fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, May 12, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Perbalahan Trump – Fed, Tekanan Dagangan

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini seiring prestasi hambar  semalaman Wall Street ketika pertikaman lidah antara Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dan Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) Jerome Powell mencetuskan kebimbangan pelabur di tengah-tengah perang dagangan yang meruncing.

Pada 9.30 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 12.44 mata kepada 1,487.03 daripada 1,499.47.  

Indeks utama itu dibuka susut 7.03 mata kepada 1,492.44.  

Berkaitan

Bursa Malaysia Meningkat Semula Untuk Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Alami Penurunan Selepas Dibuka Tinggi Ekoran Pengambilan Untung Sederhana

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Sentimen pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung iaitu 351 berbanding 86 manakala 283 kaunter lain tidak berubah, 1,705 tidak diniagakan dan 30 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 536.74 juta saham bernilai RM190.98 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Trump sedang berusaha menyingkirkan Powell yang akan mengubah persepsi Fed sebagai sebuah entiti bebas.

“Ketegangan antara Trump dan Powell semakin panas dengan pemimpin AS itu berhasrat menyingkirkan Powell, walaupun sukar baginya untuk berbuat demikian,” katanya kepada Bernama.

Dalam pada itu, Thong berkata hasil nota Perbendaharaan 10 tahun AS menokok kepada 4.417 peratus dan pasaran Hong Kong akan kembali beroperasi hari ini selepas cuti selama dua hari.

Di peringkat tempatan, beliau menjangkakan aktiviti jualan asing berkemungkinan telah mereda susulan memberi impak pada penutupan urus niaga FBM KLCI semalam, berdasarkan jumlah dagangan harian yang berkurangan kepada 1.53 bilion saham — mungkin terendah setakat ini.

“Walaupun ini mungkin baik untuk indeks, jumlah dagangan harian rendah yang berterusan hanya menjejaskan pacuan dagangan pasaran.

“Sehubungan itu, bursa tempatan memerlukan pemangkin belian dengan institusi tempatan diharap menerajui usaha pengumpulan saham pada tahap munasabah semasa ini,” katanya.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank dan Public Bank masing-masing susut 5.0 sen kepada RM9.93 dan RM4.35, Tenaga Nasional turun 10 sen kepada RM13.38, CIMB merosot 13 sen kepada RM6.73 dan IHH Healthcare jatuh 3.0 sen kepada RM6.86.

Bagi saham aktif, Magma naik setengah sen kepada 37.5 sen, Aumas Resources meraih 2.5 sen kepada 80.5 sen manakala Ingenieur Gudang, Jiankun International dan Peterlabs tidak berubah masing-masing pada 4.0 sen, 3.0 sen dan 29.5 sen.

Di papan indeks pula, Indeks FBM Emas turun 78.64 mata kepada 11,016.75, Indeks FBMT 100 susut 80.55 mata kepada 10,805.16, Indeks FBM Emas Shariah merosot 59.81 mata kepada 10,825.26, Indeks FBM 70 menguncup 75.66 mata kepada 15,432.58 dan Indeks FBM ACE berkurangan 16.32 mata kepada 4,549.88.

Bagi sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 157.67 mata kepada 17,851.48, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.95 mata kepada 143.08, Indeks Tenaga turun 4.06 mata kepada 655.95 dan Indeks Perladangan kehilangan 10.12 mata kepada 7,201.01.

— BERNAMA

Tags: ASBursa MalaysiaRakuten TradeThong Pak LengTrump
Share200ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Meningkat Semula Untuk Dibuka Tinggi

3 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Alami Penurunan Selepas Dibuka Tinggi Ekoran Pengambilan Untung Sederhana

4 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

6 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Sedikit Tetapi Kemudiannya Meningkat

7 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In