fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, May 12, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Ulasan Keputusan: Sarawak Oil Palms [28 April 2025]

in Catalyst, Market Update
A A
Ulasan Keputusan: Sarawak Oil Palms [28 April 2025]
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp
  • Memulakan Tahun Dengan Prestasi Baik
  • Saranan BELI
  • Harga sasar (TP) sebanyak RM4.80 dikekalkan
  • Potensi kenaikan harga saham 61%
  • Kadar hasil dividen sekitar 4%

Dalam pemfailan kepada Bursa Malaysia pada Jumaat lalu, Sarawak Oil Palms melaporkan keuntungan bersih lebih tinggi sebanyak RM113.76 (YoY 43.2%) juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2025 (1Q FY2025), berbanding RM79.46 juta pada tahun sebelumnya.

Pendapatan meningkat kepada RM1.44 bilion (YoY 8.8%) daripada RM1.33 bilion sebelum ini.

  • Profil Syarikat

Sarawak Oil Palms terlibat dalam penanaman sawit minyak dan penapisan CPO di negeri Sarawak.

Berkaitan

Untung Bersih Westports Naik Sembilan Peratus Kepada RM222.46 Juta Pada Suku Pertama 2025

Bursa Malaysia Meningkat Semula Untuk Dibuka Tinggi

Fibromat Dibuka Pada 46 Sen, Turun 16% Ketika Penyenaraian

  • Untung teras 1Q25 jatuh 26%

Untung teras 1Q25 jatuh 26% QoQ (+27% YoY) kepada RM120.8j – rata-ratanya menepati anggaran kami dan konsensus dengan mencapai 24% dan 27% ramalan setahun penuh. Penurunan perolehan QoQ berpunca daripada penurunan keluaran tandan buah segar (FFB) (-12% QoQ) dan juga harga jualan purata (ASP) CPO yang lebih rendah (-6% QoQ).

Sarawak Oil Palms merekodkan harga jualan purata (ASP) CPO mencecah RM4,688 pada 1Q25 (-6% QoQ, +20%YoY), manakala harga isirung sawit (PK) melonjak naik pada peratusan lebih tinggi iaitu 14% QoQ (+81% YoY) kepada RM4,105, lebih tinggi berbanding harga purata Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) (premium +13%). Oleh demikian itu, margin PBT Sarawak Oil Palms menokok kepada 11% semasa suku tersebut berbanding 8.5% yang dicatat pada 1Q24. Kami mengambil maklum bahawa Sarawak Oil Palms tidak membuat jualan hadapan dan kami kekalkan andaian harga CPO FY25 pada RM4,300/tan.

  • Keluaran FFB 1Q25 susut 12%

Keluaran FFB 1Q25 susut 12% QoQ (+1.8% YoY), akibat musim keluaran rendah dan hujan lebat pada bulan Januari. Walaupun angka ini berada bawah bayangan kami dan pihak pengurusan sebanyak 5-6%, Sarawak Oil Palms masih optimis yang keluaran akan memulih memandangkan cuaca sudah mula kembali normal setakat ini pada bulan April, lalu sasarannya untuk FY25 dikekalkan. Oleh itu, kami kekalkan ramalan pertumbuhan FFB FY25F-26F pada 5-6%, dan +3% untuk FY27F.

Anggaran kos unit meningkat 17% QoQ (+19.5% YoY), disebabkan oleh pengeluaran FFB lebih rendah. Kami dapati Sarawak Oil Palms sekarang sedang berusaha
mendapatkan keperluan baja untuk 1H25 pada harga yang lebih kurang sama YoY (0-5% lebih rendah). Kami kekalkan andaian kos unit kami buat masa ini, kerana kami menjangkakan keluaran akan pulih pada suku-suku mendatang, yang seterusnya dapat menurunkan kos unit.

  • Tiada pendedahan untuk segmen hiliran

Tiada pendedahan diberi untuk segmen hiliran, namun kami berpendapat segmen ini akan menghadapi cabaran akibat keadaan pasaran yang tidak menentu sekarang. Meskipun PO keluaran Malaysia mungkin tampak menarik berbanding Indonesia atas sebab tarif AS lebih rendah (24% berbanding 32%), hal ini mungkin diimbangi oleh struktur cukai Indonesia yang lebih menguntungkan (17.9% berbanding 10% oleh Malaysia) selepas mengandaikan cadangan terkini untuk meminda cukai eksport untuk PO sebanyak -5% dan levi CPO sebanyak +2.5%. Dengan itu, kami tetap berjaga-jaga akan prestasi segmen ini dan kekalkan anggaran konservatif untuk kadar penggunaan (75%) dan andaian margin 3%.

