• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Ulasan Keputusan: VS Industry [24 Mac 2025]

in Catalyst, Fundamental Analisis, Trading Idea
A A
VS Industry Raih Untung Bersih Lebih Rendah Sebanyak RM169.74 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

  • Saranan BELI dikekalkan
  • Harga sasar (TP) baharu mencecah RM1.23 daripada RM1.33
  • Harga saham berpotensi menaik 46%
  • Kadar hasil dividen sekitar 4% untuk FY26F (Jul)
  • Profil Syarikat

VS Industry merupakan sebuah syarikat penyedia perkhidmatan pembuatan elektronik bersepadu (EMS) untuk pengeluar-pengeluar terkemuka dunia bagi peralatan pejabat dan isi rumah.

  • Keputusan 1HFY25 tersasar daripada jangkaan

Untung bersih teras VSI berjumlah RM46j (-26% YoY) hanya mencecah 20-22% daripada ramalan kami dan konsensus, dikekang oleh tempahan lebih rendah daripada yang diramalkan daripada pelanggan AS dan satu lagi pelanggan penting di Indonesia. Selepas keputusan diumumkan, kami rendahkan perolehan FY25F-27F sebanyak 37%, 17%, 9%. Akibatnya, TP kami susut kepada RM1.23 selepas tahun asas penilaian dianjakkan ke FY26F dari 2025F. Kami tetapkan TP pada P/E lebih rendah 17x daripada 19x bagi mencerminkan pendirian berhati-hati yang dipegang oleh pasukan ahli ekonomi kami berhubung prospek perdagangan dunia pada tahun 2025.

  • Rumusan keputusan

Secara YoY, hasil 1HFY25 jatuh 1% kepada RM2bn, dengan tempahan daripada pelanggan AS dan pelanggan Indonesia semakin menurun (kedua-duanya membuat semakan inventori). Penurunan tempahan ini mengatasi pemulihan jualan yang diterima daripada Pelanggan X. Mempertimbangkan penurunan tersebut dengan semakan FX yang tidak menguntungkan pada 1QFY25, untung bersih 1HFY25 jatuh 26% kepada RM46j.

Hasil 2QFY25 pula menurun 18% QoQ berikutan faktor kemusiman yang lebih lemah (suku 1Q dan 4Q selalunya berprestasi lebih kukuh) dan pelaksanaan semakan inventori yang dinyatakan di atas. Hasilnya, barisan-barisan pengeluaran menanggung kerugian operasi kerana keumpilan operasi negatif, maka untung bersih teras menjunam 50% QoQ kepada RM15j dengan margin bersih 2QFY25 jatuh kepada 1.7%.

  • Prospek

Kebanyakan pelanggan penting mengambil pendekatan tunggu dan lihat serta berhati-hati dalam mengurus permintaan tempahan mereka kerana keadaan tidak menentu yang timbul daripada dasar-dasar tarif AS. Walaupun begitu, jumlah jualan mungkin sudah mencecah paras terendah pada 2QFY25 dan sepatutnya akan menaik secara berperingkat kelak apabila perkembangan lebih jelas diterima mengenai tarif, faktor kemusiman bertambah baik, dan bermulanya operasi barisan pengeluaran baharu pada 2HFY25F. Melepasi masa terdekat ini, prospek pertumbuhan VSI akan diperkukuh oleh kenaikan penguasaan pasaran menerusi tempahan pelanggan X daripada pelan pengembangannya di Filipina, selain terbuka semula peluang untuk mengilangkan produk penjagaan lantai di Malaysia. Sementara itu, pembangunan produk atau keupayaan bernilai tambah baru yang membuahkan hasil sepatutnya dapat menjana keuntungan lebih tinggi dan memastikan pelanggan terus setia dengan perhubungan perniagaan yang terjalin hingga ke masa hadapan.

  • Faktor pemacu utama
    • i. Tempahan kerja baharu daripada pelencongan perang perdagangan AS-China
    • ii. Permintaan tinggi untuk produk keluaran pengguna utama

  • Risiko utama
    • i. Kehilangan pelanggan utama;
    • ii. Ketidakmampuan mengalihkan bebanan kos lebih mahal.
  • Rumusan

Keputusan 1HFY25 yang dicatatkan oleh VS Industry menghampakan kerana jumlah jualan yang diterima daripada pelanggan utama lebih rendah daripada jangkaan. Sungguhpun begitu, kami percaya jumlah jualan ini mungkin sudah mencecah paras terendah dan akan kembali menaik. Seterusnya, usaha syarikat untuk menaikkan penguasaan pasarannya dengan menerima tempahan lebih daripada Pelanggan X menerusi pelan pengembangan operasi di Filipina masih berjalan. Perkara ini akan menjadi kunci utama kepada pertumbuhan mendadak perolehan FY26F. Maka, kami menganggap nilai saham semasa yang
berada di bawah paras purata sebagai menarik.

Penganalisis
Soong Wei Siang +603 2302 8130 ([email protected])

Baca laporan analisis penuh:  VS Industry : Faktor Pemangkin Utama Pertumbuhan Terus Kukuh; Kekal BELI (24 Mac 2025)

Laporan Sebelumnya: VS Industry : Jangkaan Pemulihan Menggalakkan Pada 2HFY25F; Kekal BELI (9 Dis 2024)

Pautan kepada laporan bahasa Inggeris: VS Industry : Major Catalyst Remains Intact; Stay BUY (24 Mac 2025)

*Nota: Laporan terjemahan Bahasa Malaysia ini merupakan versi ringkas bagi laporan asal dalam bahasa Inggeris dan diguna pakai untuk menyampaikan maklumat sahaja. Penerima dinasihatkan untuk merujuk laporan asal dalam bahasa Inggeris untuk butiran lanjut, dan untuk penafian penyelidikan dan pendedahan rasmi. Walaupun laporan terjemahan Bahasa Malaysia disediakan, laporan asal dalam bahasa Inggeris hendaklah diberi keutamaan sekiranya berlaku sebarang persoalan tentang pentafsiran, percanggahan ataupun dalam hal yang lain.

Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.

Tengok chart dah reti, tekan ‘buy’ dan ‘sell’ pun tahu tapi…saham yang kita pilih itu bagus atau tidak?

Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi, mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal. 

Pernah dengar formula CANSLIM? Ala…formula popular yang pelabur serata dunia gunapakai. Formula best ini dicipta oleh pelabur tersohor dunia iaitu William J. O’Neil.

Dengan menggunakan CANSLIM, secara tidak langsung kita telah pun membuat 2 jenis analisis tadi. Pelabur boleh menilai sendiri sama ada saham syarikat itu sesuai untuk dibeli atau boleh diabaikan.

Miliki e-book CANSLIM -> TheKapital.my/Ebook-CANSLIM


Tags: Bursa MalaysiaKeputusanQuarter ReportVS Industry
Share223ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In