• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, April 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Kebimbangan Terhadap Tarif Timbal Balik AS

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka rendah pada Rabu, menjejaki penurunan di Wall Street dan dalam persekitaran pelabur bersikap berhati-hati terhadap tarif timbal balik Amerika Syarikat (AS) berkuat kuasa hari ini.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Ia menyebabkan meningkatkan kebimbangan mengenai ketegangan perdagangan global, kata seorang penganalisis.

Semalaman, Indeks Dow Jones Industrial Average jatuh 0.84 peratus kepada 37,645.59, Indeks S&P 500 turun 1.57 peratus kepada 4,982.77, manakala Nasdaq Composite merosot 2.51 peratus kepada 15,267.91.

Pada jam 9.05 pagi, Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 17 mata atau 1.18 peratus kepada 1,426.56 daripada penutupan pada Selasa iaitu 1,443.56.

Indeks penanda aras itu dibuka lebih rendah sebanyak 6.55 mata pada 1,437.01.

Di pasaran lebih meluas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 400 berbanding 65 dengan 182 kaunter tidak berubah, 1,705 tidak diniagakan dan 10 digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 193.75 juta unit bernilai RM115.43 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup lebih rendah selepas Presiden AS, Donald Trump mengenakan tarif terkumpul 104 peratus ke atas China, berkuat kuasa hari ini.

“Kesemua tiga indeks utama Wall Street dibuka kukuh bagaimanapun ditutup rendah daripada paras tertinggi,” katanya kepada Bernama.

Di peringkat tempatan, Thong berkata kekurangan minat belian, memandangkan pelabur mengamalkan sikap berhati-hati, mempengaruhi sentimen pasaran berikutan ketidaktentuan yang semakin meningkat pada prospek global.

“Kami berpendapat indeks mungkin kekal dalam mod penyatuan, dijangka dalam julat 1,440-1,455 hari ini,” katanya.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi di Bursa Malaysia, Maybank merosot lapan sen kepada RM9.80, Public Bank jatuh empat sen kepada RM4.18, Tenaga Nasional (TNB) merosot 24 sen kepada RM12.98, manakala CIMB dan IHH Healthcare berkurangan sembilan sen masing-masing kepada RM6.59 dan RM6.64.

Bagi kaunter aktif, penampilan sulung SumiSaujana di Pasara ACE susut 6.5 sen kepada 17.5 sen, Ta Win dan Jiankun jatuh 0.5 sen masing-masing kepada dua sen dan 3.5 sen, Top Glove merosot satu sen kepada 81 sen, manakala Supermax dan Luster tidak berubah masing masing pada 77.5 sen dan lima sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 129.68 mata kepada 10,521.07, Indeks FBMT 100 berkurangan 138.18 mata kepada 10,314.83, Indeks FBM Emas Shariah jatuh 139.49 mata kepada 10,214.42, Indeks FBM 70 turun 255.97 mata kepada 14,528.59, manakala Indeks FBM ACE menguncup 60.32 mata kepada 4,253.58.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan jatuh 161.92 mata kepada 17,433.37, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian jatuh 1.62 mata kepada 135.43, Indeks Tenaga turun 12.34 mata kepada 632.10, Indeks Perladangan berkurangan 58.44 mata kepada 6,915.43.

— BERNAMA

Tags: bukaBursa MalaysiaChinaRakuten TradetarifWall Street
Share216ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In