- Saranan BELI dikekalkan
- Harga sasar (TP) baharu mencecah RM3.04 daripada RM3.35
- Potensi kenaikan harga saham 59%
- Kadar hasil dividen kira-kira 4% untuk FY25F

Kami percaya saham ini dijual secara berlebihan walaupun ketidaktentuan berlaku dalam jangka pendek. Dengan lonjakan tempahan cemas mungkin dibuat dalam jangka pendek dan pemindahan kegiatan pembuatan yang rancak, kami meramalkan Unisem (M) akan terus bertahan menghadapi perang perdagangan sekarang berikutan kelompok pelanggan pelbagai, penawaran hebat, dan pengetahuan tentang proses ketika persaingan tinggi.
Nilai semasanya yang berada bawah paras purata menawarkan peluang pelaburan yang baik.
- Profil Syarikat
Unisem ialah sebuah syarikat Outsourced Semiconductor Assembly and Test (OSAT) yang memiliki loji di Ipoh, Perak, Malaysia dan Chengdu, China. Syarikat ini menawarkan pelbagai perkhidmatan pemasangan dan pengujian seperti pembonggolan wafer, penguaran wafer, pencanaian wafer, pelbagai pembungkusan litar bersepadu kerangka sambungan dan substrat, pembungkusan cip skala peringkat wafer (CSP), cip flip dan frekuensi radio, perkhidmatan pengujian analog, digital dan isyarat bercampur.

- Kelegaan sementara tetapi ketidakpastian masih ada
Penangguhan sementara pelaksanaan tarif terhadap pelbagai barangan semikonduktor dan elektronik memberi kelegaan untuk sektor ini bagi mengelakkan kejutan dari segi permintaan dalam jangka terdekat. Namun begitu, tarif berasingan yang dikenakan pada cip mungkin akan dilaksanakan supaya AS dapat mengurangkan kebergantungannya pada China.
Penarikan dasar atau pengenalan tarif baharu dari kedua-dua AS dan China mungkin mengundang semula ketidakpastian dalam sektor ini.
- Faktor-faktor positif
Ekosistem Malaysia yang sudah kukuh, dengan prasarana maju, buruh mahir, kos rendah dan dasar-dasar yang menyokong pelaburan, menjadikannya penerima manfaat besar daripada usaha giat memindahkan kegiatan pembuatan ke ASEAN dan strategi China Plus One dalam jangka lebih panjang. Kami lega dengan rantai bekalan syarikat-syarikat multinasional AS yang kukuh bertapak di Malaysia. Beberapa antaranya akan terus menerima pengecualian tertentu dan nasibnya mungkin lebih baik berbanding rantai bekalan di negara pesaing yang dikenakan tarif timbal balik asal yang jauh lebih tinggi.
- Capex dan bilangan tenaga kerja
Perbelanjaan capex Unisem memaparkan trend menggalakkan apabila ia mencecah nilai RM653j dalam tempoh dua tahun lalu untuk tujuan pengembangan kapasitinya dan pembinaan loji di Gopeng. Bilangan tenaga kerjanya turut meningkat dalam lima suku tahun lalu, daripada 5.67 ribu kepada 6.57 ribu. Tekad syarikat ini untuk terus melabur dalam teknologi dan menambah baik kecekapan pengeluaran mengukuhkan keyakinan pihak pengurusan mengenai pertumbuhan perniagaan pada masa hadapan.
- Langkah pencegahan melalui potongan
Pendedahan Unisem pada AS adalah 67% berdasarkan penyata FY24-nya tetapi kami difahamkan kebanyakan litar bersepadunya tidak dieksport terus ke AS. Maka, produk-produk ini mungkin tidak dikenakan tarif langsung, jika ada. Impaknya mungkin lebih dilihat dalam gangguan permintaan (harga barangan lebih mahal, sentimen lebih buruk) sekiranya perang dagang berlarutan. Dengan ketidakpastian timbul daripada perang perdagangan yang sedang berlaku, kami membuat potongan 12% dan 17% pada perolehan FY25-26F sebagai langkah pencegahan, ekoran andaian pertumbuhan pendapatan kasar lebih rendah selepas mengambil kira permintaan yang berpotensi memperlahan.
- Potensi kenaikan
Walaupun ramalan kami dipotong, kami menjangkakan potensi kenaikan besar untuk TP kami. Oleh itu, pelabur patut tidak hirau akan kekangan jangka pendek dan mengambil kedudukan dalam sektor bagi menghadapi pemulihan kitaran ekonomi, dan memilih syarikat kukuh yang dijangka akan memanfaatkan fasa menaik tersebut. TP RM3.04 baharu kami menandakan P/E 30x untuk FY25F (+1.5SD daripada purata 5 tahunnya), dengan kemasukan premium ESG 2%.
- Faktor pemacu utama
- i. Meraih kontrak baharu
- ii. Jumlah pesanan lebih banyak
- iii. Mata wang MYR lebih lemah berbanding USD
- Risiko utama
- i. Pesanan yang turun naik ke paras negatif
- ii. Jualan telefon pintar yang lebih lemah berbanding jangkaan
- iii. Mata wang MYR lebih kukuh berbanding USD
- iv. Keusangan teknologi


Penganalisis
Lee Meng Horng +603 2302 8115 ([email protected])
Baca laporan analisis penuh: Unisem (M) : Kemunculan Nilai; Kekal BELI (24 Apr 2025)
Laporan Sebelumnya: Unisem (M) : Earnings Inflection Point; Stronger Loadings Ahead (3 Mac 2025)
Pautan kepada laporan bahasa Inggeris: Unisem (M) : Value Emerging; Keep BUY (24 Apr 2025)
*Nota: Laporan terjemahan Bahasa Malaysia ini merupakan versi ringkas bagi laporan asal dalam bahasa Inggeris dan diguna pakai untuk menyampaikan maklumat sahaja. Penerima dinasihatkan untuk merujuk laporan asal dalam bahasa Inggeris untuk butiran lanjut, dan untuk penafian penyelidikan dan pendedahan rasmi. Walaupun laporan terjemahan Bahasa Malaysia disediakan, laporan asal dalam bahasa Inggeris hendaklah diberi keutamaan sekiranya berlaku sebarang persoalan tentang pentafsiran, percanggahan ataupun dalam hal yang lain.

Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!
Siap dapat diskaun Early Bird!