• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, April 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Dibuka tinggi

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, disokong oleh aktiviti belian saham pada harga rendah dan menjejaki prestasi Wall Street yang kukuh pada Jumaat lepas.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 21.84 mata kepada 1,476.60 daripada 1,454.76 pada Jumaat lepas.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 19.29 mata kepada 1,474.05.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Suasana pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 405 berbanding 62. Sejumlah 195 kaunter tidak berubah, 1,721 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 188.92 juta saham bernilai RM139.91 juta.

Di Wall Street, Dow Jones Industrial Average meningkat 1.56 peratus kepada 40,212.71, S&P 500 naik 1.81 peratus kepada 5,363.36 dan Nasdaq Composite menambah 2.06 peratus kepada 16,724.46.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata pasaran Amerika Syarikat (AS) mengakhiri minggu tidak menentu dengan sentimen positif, disokong oleh kenyataan Rumah Putih bahawa Donald Trump kekal optimis China akan meneruskan usaha untuk mencapai perjanjian dengan AS.

“Berdasarkan risiko meningkat di AS, hasil untuk tempoh 10 tahun terus naik, hampir kepada paras 4.50 peratus,” katanya kepada Bernama.

Thong berkata pelabur kekal berhati-hati mengenai potensi impak daripada penangguhan tarif selama 90 hari.

Oleh itu, beliau menjangka satu lagi sesi dagangan yang tidak menentu.

Bagaimanapun, katanya aktiviti dagangan yang meningkat memberi prospek yang baik kepada pasaran dan FBM KLCI dijangka diniagakan antara 1,440 dan 1,460 hari ini.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, CIMB Group naik 12.0 sen kepada RM6.77, Malayan Banking meningkat 11.0 sen kepada RM9.93, Tenaga Nasional menambah 10.0 sen kepada RM13.32, IHH Healthcare menokok 6.0 sen kepada RM6.86 dan Public Bank naik 5.0 sen kepada RM4.29.

Dalam kalangan saham aktif, Inari Amertron melonjak 16.0 sen kepada RM1.82, NationGate Holdings meningkat 7.0 sen kepada RM1.30, MY EG Services menambah 1.0 sen kepada 91.0 sen, Avangaad naik setengah sen kepada 28.5 sen dan Oversea Enterprise mendatar pada 4.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas melonjak 166.97 mata kepada 10,977.05, Indeks FBMT 100 meningkat 167.49 mata kepada 10,769.16, Indeks FBM Emas Shariah naik 179.66 mata kepada 10,784.57, Indeks FBM 70 menambah 274.20 mata kepada 15,540.16 dan Indeks FBM ACE naik 59.01 mata kepada 4,471.20.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 206.90 mata kepada 17,741.45, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan meningkat 2.83 mata kepada 142.26, Indeks Tenaga naik 11.56 mata kepada 660.30 dan Indeks Perladangan menambah 74.97 mata kepada 7,137.50.

— BERNAMA

Tags: bukaBursa MalaysiaRakuten Trade
Share203ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In