KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) — Bursa Malaysia Securities Bhd mengumumkan Ho Hup Construction Company Bhd diklasifikasikan sebagai syarikat Nota Amalan 17 (PN17) selepas mencetuskan kriteria di bawah Perenggan 2.1(f) PN17 dalam Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama.
Bursa Malaysia dalam satu kenyataan hari ini berkata pengklasifikasian berkenaan berdasarkan pengumuman Ho Hup pada 18 April 2025.
Pada tarikh itu, syarikat tersebut menyatakan anak syarikatnya gagal membayar kemudahan pinjaman tertunggak berjumlah RM112.69 juta.
“Bursa Securities akan terus memantau perkembangan Ho Hup Construction berkaitan dengan pematuhannya terhadap Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama,” katanya.
— BERNAMA
Baca juga: Apa Itu PN17? Kenapa Pelabur dan Pedagang Saham Yang Bijak Menjauhinya
Dapatkan Panduan Lengkap Melabur Waran


Murahnya waran sehingga kita boleh beli banyak unit berbanding beli seunit saham. Tapi macam mana nak buat duit dengan waran?
Semuanya kami akan kongsikan dalam pakej Combo: Webinar + Video + Ebook ‘Waran 101’ khas untuk anda yang nak dalami teknik melabur waran.