• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Sapura Energy Kembali Raih Untung, Catat Untung Bersih RM189.53 Juta Tahun Kewangan 2025

in Catalyst
A A
Sapura Energy Catat Keuntungan Bersih Sebanyak RM91.93 Juta Pada Suku Pertama
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) — Sapura Energy Bhd kembali meraih keuntungan dengan mencatat keuntungan bersih sebanyak RM189.53 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Jan, 2025, berbanding kerugian bersih sebanyak RM508.66 juta setahun lepas.

Hasil meningkat sebanyak 8.9 peratus kepada RM4.70 bilion daripada RM4.32 bilion sebelum itu, disumbangkan oleh segmen operasi dan selenggaranya (O&M), dipacu oleh pelaksanaan projek-projek baharu.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat perkhidmatan minyak dan gas itu berkata hasil bagi segmen kejuruteraan dan pembinaannya (E&C) meningkat berikutan peningkatan kemajuan projek sedia ada dan pelaksanaan projek-projek baharu.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Bagaimanapun, ia diimbangi oleh segmen penggerudian disebabkan oleh penggunaan pelantar yang lebih rendah,” kata Sapura Energy.

Segmen E&C mencatatkan pendapatan sebanyak RM3,006.6 juta, menunjukkan peningkatan sebanyak 11.0 peratus berbanding RM2,708.8 juta pada tahun yang sama.

 Sementara itu, segmen O&M mencatatkan pendapatan sebanyak RM680.0 juta, iaitu RM99.7 juta atau 17.2 peratus lebih tinggi berbanding tahun yang sama.

Hasil segmen penggerudian pula sebanyak RM1.14 bilion untuk tahun semasa adalah lebih rendah sebanyak 7.3 peratus berbanding hasil RM1.23 bilion pada tahun yang sama.

Bagi suku keempat berakhir 31 Jan, 2025, syarikat mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM405.68 juta, berbanding kerugian bersih RM728.44 juta pada suku yang sama tahun lepas.

Hasil meningkat kepada RM1.19 bilion berbanding RM1.12 bilion sebelumnya.

Melihat ke hadapan, kumpulan itu berkata ia berada dalam kedudukan yang baik untuk meneruskan momentum pemulihan memandangkan nilai perolehan kontrak kumpulan adalah sebanyak RM8.5 bilion, pencapaian tertinggi dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Susulan perintah mahkamah yang meluluskan Skim Pengaturan Komposit Sapura Energy, kumpulan itu kini sedang memuktamadkan Pelan Pemulihan mereka, yang akan membolehkan kumpulan keluar daripada status Notis Amalan 17 (PN17) pada masa akan datang.

— BERNAMA

Tags: hasilkejuruteraan dan pembinaanpn17Quarter ReportSapura Energyuntung bersih
Share221ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In