran luaran selain mengekalkan aktiviti dagangan yang aktif di seluruh pasaran kami,” katanya.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaKeputusankewangansekuriti
Share203ShareSend

Related Posts

Keuntungan Bersih Suku Pertama 2024 Westports Meningkat Kepada RM204.51 Juta
Catalyst

Untung Bersih Westports Naik Sembilan Peratus Kepada RM222.46 Juta Pada Suku Pertama 2025

3 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Meningkat Semula Untuk Dibuka Tinggi

3 days ago
10 Perkara Anda Kena Tahu Sebelum Memohon IPO Fibromat (M) Berhad
Catalyst

Fibromat Dibuka Pada 46 Sen, Turun 16% Ketika Penyenaraian

4 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Alami Penurunan Selepas Dibuka Tinggi Ekoran Pengambilan Untung Sederhana

4 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In