KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) — Cuckoo International (Mal) Bhd, subsidiari kepada pengeluar peralatan rumah dari Korea Selatan, Cuckoo Homesys Co Ltd menyasarkan untuk mengumpul RM184.8 juta melalui tawaran awam permulaannya (IPO).
IPO syarikat itu melibatkan penerbitan 143.28 juta saham baharu dengan harga terbitan RM1.29 sesaham.
Daripada jumlah hasil, 56.7 peratus akan disalurkan ke arah pembelian produk bagi mengembangkan perniagaan sewa syarikat, 21.6 peratus untuk pembayaran balik hutang, 2.7 peratus untuk membuka kedai runcit atau “Brandshops”, tiga peratus untuk meningkatkan IT, 5.4 peratus untuk pengembangan perniagaan di Singapura dan bakinya sebagai perbelanjaan penyenaraian.
Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Cuckoo Malaysia Hoe Kian Choon berkata syarikat itu mahu memantapkan kedudukan pasarannya dengan meningkatkan pelbagai produk dan perkhidmatan penjagaan rumah untuk memacu pertumbuhan termasuk mencapai segmen pelanggan baharu.
“Selain daripada memperluaskan pasaran, kami percaya ini dapat meningkatkan peluang jualan silang untuk pasukan jualan dan perkhidmatan kami.
“Selain itu, kami merancang untuk meningkatkan penglibatan pelanggan di seluruh saluran luar talian serta dalam talian sambil memperluaskan pasukan jualan dan perkhidmatan kami,” katanya semasa pelancaran prospektus IPO syarikat itu hari ini.
Syarikat sedang memberi tumpuan kepada memperluaskan kehadirannya di Malaysia dan Singapura dalam tempoh tiga tahun akan datang.
“Pada 2025, kami merancang untuk membuka tiga ‘Brandshops’ di Malaysia, dengan tujuh lagi dijadualkan semasa 2026,” katanya.
Cuckoo Malaysia kini merupakan pemain kedua terbesar dalam segmen penyewaan perkakas rumah, dengan bahagian pasaran 23.1 peratus pada Disember 2024.
Permohonan untuk terbitan awam dibuka hari ini. Ia akan ditutup menjelang 5 petang 10 April 2025, dengan penyenaraian yang dijadualkan pada 30 April 2025.
RHB Investment Bank Bhd merupakan penasihat utama tunggal, penyelaras global bersama, penyelaras bersama, pengunderaitan dan penaja jamin bersama untuk IPO, manakala Aminvestment Bank Bhd berfungsi sebagai penyelaras global bersama, penyelaras dan penaja jamin bersama.
— BERNAMA

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!
Siap dapat diskaun Early Bird!