  • Faktor pemacu utama
    • i. Pergerakan harga CPO
    • ii. Hasil pengeluaran FFB
    • iii. Daya saing meningkat dalam bahagian pemprosesan hilirannya berbanding bahagian milik syarikat lain

  • Risiko utama
    • i. Pergerakan harga CPO
    • ii. Risiko cuaca
    • iii. Dinamik permintaan dan bekalan dalam industri minyak sayuran dunia.
  • Kesimpulan

Perolehan 1Q25 dilihat menepati jangkaan kami dan konsensus. Menuju ke hadapan, kami menjangkakan Sarawak Oil Palms ($SOP) akan mencatat rekod prestasi perolehan yang konsisten apabila keluaran terus bertambah baik, namun perolehan mungkin dilemahkan oleh harga minyak sawit mentah (CPO) yang menurun. Disebabkan oleh kedudukannya sebagai syarikat perladangan tulen dengan EBIT/ha melepasi paras purata, kami berpendapat penilaiannya sekarang adalah murah, dengan diniagakan pada P/E 2025F 5.3x, iaitu bawah julat syarikat pesaing antara 7-11x.

Penganalisis
Hoe Lee Leng +603 2302 8110 ([email protected])

Laporan Hari Ini:  Sarawak Oil Palms : Memulakan Tahun Dengan Prestasi Baik; Kekal BELI (28 Apr 2025)
Laporan Sebelumnya: Sarawak Oil Palms : Finishing The Year On a High Note; Keep BUY (3 Mac 2025)
Pautan kepada laporan bahasa Inggeris: Sarawak Oil Palms : Starting The Year On The Right Foot; Keep BUY (28 Apr 2025)

*Nota: Laporan terjemahan Bahasa Malaysia ini merupakan versi ringkas bagi laporan asal dalam bahasa Inggeris dan diguna pakai untuk menyampaikan maklumat sahaja. Penerima dinasihatkan untuk merujuk laporan asal dalam bahasa Inggeris untuk butiran lanjut, dan untuk penafian penyelidikan dan pendedahan rasmi. Walaupun laporan terjemahan Bahasa Malaysia disediakan, laporan asal dalam bahasa Inggeris hendaklah diberi keutamaan sekiranya berlaku sebarang persoalan tentang pentafsiran, percanggahan ataupun dalam hal yang lain.

Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.

Nak tahu strategi terbaik untuk trade FCPO? Nak dapatkan pulangan yang baik, tak kira pasaran menaik atau menurun?

Belajar dulu.

Kemudian mula dengan modal yang paling minimum. Bukan trade dulu kemudian baru belajar.

Ini bukan kelas PREVIEW. Terus belajar teknik penting untuk berdagang FCPO.
Yang penting, akan dapat ilmu dengan yuran yang berbaloi-baloi!

Klik link di bawah untuk daftar sebelum sold out 👉 👉 SAYA NAK TRADE FCPO

PRA-DAFTAR WEBINAR TRADE FCPO!!


Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!

Siap dapat diskaun Early Bird!

SAYA NAK PRA-DAFTAR!

Tags: Bursa MalaysiaQuarter ReportSarawak Oil Palms
Share202ShareSend

Related Posts

Keuntungan Bersih Suku Pertama 2024 Westports Meningkat Kepada RM204.51 Juta
Catalyst

Untung Bersih Westports Naik Sembilan Peratus Kepada RM222.46 Juta Pada Suku Pertama 2025

3 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Meningkat Semula Untuk Dibuka Tinggi

3 days ago
10 Perkara Anda Kena Tahu Sebelum Memohon IPO Fibromat (M) Berhad
Catalyst

Fibromat Dibuka Pada 46 Sen, Turun 16% Ketika Penyenaraian

4 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Alami Penurunan Selepas Dibuka Tinggi Ekoran Pengambilan Untung Sederhana

4 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In