fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, May 12, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Hibiscus Petroleum Meterai Perjanjian Pembiayaan Islam RM439 Juta Dengan bank Brunei

in Catalyst
A A
Untung Bersih Tahun Kewangan 2022 Hibiscus Petroleum Melonjak Kepada RM613 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) — Hibiscus Petroleum Bhd, melalui anak syarikat milik penuhnya, Simpor Hibiscus Sdn Bhd, menandatangani perjanjian pembiayaan sindiket Islam jangka masa panjang US$100 juta (RM439 juta) dengan Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) dan Baiduri Bank.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu menjelaskan perjanjian tersebut menyokong aspirasi pertumbuhan Hibiscus Petroleum di Brunei, mengukuhkan komitmen jangka masa panjangnya terhadap sektor tenaga negara itu di samping mendorong keutamaan mengikut Wawasan Brunei 2035.

Perjanjian pembiayaan itu ditandatangani semalam di Bandar Seri Begawan, Brunei dan disaksikan oleh Menteri di Pejabat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan dan Ekonomi II Brunei, Datuk Seri Setia Dr Awang Mohd Amin Liew Abdullah.

Berkaitan

Untung Bersih Westports Naik Sembilan Peratus Kepada RM222.46 Juta Pada Suku Pertama 2025

Fibromat Dibuka Pada 46 Sen, Turun 16% Ketika Penyenaraian

Pharmaniaga Catat Untung Bersih RM29.58 Juta, Lebih Tinggi Pada Suku Pertama 2025

Pengerusi Hibiscus Petroleum Zainul Rahim berkata kerjasama strategik itu mencerminkan nilai bersama pihaknya dan rakan kongsi di Brunei serta visi untuk pembangunan mampan.

“Ini bukan sekadar perjanjian rasmi malah juga merupakan manifestasi kepercayaan kami terhadap masa depan jangka masa panjang di Brunei. Perjanjian itu menandakan detik penting dalam usaha bersama kami untuk memacu pertumbuhan ekonomi, meningkatkan nilai tempatan dan menyumbang kepada pembangunan mampan Brunei,” katanya.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) BIBD Awang Junaidi Masri berkata pihak bank gembira kerana diberi mandat sebagai pengatur utama dan bank penstruktur bagi perjanjian pembiayaan Islam yang penting itu.

“Kerjasama ini mencerminkan komitmen kami dalam memajukan pembangunan ekonomi Brunei dan menyokong pelaburan strategik yang sejajar dengan matlamat jangka panjang negara,” katanya.

CEO Baiduri Bank, Eng Hui Ti pula berkata perjanjian itu menekankan komitmen bersama dalam membentuk sektor tenaga Brunei serta menyampaikan nilai jangka masa panjang kepada komuniti tempatan.

— BERNAMA

Tags: Baiduri BankBank Islam Brunei DarussalamHibiscus Petroleumperjanjian pembiayaan sindiket Islam
Share206ShareSend

Related Posts

Keuntungan Bersih Suku Pertama 2024 Westports Meningkat Kepada RM204.51 Juta
Catalyst

Untung Bersih Westports Naik Sembilan Peratus Kepada RM222.46 Juta Pada Suku Pertama 2025

3 days ago
10 Perkara Anda Kena Tahu Sebelum Memohon IPO Fibromat (M) Berhad
Catalyst

Fibromat Dibuka Pada 46 Sen, Turun 16% Ketika Penyenaraian

4 days ago
Juruaudit Nyata Keraguan Keupayaan Pharmaniaga Teruskan Kesinambungan Perniagaan 
Catalyst

Pharmaniaga Catat Untung Bersih RM29.58 Juta, Lebih Tinggi Pada Suku Pertama 2025

4 days ago
IPO Oasis Home Holding Berhad: Dari TikTok Live ke Bursa Malaysia
Asas Saham

IPO Oasis Home Holding Berhad: Dari TikTok Live ke Bursa Malaysia

6 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In