• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 1, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

KJTS Peroleh Kontrak 20 Tahun Selenggara Loji Air Sejuk Di Thailand

in Catalyst
A A
KJTS Sasar Kumpul RM58.9 Juta Daripada IPO
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing


KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) — Firma perkhidmatan sokongan bangunan KJTS Group Bhd (KJTS) memperoleh kontrak selama 20 tahun bagi melaksanakan projek pengubahsuaian dan penyelenggaraan loji air sejuk di Centara Grand Beach Resort & Villas Hua Hin, Thailand.

Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat itu berkata kontrak itu dianugerahkan kepada anak syarikatnya di Thailand, KJTN Engineering Co Ltd (KJTN Engineering) oleh Central Hua Hin Beach Resort Co Ltd (CHBR), iaitu pengendali hotel lima bintang tersebut di bawah skim kewangan, retrofit, operasi, penyelenggaraan dan pemindahan (ROT).

“Mengikut terma ROT dengan CHBR, KJTN Engineering akan membiayai dan melaksanakan kerja-kerja pengubahsuaian dalam dua fasa, bernilai 210 juta baht (kira-kira RM27.31 juta).

“Apabila siap, syarikat akan menyediakan bekalan air sejuk jangka panjang dan perkhidmatan operasi serta penyelenggaraan yang komprehensif kepada resort,” katanya.

KJTS juga berkata fasa pertama kerja-kerja pengubahsuaian dijadualkan siap pada 31 Mei, 2026 dan disusuli fasa kedua 24 bulan kemudian, manakala perkhidmatan penyelenggaraan serta operasi akan bermula pada 1 Jun, 2026 hingga 31 Mei, 2046. 

Menurut syarikat itu, ia akan menerima yuran tetap bulanan sebanyak 1.47 juta baht (RM190,521) selepas fasa satu dan akan meningkat kepada 1.56 juta baht (RM202,599) selepas fasa kedua, selain yuran berubah berdasarkan penggunaan air sejuk.

“Sepanjang tempoh 20 tahun, komponen tetap dijangka menjana sebanyak 372.56 juta baht (kira-kira  RM48.33 juta) dalam hasil berulang kepada kumpulan,” kata KJTS.

Sementara itu, kontrak tersebut merupakan yang ketiga diperoleh KJTS daripada Central Group susulan perjanjian selama 15 tahun dengan Central World Hotel Co Ltd pada Januari 2024 dan kontrak 20 tahun dengan Central Plaza Hotel Public Company Ltd yang dimeterai pada September 2024.

— BERNAMA

Tags: KJTN EngineeringKJTS Grouploji air sejukThailand
Share213ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In