• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Ulasan Keputusan: Binastra Corporation [26 Mac 2025]

in Catalyst, Fundamental Analisis, Trading Idea
A A
Binastra Peroleh Kontrak Pembinaan Bernilai RM160 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Mengakhiri FY25 Dengan Cemerlang

  • Saranan BELI
  • Harga sasar (TP) RM2.21 dikekalkan
  • Potensi kenaikan harga saham 18%
  • Kadar hasil dividen sekitar 2% untuk FY26 (Jan)
  • Profil Syarikat

Binastra Corporation ialah sebuah syarikat pegangan pelaburan. Anak syarikat milikan penuhnya, Binastra Builders, memainkan peranan sebagai kontraktor awam dengan lesen G7 bawah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan, dan ia terlibat dalam pembinaan projek bangunan hartanah bertingkat tinggi.

  • Untung teras untuk 4QFY25 meningkat

Untung teras untuk 4QFY25 mencecah RM25j (+63% YoY), diperkukuh oleh bilangan kerja lebih tinggi yang sudah diterima, dengan 25 projek yang sedang berjalan dalam buku pesanan belum bayarnya iaitu sekitar RM3.6bn (berbanding RM1.7bn setahun lalu) setakat akhir bulan Mac. Margin bersih teras 4QFY25
kumpulan ini masih kukuh pada 9.2%, walaupun lebih rendah daripada 9.9% yang dicatat pada 4QFY24 kerana syarikat ini menjalankan lebih banyak projek pusat data (DC) yang mencatat margin bersih lebih rendah antara 6% dan 7%.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

  • Perancangan kerja di Lembah Klang

BNASTRA terlibat dalam lima projek pembangunan bercampur yang ditawarkan oleh tiga pelanggan utama, iaitu EXSIM Development (EXSIM), Maxim Global dan
Platinum Victory (PV) di Lembah Klang. Syarikat-syarikat ini mempunyai projek bernilai sekurang-kurangnya RM4bn yang dirancang dan mungkin ditawarkan kepada BNASTRA sepanjang 3-4 tahun akan datang (Rajah 2).

Projek-projek yang dirancang oleh EXSIM dan MAXIM di Johor Bahru (berdekatan stesen Sistem Transit Laju Bukit Chagar) mungkin mencatat GDV RM5bn, yang bermakna nilai kontrak yang BNASTRA dapat sasarkan mencecah sekurang-kurangnya RM2.5bn (Rajah 3). Kami menjangka sekurang-kurangnya RM1.5bn daripada kontrak ini akan ditawarkan pada FY26, susulan lebih banyak pelancaran unit kediaman di Johor dari CY21 hingga CY24, menurut Pusat Maklumat Harta Tanah Negara. Oleh itu, kami melihat ramalan tawaran kerja FY26F kami iaitu RM4bn (tawaran kerja pada FY25: MYR3.1bn) dapat dicapai.

  • Maklumat terkini mengenai projek DC

EXSIM sedang berbincang dengan empat bakal pembeli bagi menggantikan Aperia Cloud Services yang menggunakan 10.5MW daripada kapasiti 15MW untuk DC Bukit Jalil pertama milik EXSIM, yang dikenali sebagai DC1. Sekiranya satu daripada empat calon pembeli ini mengambil 10.5MW dalam DC1, kami tidak menolak kemungkinan tiga lagi pembeli akan menyewa DC Bukit Jalil kedua milik EXSIM. Kemudahan berkapasiti 15MW ini sekarang sedang menjalani kerja pembinaan cerucuk.

  • Harga sasar (TP) RM2.21 dikekalkan

Tiada pindaan dibuat pada anggaran perolehan kami, tetapi kami memperkenalkan perolehan FY28F yang merangkumi sasaran tawaran kontrak sebanyak RM3bn. TP kami bernilai RM2.21 tidak berubah dan diperoleh dengan menetapkan EPS FY26F pada P/E sasar 18x dan memberikan premium ESG 0%.

Saham ini diniagakan pada P/E FY26F 15x, iaitu nilai lebih rendah berbanding yang dicatat oleh Indeks Pembinaan Bursa Malaysia kira-kira 16x semasa fasa kitaran menaik sektor pembinaan pada CY17. Pada hemat kami, nilai ini tidak wajar kerana BNASTRA telah mempelbagaikan perniagaannya dalam projek hartanah bukan kediaman.

  • Faktor pemacu utama
    • Penambahan buku pesanan daripada pelanggan-pelanggan utamanya

  • Risiko utama
    • i. Kadar tawaran kerja yang perlahan;
    • ii. Kos bahan mentah lebih mahal daripada dijangka.
  • Rumusan

Binastra Corporation melaporkan untung teras FY25 berjumlah RM90.2j (+121% YoY), yang mencapai 100% dan 99% daripada anggaran sepenuh tahun kami dan konsensus. Kami mengunjurkan CAGR perolehan tiga (FY25-28) sebanyak 132% untuk BNASTRA, seiring dengan jangkaan pertumbuhan buku pesanannya. Hal ini disokong oleh pengembangan pelanggan-pelanggan utamanya ke luar kawasan Lembah Klang dan usahanya untuk mempelbagaikan perniagaan dalam projek hartanah bukan kediaman.

Penganalisis
Adam Bin Mohamed Rahim +603 2302 8101 ([email protected])


Baca laporan analisis penuh: Binastra Corporation : Mengakhiri FY25 Dengan Cemerlang; Kekal BELI (26 Mac 2025)

Laporan Sebelumnya: Binastra Corporation : Menjangkakan Prestasi Kukuh Untuk 4QFY25; Kekal BELI (24 Mac 2025)

Pautan kepada laporan bahasa Inggeris: Binastra Corporation : Ending FY25 With a Bang; Stay BUY (26 Mac 2025)

*Nota: Laporan terjemahan Bahasa Malaysia ini merupakan versi ringkas bagi laporan asal dalam bahasa Inggeris dan diguna pakai untuk menyampaikan maklumat sahaja. Penerima dinasihatkan untuk merujuk laporan asal dalam bahasa Inggeris untuk butiran lanjut, dan untuk penafian penyelidikan dan pendedahan rasmi. Walaupun laporan terjemahan Bahasa Malaysia disediakan, laporan asal dalam bahasa Inggeris hendaklah diberi keutamaan sekiranya berlaku sebarang persoalan tentang pentafsiran, percanggahan ataupun dalam hal yang lain.

Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.

Tags: BinastraBursa MalaysiaQuarter Report
Share212ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In