• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, April 26, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Top Glove Kembali Pulih Raih Untung Bersih RM30.28 Juta Pada Suku Kedua

in Catalyst
A A
Top Glove Harap Lanjutan Insentif Hijau, Cukai Korporat Dikurangkan Dalam Bajet 2023
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) — Top Glove Corporation Bhd kembali mencatatkan keuntungan dengan keuntungan bersih sebanyak RM30.28 juta pada suku kedua yang berakhir 28 Feb, 2025, berbanding kerugian bersih RM51.20 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Perolehan untuk tempoh suku yang dikaji meningkat kepada RM883.65 juta daripada RM550.33 juta sebelumnya yang dipacu oleh prestasi kumpulan yang lebih baik berikutan peningkatan berterusan dalam tempahan sarung tangan susulan pemulihan permintaan global.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Peralihan perdagangan akibat daripada tarif Amerika Syarikat (AS) ke atas eksport sarung tangan China juga memacu pertumbuhan berterusan dalam hasil jualan apabila jumlah jualan meningkat sebanyak 58 peratus berbanding suku yang sama pada fiskal 2024,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Top Glove berkata peningkatan kualiti yang berterusan bersama-sama dengan kadar penggunaan yang lebih tinggi daripada tempahan yang meningkat menghasilkan pengeluaran dan kecekapan kos yang lebih baik seterusnya menyumbang kepada peningkatan keuntungan.

Sementara itu, syarikat tersebut berjaya mengeluarkan Sukuk Wakalah Senior lima tahun dengan nilai nominal RM800 juta pada 20 Feb, 2025.

Top Glove berkata hasil sebanyak RM800 juta yang diperoleh bersama-sama dengan RM380 juta daripada wang tunai kumpulan digunakan untuk menebus sukuk kekal tertunggak berjumlah RM1.18 bilion pada tarikh panggilan pertamanya pada 27 Feb, 2025.

“Terbitan Sukuk Wakalah Senior dan penebusan sukuk kekal ini akan mengurangkan kos pembiayaan keseluruhan sementara nisbah tahap kadar hutang bersih kumpulan berada pada tahap yang baik iaitu 0.13 kali,” kata Top Glove.

Mengenai prospek, Top Glove kekal yakin berikutan keadaan pasaran yang semakin baik terus memacu pertumbuhan permintaan yang berterusan.

Seiring dengan itu, peningkatan dalam nilai perolehan kontrak dijangka berterusan yang dipacu oleh aliran masuk tempahan yang kukuh.

Kumpulan itu juga kekal berwaspada dalam menangani tekanan persaingan terutamanya dalam pasaran bukan AS seperti Eropah apabila strategi penetapan harga sarung tangan nitril yang agresif oleh pengeluar dari China mungkin menimbulkan cabaran.

Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, Pengarah Urusan Top Glove, Lim Cheong Guan berkata keputusan kukuh ini mencerminkan kejayaan inisiatif kumpulan dalam penambahbaikan kualiti dan kecekapan kos yang sedang dijalankan.

Beliau berkata ini mengukuhkan daya saing selain meletakkan kumpulan dalam kedudukan untuk memperoleh manfaat daripada pemulihan permintaan sarung tangan serta peralihan perdagangan dalam pasaran.

“Kami gembira untuk terus menunjukkan prestasi yang lebih baik dengan keuntungan yang diperkukuhkan. Ini merupakan bukti komitmen dan usaha gigih pasukan kami yang memainkan peranan penting dalam memulihkan perniagaan ini.

“Kami akan terus membina momentum ini sambil memacu pertumbuhan mampan untuk masa depan,” katanya.

— BERNAMA

Tags: KeputusanLim Cheong Guanpermintaansarung tangansuku keduaTop Gloveuntung bersih
Share207ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In