fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, May 12, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Meningkat Susulan Harapan Terhadap Hubungan Baik AS – China

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pagi Ini, Dagangan Wall Street Turut Lemah
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Malaysia Meningkat Semula Untuk Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Alami Penurunan Selepas Dibuka Tinggi Ekoran Pengambilan Untung Sederhana

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Rabu, menjejaki kenaikan di Wall Street dalam tempoh semalaman ketika ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China diharap semakin reda.

Pada 9.19 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 12.09 mata kepada 1,498.34 daripada 1,486.25 ketika ditutup semalam.

Indeks penanda aras itu dibuka 11.11 mata lebih tinggi kepada 1,497.36.

Lingkungan pasaran adalah positif, dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 363 berbanding 106 manakala 226 kaunter tidak berubah, 1,709 kaunter tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 311.53 juta saham bernilai RM170.09 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata sentimen optimis itu susulan kenyataan Setiausaha Perbendaharaan AS, Scott Bessent, yang menyatakan situasi perdagangan semasa adalah tidak mampan dan pengurangan dijangka berlaku.

“Sementara itu, Presiden AS Donald Trump mengulangi beliau tidak berniat untuk menyingkirkan Pengerusi Rizab Persekutuan, Jerome Powell, apabila hasil berjangka 10 tahun AS sedikit turun kepada 4.401 peratus,” katanya kepada Bernama.

Thong yakin FBM KLCI mungkin menerima sokongan belian hari ini, dipacu oleh lonjakan semula yang ketara di Wall Street.

“Kami menjangkakan indeks ini berlegar antara paras 1,490 hingga 1,500 hari ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata pihaknya menjangkakan FBM KLCI diniagakan lebih tinggi hari ini, mencerminkan perkembangan dalam isu Trump-Powell dan tarif perdagangan.

“Trump telah menjelaskan bahawa beliau tidak berniat untuk memecat Powell, walaupun beliau mahukan pendirian yang lebih proaktif dalam menurunkan kadar faedah.

“Mengenai tarif China, Trump menyatakan tarif AS yang kini pada kadar 145 peratus akan dikurangkan dengan ketara. Perkembangan ini telah meredakan kebimbangan pasaran, sekurang-kurangnya buat sementara waktu,” katanya.

Dalam kalangan kaunter berwajaran tinggi, Maybank dan Public Bank masing-masing naik dua sen kepada RM9.97 dan RM4.39. Tenaga Nasional menambah sepuluh sen kepada RM13.50, CIMB meningkat lima sen kepada RM6.80, manakala IHH Healthcare menokok tiga sen kepada RM6.87.

Antara saham aktif, Pertama Digital naik 1.5 sen kepada 14 sen, Harvest Miracle Capital menambah setengah sen kepada 14 sen, MSB susut setengah sen kepada 16 sen, manakala Avangaad dan Ingenieur Gudang masing-masing kekal tidak berubah pada 28 sen dan 3.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 92.96 mata kepada 11,091.98, Indeks FBMT 100 naik 91.92 mata kepada 10,878.88, Indeks FBM Emas Syariah melonjak 104.90 mata kepada 10,903.34, Indeks FBM 70 menambah 147.71 mata kepada 15,504.10, dan Indeks FBM ACE menambah 7.38 mata kepada 4,568.48.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menokok 96.68 mata kepada 17,946.63, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 1.88 mata kepada 144.34, Indeks Tenaga menambah 5.99 mata kepada 660.42, dan Indeks Perladangan meningkat 30.03 mata kepada 7,246.35.

— BERNAMA

Tags: ASBursa MalaysiaChinaMohd Sedek JantanRakuten TradeThong Pak LengUOB Kay Hian
Share201ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Meningkat Semula Untuk Dibuka Tinggi

3 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Alami Penurunan Selepas Dibuka Tinggi Ekoran Pengambilan Untung Sederhana

4 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

6 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Sedikit Tetapi Kemudiannya Meningkat

7 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In