“Trump Mula Tarik Tariff, Pasaran Saham Terkejut!”
Pasaran saham Wall Street baru-baru ini mengalami tekanan selepas bekas Presiden AS, Donald Trump, mencadangkan untuk mengenakan semula tarif ke atas barangan dari China. Pelabur mula panik, menyebabkan indeks utama seperti Nasdaq dan S&P 500 jatuh. Saham-saham gergasi teknologi yang sebelum ini mencanak tinggi turut mengalami jualan besar-besaran, memberikan “diskaun Raya” kepada pelabur yang masih menunggu peluang untuk masuk.
Sekarang, mari kita tengok saham-saham teknologi yang tengah “on sale”.
Nvidia (NVDA): Saham Power, Tapi Harga Jatuh!
Saham Nvidia (NVDA) telah mengalami kejatuhan 31.42% dari paras tertinggi, walaupun syarikat ini terus melaporkan keuntungan luar biasa. Nvidia masih menguasai pasaran AI dengan cip-cip termaju mereka yang menjadi rebutan syarikat teknologi dan pusat data. Kejatuhan harga ini mungkin lebih kepada pengambilan keuntungan selepas kenaikan besar tahun lalu.
Analisis Carta:
Data setakat 19 Mac 2025
Harga turun lebih 30% daripada puncak tertinggi.
Sokongan kuat sekitar $115 hingga $106.
Jika harga mula melantun, berpotensi untuk naik semula ke paras rintangan $123 – $127.
Bagi pelabur jangka panjang, ini boleh jadi peluang terbaik untuk mengumpul saham NVDA pada harga lebih murah.
ARM Holdings (ARM): Malaysia Dah Start Beli Paten!
ARM juga mengalami kejatuhan lebih 37.7% daripada paras tertinggi. Walaupun syarikat ini adalah tunjang dalam reka bentuk cip semikonduktor, pasaran masih belum yakin sepenuhnya dengan prospek jangka pendeknya.
Menariknya, kerajaan Malaysia telah membeli paten dari ARM bagi membolehkan syarikat tempatan membangunkan teknologi cip sendiri. Ini satu langkah besar ke arah industri semikonduktor yang lebih berdikari di Malaysia!
Analisis Carta:
Harga saham jatuh lebih 37% dari puncak tertinggi.
Paras sokongan sekitar $115 – $108.
Jika harga bertahan dan ada momentum, boleh naik semula ke $133 – $139.
ARM boleh jadi antara saham yang berbaloi untuk diperhatikan kerana fundamental syarikat masih kukuh dan industri semikonduktor semakin berkembang.
Microsoft (MSFT): Gergasi Teknologi Pun Buat Jualan Murah!
Microsoft juga terkena tempias dengan kejatuhan sekitar 16.48% dari harga tertinggi. Ini agak menarik kerana Microsoft adalah salah satu syarikat paling stabil di Wall Street dengan perniagaan AI dan komputasi awannya yang kukuh.
Analisis Carta:
Data setakat 19 Mac 2025
Saham turun hampir 17% tetapi masih dalam trend menaik jangka panjang.
Paras sokongan kuat sekitar $388 – $376.
Jika harga boleh kekal di atas sokongan ini, ada potensi untuk kembali ke $418 – $430.
Bagi pelabur yang nak beli saham gergasi teknologi yang selamat, MSFT nampak seperti pilihan yang baik dengan “diskaun Raya” ini.
Saham-saham Bursa Malaysia Pun Kena Tempias
Bukan hanya saham Wall Street yang sedang diskaun, tetapi saham-saham Bursa Malaysia juga mengalami kelembapan sempena bulan Ramadhan ini. Beberapa sektor seperti teknologi dan tenaga boleh diperbaharui mengalami tekanan jualan.
Saham seperti Inari, UWC, dan Genetec dalam sektor semikonduktor turut jatuh bersama-sama dengan ARM dan Nvidia. Ini mungkin peluang baik untuk mereka yang ingin mengumpul saham-saham berkualiti tinggi di Malaysia.
Kesimpulan: Waktu Sesuai Untuk Shopping Saham?
Berdasarkan data dan carta, memang sekarang ada “diskaun Raya” untuk banyak saham teknologi besar. Namun, pelabur perlu berhati-hati kerana ketidaktentuan pasaran masih tinggi. Sebelum membeli, pastikan:
Anda faham fundamental syarikat.
Anda ada strategi pelaburan yang jelas.
Anda tidak membeli semata-mata kerana harga jatuh.
Adakah ini peluang terbaik untuk shopping saham? Apa pendapat anda?
Berminat Nak Teroka Pasaran Saham Wall Street?
Kami menerima banyak pertanyaan tentang bagaimana nak terlibat dengan pasaran saham global. Malah banyak artikel percuma yang telah kami kongsikan antaranya:
Kami dulu juga hanya fokus melabur di pasaran saham Bursa Malaysia. Tetapi selepas mengambil kira risiko dan faktor-faktor lain, kami mengambil keputusan untuk tidak meletakkan 100% duit lebihan yang ada di pasaran saham Malaysia.
Selalu tengok harga saham Apple, Tesla, Google, NVIDIA duk naik dan ingin menjadi salah seorang daripada pemegang saham syarikat-syarikat terkemuka dunia ini?
Dah tak perlu risau dan susah-susah lagi! Kami akan kongsikan step by step cara untuk melabur saham di Wall Street.
Jangan lepaskan peluang ini! Mulakan langkah pertama anda untuk melabur dalam pasaran saham Wall Street!