• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, November 1, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Raya Dah Habis: Saham Apa Boleh Diperhatikan?

in Catalyst, Trading Idea
A A
Highlight Saham Untuk Bulan Ogos 2024
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Raya sudah berlalu, tetapi peluang pelaburan masih terbuka luas!  Selepas musim perayaan, pasaran saham sering mengalami pergerakan unik yang boleh dimanfaatkan oleh pelabur bijak. Sama ada anda seorang pedagang harian atau pelabur jangka panjang, tempoh selepas Hari Raya boleh menjadi masa yang menarik untuk mencari saham berpotensi.

Dalam artikel ini, mari kita lihat saham mana yang patut diperhatikan selepas musim perayaan dan faktor-faktor yang boleh mempengaruhi prestasi pasaran. Jangan lepaskan peluang untuk mengatur strategi pelaburan anda dengan lebih baik!

1. Spritzer Berhad

Jenama air minuman Spritzer pasti dikenali ramai orang. Setiap orang mungkin pernah membeli dan minum air keluaran Spritzer. Semasa musim perayaan, ramai yang beli stok Spritzer untuk dihidangkan kepada tetamu selain daripada juadah raya serta minuman ringan.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Analisis Fundamental Spritzer Berhad

Spritzer menunjukkan prestasi kewangan yang sangat baik sejak tahun 2020 sehingga kini. Pendapatannya meningkat setiap tahun untuk 5 tahun terkini. Pada tahun 2020, Spritzer hanya mampu menjana pendapatan sebanyak RM308.5 juta. Namun, pada tahun 2024 pendapatan Spritzer telah mencecah RM579 juta.

Keuntungan bersih serta margin keuntungan juga turut meningkat dari tahun 2021 – 2024.

Sumber: KLSE Screener

Saham Spritzer beri dividen setiap tahun. Pada tahun kewangan 2023, Spritzer mengagihkan dividen sebanyak 5.5 sen sesaham. Andai kata anda memiliki 10,000 unit Spritzer ketika itu, maka anda telah menerima dividen sebanyak RM550 (10,000 unit x RM0.055 = RM550).

Sumber: KLSE Screener

Spritzer boleh memberi dividen pada jumlah yang berbeza pada setiap tahun.

Selain itu, pelabur juga boleh merujuk kepada beberapa Nisbah kewangan seperti ROE, PE, EPS, DY, NTA dan sebagainya untuk menilai syarikat tersebut.

Sumber: KLSE Screener

Analisis Teknikal Spritzer Berhad 

Berdasarkan analisis teknikal yang dibuat terhadap Spritzer Berhad, saham ini masih berada dalam fasa uptrend yang baik. Spritzer telah berada pada fasa uptrend sejak tahun 2023 lagi.

Sumber: TradingView

Paras rintangan seterusnya adalah pada RM1.72 dan paras ini boleh dijadikan paras untuk anda ambil keuntungan anda. Paras RM1.46 boleh dijadikan sokongan dan pelabur boleh mempertimbangkan untuk jual saham ini sekiranya harga saham jatuh menembusi paras ini.

  • Status Syariah: Patuh Syariah

2. Bank Islam Malaysia Berhad

Bank Islam Malaysia Berhad, anak syarikat kepada BIMB Holdings Berhad ditubuhkan pada 1983 sebagai Bank Islam pertama di Malaysia. Sehingga kini, Bank Islam mempunyai 147 cawangan dan lebih daripada 1200 terminal layan diri di seluruh negara. Bagi memenuhi keperluan kewangan masyarakat Malaysia umumnya, Bank Islam menawarkan lebih daripada 70 produk dan perkhidmatan perbankan berlandaskan Syariah untuk memenuhi keperluan orang Islam dan bukan Islam.

Penambahbaikan Aplikasi

Walaupun sebelum ini ramai pengguna yang merungut terhadap aplikasi BIMB yang dianggap lambat, BIMB telah mengambil langkah proaktif untuk memperkenalkan platform perbankan digital baharu, BIMB Mobile dan BIMB Web sebagai langkah penting dalam memperkukuh pengalaman perbankan lebih empat juta pelanggan di seluruh negara.

Analisis Fundamental Bank Islam Malaysia Berhad

Sumber: KLSE Screener

Kebiasaannya agak mustahil untuk kita melihat mana-mana bank mengalami kerugian. BIMB juga sudah tentu sentiasa konsisten mencatatkan keuntungan. Dari tahun 2021 sehingga 2024, BIMB terus menunjukkan peningkatan dalam hasil pendapatan dan malah keuntungan yang dicatatkan pada tahun lepas juga merupakan yang terbaik sejak 2021.

Status bank Islam sebagai sebuah perbankan berlandaskan syariah sudah tentu mampu menarik minat pengguna tidak kira dari dalam atau luar negara.

Sumber: KLSE Screener

Dividen yang diagihkan oleh BIMB kepada pemegang saham juga agak baik. Pada tahun 2024, BIMB mengagihkan dividen sebanyak 15.12 sen sesaham. Dividend yield bagi saham ini ialah 5.9%.

  • Pemegang Saham Utama
  • Lembaga Tabung Haji (48.5%)
  • EPF (15.8%)
  • Amanah Saham Bumiputera (6.6%)

Analisis Teknikal Bank Islam Malaysia Berhad 

Sumber: TradingView

Saham BIMB juga masih dalam fasa uptrend sejak Julai 2024. Berdasarkan harga semasa iaitu RM2.56, BIMB sekarang berada di atas EMA20 & EMA50. Paras rintangan terdekat adalah RM2.63 & seterusnya RM2.72. 

Sekiranya melepasi paras RM2.72, BIMB berpotensi untuk meneruskan kenaikan bagi menutup gap yang telah terbentuk pada 2022.

Bank Islam Malaysia Berhad merupakan satu-satunya bank yang sahamnya patuh syariah dalam sektor kewangan Bursa Malaysia.

  • Status Syariah: Patuh Syariah

Harga Sasaran CGS International Securities Malaysia

CGS meletakkan saranan “Tambah” dengan menjangkakan pemulihan dalam pertumbuhan pembiayaan BIMB pada FY25F serta peningkatan ROE daripada 7.6% pada FY24 kepada 8.3% pada FY27F.

Berdasarkan laporan penganalisa bertarikh 3 Mac 2025, CGS menyasarkan harga BIMB kepada RM3.13. 

Kesimpulan

Musim perayaan mungkin sudah berakhir, tetapi perjalanan pelaburan masih berterusan. Dengan memahami trend pasaran dan mengenal pasti saham berpotensi, anda boleh memanfaatkan peluang yang wujud selepas raya. Pastikan anda membuat kajian yang teliti, mengikuti perkembangan ekonomi, dan menyesuaikan strategi pelaburan anda mengikut keadaan pasaran.

Jangan lupa, dalam pelaburan tiada jaminan keuntungan, tetapi dengan ilmu dan strategi yang betul, anda boleh meningkatkan peluang untuk membuat keputusan yang lebih baik. Selamat melabur dan semoga kejayaan sentiasa bersama anda!

Penafian: Segala perkongsian adalah untuk sebagai contoh dan untuk tujuan pendidikan sahaja. Ini BUKAN nasihat atau cadangan pelaburan. Keputusan untuk melabur saham adalah tanggungjawab sendiri. Trade at your own risk.

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress


Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!

Siap dapat diskaun Early Bird!

SAYA NAK PRA-DAFTAR!

Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCIRaya Rallysaham
Share269ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

3 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

3 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

3 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

3 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In