Mencatat Prestasi Baik
- Saranan dinaik taraf kepada BELI daripada Jual
- Harga sasar (TP) baharu mencecah RM1.06 (DCF) daripada RM1.10
- Potensi kenaikan harga saham 19%.

- Profil Syarikat
Top Glove merupakan pengeluar sarung tangan pakai buang terbesar di dunia.
- Gambaran menyeluruh mengenai keputusan
TOPGLOV melaporkan untung teras 2QFY25 berjumlah RM23.3j, lalu membawa perolehan teras 1HFY25 kepada RM1.4j (lebih baik berbanding jangkaan kami iaitu kerugian teras RM13j) dan rata-ratanya disebabkan oleh peningkatan harga jualan purata (ASP). ASP nyata menokok 3% QoQ kepada AS$19.90 ekoran komposisi jualan lebih baik (sumbangan lebih besar daripada produk-produk dengan ASP lebih tinggi) manakala jumlah jualan menyusut 9% QoQ kepada 9.4bn helai akibat langkah pembelian awal oleh pelanggan-pelanggan AS. Harga bahan mentah dilihat menurun QoQ: Lateks asli jatuh 1% QoQ manakala harga getah nitril butadin susut 8% QoQ. Kadar penggunaan kilang pula menurun QoQ menjadi 58%.

- Intipati utama daripada taklimat keputusan
Menurut pihak pengurusan, jumlah jualan mencecah paras terendah pada bulan Februari, tetapi berkemungkinan akan meneruskan trend pertumbuhan menaik pada Mac-Mei. Pertanyaan pesanan untuk bulan Jun daripada pelanggan-pelanggan AS dilihat meningkat dengan ketara, lantas menunjukkan tanda-tanda penambahan inventori akan dibuat untuk suku-suku seterusnya.
Persaingan dalam pasaran bukan AS masih rancak, kerana ASP China sebanyak AS$15 masih melepasi paras yang tidak dapat dikekalkan untuk syarikat pengeluar sarung tangan Malaysia. Walaupun begitu, kesan bersihnya masih positif buat syarikat-syarikat tempatan, kerana kesan akibat gagal meraih jualan di luar AS bakal diganti dengan ASP lebih baik di AS.

- Gambaran
Senario penurunan taraf saranan kami sebelum ini rata-ratanya sudah sampai penghujungnya. Sekarang TOPGLOV diniagakan pada P/BV 1.6x atau 0.3SD bawah purata tiga tahunnya sebanyak 1.7x. Melihat melepasi bulan Mei, kami menjangkakan jumlah jualan akan beransur-ansur meningkat apabila inventori saluran AS habis. Susulan pembetulan harga saham baru-baru ini, kami berpendapat bahawa penilaian TOPGLOV adalah murah, kerana penilaian sebegini kali terakhir didagangkan sebelum pengumuman tarif pada Mei 2024 dan Sep 2024.
- Selepas keputusan diumumkan
Kami menaikkan perolehan FY25F-27F kepada RM39j, RM102j, dan RM225j daripada -RM13j, RM35j, dan RM199j selepas kami menyelaraskan andaian jumlah jualan kami dengan bayangan daripada pihak pengurusan, iaitu sebanyak 42bn daripada 40.9bn. Walaupun perolehan kami ditingkatkan, TP kami direndahkan sedikit kepada RM1.06 selepas kami menaikkan andaian WACC kepada 10.8% daripada 10.5% bagi mencerminkan pandangan berjaga-jaga oleh jabatan ekonomi kami terhadap prospek dagangan dunia 2025. Selepas penyelarasan, kami menaik taraf saranan pelaburan kepada BELI, atas faktor pemulihan jumlah jualan pada 4QFY25 dan penilaian yang menarik. Berdasarkan TP kami, P/BV mencecah 1.9x, iaitu 0.7SD melepasi purata tiga tahunnya.
- Faktor pemacu utama
- Ramalan perolehan kami paling peka terhadap:
- i. Jumlah jualan;
- ii. Nilai mata wang USD/MYR;
- iii. Harga bahan mentah.
- Risiko utama
- i. Penurunan ASP sarung tangan;
- ii. Pelan pengembangan kapasiti berjalan lebih perlahan daripada yang dijangka;
- iii. Kadar penggunaan kilang lebih rendah daripada ramalan;
- iv. Harga bahan mentah lebih mahal daripada yang disangkakan.
Kesimpulan
Top Glove Corp mencatat untung teras untuk 2QFY25 (Ogos) sebanyak RM23.3j (mengatasi jangkaan kami) berikutan pelaksanaan langkah pelepasan kos yang semakin baik walaupun jumlah jualan lemah secara berturutan. Memandangkan harga saham sudah mencecah TP lama kami, kami bertindak menaik taraf saranan pelaburan ekoran jumlah jualan yang berpotensi meningkat menjelang Jun (4QFY25) apabila paras inventori pelanggan-pelanggan AS habis sepenuhnya. Premium ESG 2% dimasukkan dalam kiraan TP kerana markah ESG TOPG 3.1 melepasi paras median negara iaitu 3.0.
Penganalisis
Oong Chun Sung +603 2302 8126 ([email protected])
Baca laporan analisis penuh: Top Glove Corp : Mencatat Prestasi Baik; Naik Taraf Kepada BELI (21 Mac 2025)
Laporan Sebelumnya: Top Glove Corp : Trend Positif Sudah Diambil Kira; Turun Taraf Kepada JUAL (23 Dis 2024)
Pautan kepada laporan bahasa Inggeris: Top Glove Corp : A Commendable Performance; Upgrade To BUY (21 Mac 2025)
*Nota: Laporan terjemahan Bahasa Malaysia ini merupakan versi ringkas bagi laporan asal dalam bahasa Inggeris dan diguna pakai untuk menyampaikan maklumat sahaja. Penerima dinasihatkan untuk merujuk laporan asal dalam bahasa Inggeris untuk butiran lanjut, dan untuk penafian penyelidikan dan pendedahan rasmi. Walaupun laporan terjemahan Bahasa Malaysia disediakan, laporan asal dalam bahasa Inggeris hendaklah diberi keutamaan sekiranya berlaku sebarang persoalan tentang pentafsiran, percanggahan ataupun dalam hal yang lain.

Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.
Buat duit ketika musim QR!
Setiap Quarter Report (QR) ada ceritanya, jangan sampai rugi sebab syarikat umum QR..
❌ Ini bukan kelas preview,
Kita akan terus belajar:-
✅ Cara pilih dan tapis saham yang baik untuk buat ‘Watchlist’ dikala musim QR
✅ Belajar kenal pasti syarikat bermasalah yang patut dielakkan
✅ Serta case study untuk dijadikan panduan
