Pasaran dirundung ketidakpastian.
Permulaan penggal pentadbiran kedua Presiden AS Donald Trump yang huru-hara telah menganggu gugat pasaran ekuiti. Pertumbuhan domestik yang kukuh dan keadaan kecairan berdepan risiko akibat dasar AS yang gagal disampaikan dengan jelas, berkenaan ancaman pelaksanaan atau penarikan tarif dan kesannya terhadap keadaan makroekonomi dunia, inflasi dan hala tuju dasar monetari AS yang merapuhkan sentimen pelabur.
Kami tidak menolak kemungkinan berlakunya langkah-langkah timbal balik yang menjejaskan. Ketika tempoh yang amat tidak menentu ini, kami memilih syarikat yang memiliki pegangan tunai lebih tinggi di samping profil pelaburan yang berdaya tahan dengan tumpuan pada syarikat-syarikat yang lebih banyak beroperasi dalam pasaran tempatan.
Peluang untuk membeli saham-saham bermodal besar berkualiti ketika pasaran lemah seharusnya tidak diabaikan tetapi wajar dipilih dengan berhati-hati.
- Prospek makroekonomi yang lebih berjaga-jaga.
Jabatan Ekonomi RHB menukar pendiriannya kepada lebih berjaga-jaga terhadap prospek makroekonomi dunia berikutan risiko-risiko bersifat perlindungan yang lebih tinggi, selera risiko yang berkurangan dan kemungkinan penurunan pertumbuhan ekonomi dunia. Kemelesetan ekonomi dunia bukanlah senario kes asas oleh RHB, tetapi risiko gabungan inflasi dan ekonomi yang lembap di AS (stagflation) dilihat lebih tinggi sekarang dan pertumbuhan KDNK AS untuk 2025 dipotong kepada 1.5% (daripada 2%). Indeks Dolar AS dijangkakan lebih lemah dengan tiga potongan Kadar Dana Persekutuan (FFR) AS berpotensi dibuat pada 2025. Ramalan pertumbuhan KDNK China juga dipotong kepada 4.2% (daripada 4.8%) susulan pelaksanaan tarif besar-besaran oleh AS dan kekangan daripada sektor hartanah yang berlarutan lemah.
- Faktor-faktor pemacu pertumbuhan tempatan rata-ratanya bertahan.
Ramalan KDNK kami untuk Malaysia juga dipotong sewajarnya kepada 4.5% (daripada 5.0%) untuk tahun 2025 ekoran ketidaktentuan keadaan luaran yang lebih tinggi dan halangan-halangan terhadap pertumbuhan dunia. Walaupun usaha-usaha strategik untuk pertumbuhan akan merangsang kemasukan pelaburan dalam jangka sederhana, kami tetap berjaga-jaga akan kesan limpahan yang berpotensi timbul daripada ketegangan perdagangan dunia yang semakin memburuk.
- Strategi.
Ketidakpastian di sebalik dasar perdagangan AS yang dicetus oleh pentadbiran Presiden Trump memberikan kesan yang ketara buat pertumbuhan dunia, inflasi, dasar monetari AS dan hala tuju mata wang USD. Dasar Trump yang sukar untuk diramalkan merupakan halangan terbesar bagi sentimen pelabur. Keadaan Malaysia yang mudah terjejas juga menimbulkan kebimbangan, meskipun pasaran ini mempunyai kelainan yang jelas berbanding pasaran-pasaran memuncul (EM) serantau lain dari segi asas-asas makroekonomi dan kestabilan politik. Kami berpendapat tarif Trump ini digunakan sebagai taktik urus niaga, maka adanya ruang untuk penyelesaian dirunding, namun keadaan tidak menentu ini akan mengancam sentimen pelabur.
Langkah mengekalkan pendirian selamat dalam portfolio ekuiti akan menjadi penekanan utama bagi memelihara pegangan tunai yang lebih tinggi dalam jangka dekat, walaupun strategi memilih saham-saham tempatan yang berkualiti ketika pasaran lebih lemah ialah matlamat penting dalam jangka sederhana. Kami merendahkan sasaran FBM KLCI akhir 2025 kepada 1,650 mata (daripada 1,750 mata) selepas memotong P/E sasaran ekoran purata jangka panjang 14.7x (daripada 16x). Risiko-risiko utama melibatkan ketegangan perdagangan dunia yang semakin memburuk lalu menjejaskan perniagaan dan keadaan pelaburan.

Penganalisis:
Alexander Chia +603 2302 8119 ([email protected])
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.
Peluang Sauk Saham Yang Membuat Reversal

Buy on Dip ialah teknik membeli saham ketika anda nampak Bullish Reversal candlestick muncul pada carta.
Teknik ini dapat membantu memberitahu anda kemungkinan pertukaran trend yang akan berlaku.
Ia akan memudahkan anda untuk membuat keputusan bila waktu yang sesuai nak beli saham apabila saham dalam watchlist anda membuat pullback.
Dalam e-book ini, anda akan belajar:
1. Memahami trend
2. Kuasai support & resistance
3. Berkenalan dengan jenis-jenis carta
4. Memahami bagaimana pembentukan candlestick
5. Belajar beli ketika bullish reversal candlestick muncul pada carta
6. Belajar jual ketika bearish reversal candlestick muncul pada carta
7. Ada contoh kajian kes. Bukan 1 tapi 6 kajian kes!




