• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Catat Kenaikan Tetapi Kemudian Merosot Disebabkan Sentimen Lemah

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka tinggi, menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang kukuh tetapi kemudiannya merosot disebabkan kekurangan pemangkin baharu.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 1.93 mata kepada 1,503.52 daripada 1,505.45 pada Jumaat lepas.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 1.05 mata kepada 1,506.50.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 151 berbanding 100, dengan 248 kaunter tidak berubah, 1,927 tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 106.07 juta saham bernilai RM43.71 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup tinggi pada Jumaat lepas apabila pilihan saham dan indeks, bersama dengan niaga hadapan indeks dan saham tunggal, tamat tempoh. 

“Walaupun ketiga-tiga indeks utama meningkat semula daripada paras terendah harian, dagangan kekal tidak menentu berikutan sentimen kekal berhati-hati dalam ketidaktentuan tarif. 

“Sementara itu, hasil Perbendaharaan 10 tahun Amerika Syarikat meningkat kepada 4.25 peratus,” katanya kepada Bernama.

Di peringkat tempatan, katanya FBM KLCI ditutup dalam julat positif tetapi sentimen pasaran kekal lemah dengan aliran keluar dana asing yang berterusan.

“Walaupun terdapat sokongan belian awal, ia berkurangan apabila jualan asing meningkat. Sehubungan itu, kami menjangka indeks akan berada dalam julat 1,500 hingga 1,510 hari ini,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank meningkat 2.0 sen kepada RM10.20 dan IHH Healthcare naik 12.0 sen kepada RM7.02.

Sebaliknya, CIMB Group dan Public Bank, masing-masing berkurangan 2.0 sen kepada RM6.83 dan RM4.47 serta Tenaga Nasional susut 4.0 sen kepada RM13.52.

Dalam kalangan saham aktif, Saliran Group menambah 1.0 sen kepada 26.5 sen dan MMAG Holdings naik setengah sen kepada 78.5 sen. 

Kanger International merosot setengah sen kepada 3.5 sen dan ES Sunlogy berkurangan 2.0 sen kepada 26.0 sen manakala Sapura Energy mendatar pada 4.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM ACE berkurangan 6.57 mata kepada 4,818.07, Indeks FBM 70 merosot 32.50 mata kepada 16,255.50, Indeks FBM Emas susut 10.90 mata kepada 11,294.80.

Indeks FBMT 100 berkurangan 16.30 mata kepada 11,045.08 dan Indeks FBM Emas Shariah merosot 3.03 mata kepada 11,024.14.

Mengikut sektor, Indeks Tenaga menambah 3.79 mata kepada 755.59 manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 36.51 mata kepada 18,403.32, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan susut 0.11 mata kepada 153.32 dan Indeks Perladangan berkurangan 4.51 mata kepada 7,445.42.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaWall Street
Share207ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In