• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, April 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Minat Buru Saham Harga Rendah Pacu Bursa Malaysia Meningkat Pada Sesi Awal

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) — Bursa Malaysia kembali melantun pada awal dagangan hari ini selepas jualan ketara semalam, didorong oleh aktiviti memburu saham berharga rendah walaupun Wall Street mencatat prestasi semalaman yang lebih suram, kata penganalisis.

Pada 9.05 pagi ini, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 10.51 mata atau 0.73 peratus kepada 1,454.31 daripada 1,443.80, semalam.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Indeks petunjuk utama itu dibuka menokok 7.63 mata kepada 1,451.43.    

Pasaran secara meluas adalah positif dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu 392 berbanding 105 manakala 208 kaunter tidak berubah, sebanyak 1,644 tidak diniagakan dan sembilan lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 156.59 juta saham bernilai RM133.79 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street terus diasak sesi ketidakpastian di tengah-tengah perkembangan mengenai dasar tarif Amerika Syarikat (AS) yang tidak menentu.

“Walaupun berlakunya aktiviti memburu saham berharga rendah, keyakinan jelas tipis berikutan tindakan Presiden Donald Trump yang mahu mengenakan tarif tambahan 50 peratus ke atas China jika Beijing enggan menarik balik tarif timbal balas 34 peratus mereka,” katanya kepada Bernama.

Di peringkat tempatan, Thong menjangkakan aktiviti memburu saham berharga rendah akan berlaku berikutan penjualan di serata rantau ini sebagai reaksi terhadap pengumuman tarif global Trump pada minggu lepas.

“Kami menjangkakan indeks akan berlegar dalam julat 1,450-1,480,” katanya.

Saham wajaran tinggi Maybank susut satu sen kepada RM9.99, Public Bank naik lima sen kepada RM4.26, TNB dan CIMB masing-masing meraih lapan sen kepada RM13.20 dan RM6.70 manakala IHH Healthcare susut enam sen kepada RM6.65.

Bagi saham aktif, MYEG menokok tujuh sen kepada 78 sen, Cypark naik lima sen kepada 71 sen, Eldridge Energy menambah satu sen kepada 46 sen, Nationgate meningkat tujuh sen kepada RM1.14 dan Pertama Digital meraih setengah sen kepada 8.5 sen.

Di papan indeks pula, Indeks FBM Emas meningkat 113.19 mata kepada 10,731.75, Indeks FBMT 100 naik 104.61 mata kepada 10,538.92 dan Indeks FBM Emas Shariah melonjak 121 mata kepada 10,422.77.

Indeks FBM 70 melonjak 262.48 mata kepada 14,938.35, dan Indeks FBM ACE meningkat 51.40 mata kepada 4,304.12.

Prestasi sektor menyaksikan Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 107.80 mata kepada 17,717.07, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 2.48 mata kepada 137.97, Indeks Tenaga meningkat 18.04 mata kepada 660.42 manakala Indeks Perladangan turun 3.06 mata kepada 7,095.74.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaChinaRakutensesi awaltarifWall Street
Share210ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In