fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, May 17, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia KLCI Susut Walaupun Catat Kenaikan Pada Awal Dagangan

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pagi Ini, Dagangan Wall Street Turut Lemah
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka tinggi tetapi kemudiannya susut berikutan sentimen pasaran menjadi berhati-hati.

Pada 9.19 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 1.40 mata kepada 1,498.0 daripada 1,499.40 pada Jumaat lepas.

Berkaitan

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?

FBM KLCI Dibuka Meningkat Namun Susut Kemudiannya

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Indeks petunjuk pasaran sebelum ini dibuka tinggi 2.68 mata kepada 1,502.08.

Pasaran secara keseluruhannya negatif sedikit, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 206 berbanding 154. Sejumlah 264 saham tidak berubah, 1,801 tidak diniagakan dan 39 yang lain digantung.

Malacca Securities Sdn Bhd berpendapat perang perdagangan yang berterusan boleh menjejaskan pertumbuhan global apabila perniagaan mengambil pendekatan tunggu dan lihat, berpotensi menangguhkan pelan pengembangan dan menyebabkan aktiviti ekonomi lembap.

Katanya ini boleh menyumbang kepada kelembapan ekonomi global dengan potensi kenaikan untuk saham perbankan yang dijangka terhad.

“Bagaimanapun, kami menyokong sektor pelancongan, perladangan dan pembinaan yang dijangka mendapat manfaat daripada 31 memorandum persefahaman yang dimeterai semasa lawatan Presiden China Xi Jinping ke Malaysia,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Hong Leong Bank naik 14 sen kepada RM19.98, MISC menambah satu sen kepada RM7.21, SD Guthrie meningkat empat sen kepada RM4.64, Public Bank dan IHH Healthcare, masing-masing mendatar pada RM4.39 dan RM6.89 manakala Maybank merosot dua sen kepada RM10, TNB berkurangan enam sen kepada RM13.44 dan CIMB susut tiga sen kepada RM6.85.

Daripada saham aktif, ECA Integrated naik setengah sen kepada 18 sen, NexG meningkat satu sen kepada 33 sen, One Glove dan Peter Labs, masing-masing menambah 1.5 sen kepada 22 sen dan 26.5 sen, Ingenieur Gudang dan Jiankun, masing-masing mendatar pada empat sen dan tiga sen manakala Tanco berkurangan tiga sen kepada 86 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 17.35 mata kepada 11,104.15, Indeks FBMT 100 berkurangan 16.99 mata kepada 10,887.74, Indeks FBM Emas Shariah susut 13.55 mata kepada 10,896.58 dan Indeks FBM 70 jatuh 51.75 mata kepada 15,561.88.

Sementara itu, Indeks FBM ACE naik 22.23 mata kepada 4,597.61.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 7.36 mata kepada 18,026.16, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan berkurangan 0.30 mata kepada 144.78, Indeks Tenaga susut 3.14 mata kepada 662.73 dan Indeks Perladangan menambah 23.56 mata kepada 7,249.94.

— BERNAMA

Tags: bukaBursa MalaysiaMalacca SecuritiesMaybank
Share202ShareSend

Related Posts

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?
Catalyst

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?

2 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

FBM KLCI Dibuka Meningkat Namun Susut Kemudiannya

3 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

4 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Meningkat Semula Untuk Dibuka Tinggi

1 week ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In