fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, May 12, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

in Catalyst
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini sejajar dengan prestasi semalaman Wall Street yang positif, didorong oleh pendapatan korporat yang menggalakkan terutamanya daripada syarikat induk Google, Alphabet Inc yang mencatatkan prestasi lebih tinggi daripada jangkaan.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.23 mata kepada 1,509.75 daripada 1,506.52 pada Khamis.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 5.12 mata kepada 1,511.64.

Berkaitan

Untung Bersih Westports Naik Sembilan Peratus Kepada RM222.46 Juta Pada Suku Pertama 2025

Fibromat Dibuka Pada 46 Sen, Turun 16% Ketika Penyenaraian

Pharmaniaga Catat Untung Bersih RM29.58 Juta, Lebih Tinggi Pada Suku Pertama 2025

Suasana pasaran positif, dengan 221 kaunter untung mengatasi 93 kaunter rugi. Sejumlah 227 kaunter tidak berubah manakala 1,916 tidak diniagakan dan 39 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 140.44 juta saham bernilai RM70.59 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata pendapatan Alphabet yang meningkat 12 peratus tahun ke tahun, mengatasi jangkaan Wall Street sebanyak 10 peratus.

“Prestasi yang lebih baik daripada jangkaan (oleh Alphabet) menyumbang kepada kenaikan semalaman Wall Street dengan minat belian tertumpu terutamanya kepada saham berkaitan teknologi.

“Sementara itu, hasil 10 tahun AS merosot kepada 4.315 peratus,” katanya kepada Bernama.

Di Hong Kong, katanya Indeks Hang Seng susut di bawah paras 22,000 susulan kenyataan bahawa Washington tidak menawarkan untuk menurunkan tarif secara unilateral.

“Peniaga juga kecewa berikutan AS tidak menunjukkan pelan tindakan yang jelas untuk meredakan ketegangan perdagangan,” katanya.

Dalam negara, Thong berharap FBM KLCI akan terus melepasi paras 1,500 yang disokong oleh aktiviti belian asing.

“Kami terkejut dengan aliran masuk asing bersih pada Rabu, yang jarang berlaku pada tahun ini dan diharap ini akan berterusan.

“Pada masa ini, ia berada di bawah 14 kali nisbah harga kepada keuntungan. Penilaian untuk bursa tempatan dilihat menarik, justeru, kami menjangka indeks akan berada dalam julat 1,500 hingga 1,515 hari ini,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan Tenaga Nasional, masing-masing menambah 2.0 sen kepada RM9.97 dan RM13.62, CIMB naik 4.0 sen kepada RM7.02, IHH Healthcare berkurangan 1.0 sen kepada RM6.87 manakala Public Bank mendatar pada RM4.37. 

Dalam dagangan aktif, Yong Tai naik 2.0 sen kepada 24 sen, Bina Puri merosot 12 sen kepada 25.5 sen, Pos Malaysia berkurangan 2.5 sen kepada 26.5 sen manakala Jiankun International dan My E.G. Services, masing-masing mendatar pada 3.0 sen dan 89.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 29.80 mata kepada 11,184.34, Indeks FBMT 100 meningkat 28.71 mata kepada 10,964.86, Indeks FBM Emas Shariah menambah 27.37 mata kepada 11,016.69, Indeks FBM 70 menokok 61.94 mata kepada 15,639.12 manakala Indeks FBM ACE berkurangan 4.57 mata kepada 4,598.93.

Dalam sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 41.30 mata kepada 18,037.22, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan meningkat 0.96 mata kepada 146.87, Indeks Tenaga menambah 2.35 mata kepada 668.19 manakala Indeks Perladangan merosot 11.10 mata kepada 7,182.26. 

Sementara itu, Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia menerima laporan semalam bahawa broker telah mengenal pasti kegagalan log masuk atau akses dan aktiviti dagangan tanpa kebenaran oleh pelanggan yang dilaksanakan melalui akaun dagangan dalam talian pelanggan yang terhad.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaRakuten TradeThong Pak LengWall Street
Share198ShareSend

Related Posts

Keuntungan Bersih Suku Pertama 2024 Westports Meningkat Kepada RM204.51 Juta
Catalyst

Untung Bersih Westports Naik Sembilan Peratus Kepada RM222.46 Juta Pada Suku Pertama 2025

3 days ago
10 Perkara Anda Kena Tahu Sebelum Memohon IPO Fibromat (M) Berhad
Catalyst

Fibromat Dibuka Pada 46 Sen, Turun 16% Ketika Penyenaraian

4 days ago
Juruaudit Nyata Keraguan Keupayaan Pharmaniaga Teruskan Kesinambungan Perniagaan 
Catalyst

Pharmaniaga Catat Untung Bersih RM29.58 Juta, Lebih Tinggi Pada Suku Pertama 2025

4 days ago
IPO Oasis Home Holding Berhad: Dari TikTok Live ke Bursa Malaysia
Asas Saham

IPO Oasis Home Holding Berhad: Dari TikTok Live ke Bursa Malaysia

6 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In