• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, September 20, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Seiring Prestasi Wall Street, Sentimen Berhati-Hati

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pagi Ini, Dagangan Wall Street Turut Lemah
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) — Bursa Malaysia menyaksikan dagangan rendah pada sesi awal Rabu, menjejaki kerugian semalaman Wall Street di tengah-tengah sentimen waspada kalangan pelabur susulan kecelaruan dasar tarif Presiden Donald Trump.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Pada 9.10 pagi ini, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 2.78 mata kepada 1,483.65 daripada 1,486.43, semalam.

Indeks petunjuk utama itu dibuka menokok 0.02 mata pada 1,486.45.

Pasaran secara amnya adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung iaitu 169 berbanding 110 manakala 231 kaunter tidak berubah, 1,888 tidak didagangkan dan sembilan digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 144.81 juta saham bernilai RM62.69 juta.

Prestasi semalaman Wall Street menyaksikan S&P 500 turun 0.17 peratus kepada 5,396.63, Dow Jones susut 0.38 peratus kepada 40,368.96 dan NASDAQ Composite menguncup sebanyak 0.05 peratus kepada 16,823.17.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup lebih rendah walaupun dibuka meningkat ketika sentimen pelabur menjadi berhati-hati di tengah-tengah ketidakpastian baharu mengenai dasar tarif Trump.

“Ramai peserta pasaran menjangkakan ketidakstabilan berkaitan perdagangan akan berlanjutan.

“Hasil Perbendaharaan 10 tahun AS turun sedikit kepada 4.34 peratus yang membuktikan pendirian yang lebih berhati-hati,” katanya kepada Bernama.

Di peringkat tempatan, Thong berkata sentimen pasaran mungkin mendapat suntikan rangsangan susulan lawatan negara Presiden China Xi Jinping ke Malaysia yang mencetuskan rasa optimis terhadap prospek kerjasama ekonomi dan aliran masuk pelaburan.

“Berikutan itu, indeks penanda aras dijangka menyaksikan dagangan dalam julat 1,480-1,500 pada hari ini,” katanya.

Saham wajaran tinggi menyaksikan IHH Healthcare naik 4.0 sen kepada RM6.85, Maybank menokok 1.0 sen kepada RM9.95 manakala CIMB Group dan Tenaga Nasional turun 2.0 sen kepada RM6.68 dan RM13.42 selain Public Bank tidak berubah pada RM4.31.

Bagi saham aktif, Revenue Group dan Elridge Energy masing-masing menokok 1.0 sen kepada 10 sen dan 56.5 sen, Dataprep Holdings naik setengah sen kepada 16 sen, Pertama Digital dan Avangaad masing-masing tidak berubah pada 13 sen dan 28.5 sen.

Di papan indeks pula, Indeks FBM ACE meningkat 11.59 mata kepada 4,549.35.

Indeks FBM Emas turun 26.89 mata kepada 11,012.32, Indeks FBMT 100 susut 26.89 mata kepada 10,796.74, Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 35.32 mata kepada 10,818.38 dan Indeks FBM 70 menguncup 65.10 mata kepada 15,485.15.

Prestasi sektor menyaksikan Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 7.69 mata kepada 17,819.67, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian berkurangan 0.97 mata kepada 144.31, Indeks Tenaga menguncup 3.20 mata kepada 651.68 manakala Indeks Perladangan susut 20.96 mata kepada 7,184.93.

— BERNAMA

Tags: ASBursa MalaysiaChinaRakuten Tradesesi awalWall Street
Share204ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

2 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

2 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

2 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

2 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In