fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, May 12, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Mulakan Dagangan Dengan Kukuh Susulan Petunjuk Positif Daripada Wall Street

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka positif, didorong oleh prestasi Wall Street yang baik berikutan ketidakpastian mengenai perang perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China yang terus mereda.

Pada 9.04 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.09 mata kepada 1,513.29 daripada 1,509.20 semasa ditutup pada Jumaat lepas.

Indeks petunjuk pasaran pada awalnya naik 2.63 mata, dibuka pada 1,511.83.

Berkaitan

Bursa Malaysia Meningkat Semula Untuk Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Alami Penurunan Selepas Dibuka Tinggi Ekoran Pengambilan Untung Sederhana

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Suasana pasaran positif dengan 154 kaunter untung mengatasi 70 kaunter rugi. Sejumlah 249 kaunter tidak berubah manakala 1,994 kekal tidak diniagakan dan 58 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 68.48 juta saham bernilai RM35.25 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata sentimen bertambah baik, disokong oleh siri laporan pendapatan korporat yang kukuh.

Sementara itu, katanya hasil 10 tahun AS terus merosot kepada 4.255 peratus.

“FBM KLCI mengekalkan kenaikannya, ditutup hampir kepada paras 1,510 pada minggu lepas. Walaupun sentimen kekal berhati-hati, kami gembira prestasi bursa tempatan yang positif baru-baru ini didorong oleh kemasukan semula dana asing.

“Jika ini berterusan, kita boleh menjangka aliran meningkat yang baharu dengan paras 1,530 sebagai sasaran baharu,” katanya, sambil menambah beliau menjangka indeks akan berada dalam julat 1,510 hingga 1,520 hari ini.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menambah empat sen kepada RM9.91, Public Bank dan CIMB, masing-masing naik tiga sen kepada RM4.39 dan RM7.02 serta IHH Healthcare meningkat satu sen kepada RM6.88. Tenaga Nasional merosot dua sen kepada RM13.54.

Dalam dagangan aktif, SNS Network naik tiga sen kepada 46.5 sen, Avangaad dan SFP Tech, masing-masing meningkat setengah sen kepada 28.5 sen dan 22.5 sen manakala Careplus kekal stabil pada 16 sen. Nationgate merosot satu sen kepada RM1.29.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 34.52 mata kepada 11,254.36, Indeks FBMT 100 meningkat 33.33 mata kepada 11,023.25, Indeks FBM Emas Shariah menambah 29.90 mata kepada 11,114.16, Indeks FBM 70 menokok 62.08 mata kepada 15,853.18 dan Indeks FBM ACE naik 13.15 mata kepada 4,636.72.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 66.86 mata kepada 18,058.05, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan naik 0.52 mata kepada 149.25, Indeks Tenaga menambah 1.18 mata kepada 675.86 dan Indeks Perladangan menokok 44.42 mata kepada 7,269.34.

Sementara itu, Bursa Malaysia Bhd, dengan kerjasama erat Suruhanjaya Sekuriti Malaysia menjelaskan kerugian daripada akses dan aktiviti dagangan yang tidak dibenarkan pada 24 April 2025, telah dapat dibendung. 

Bursa Malaysia mengesahkan insiden itu, yang melibatkan sejumlah kecil akaun dagangan pelanggan dalam talian broker telah selesai dan langkah-langkah telah diambil untuk mencegah kejadian sama pada masa depan.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaRakuten TradeThong Pak LengWall Street
Share201ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Meningkat Semula Untuk Dibuka Tinggi

3 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Alami Penurunan Selepas Dibuka Tinggi Ekoran Pengambilan Untung Sederhana

4 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

6 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Sedikit Tetapi Kemudiannya Meningkat

7 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In