• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Hampir Mendatar

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka hampir mendatar, menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang lemah.  

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.75 mata kepada 1,504.91 daripada 1,504.16 pada Khamis.

Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah 0.29 mata kepada 1,503.87.  

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 125 berbanding 115, dengan 199 kaunter tidak berubah, 1,998 tidak diniagakan dan 29 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 92.11 juta saham bernilai RM49.78 juta.  

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, Wall Street rendah selepas mencatatkan kenaikan sebelumnya berikutan ketidaktentuan mengenai tarif oleh Donald Trump dan kebimbangan berhubung pertumbuhan ekonomi yang lembap secara berterusan.

Katanya walaupun terdapat ketidaktentuan mengenai tarif AS, eksport Malaysia kekal kukuh pada Februari, naik 6.2 peratus tahun ke tahun, didorong oleh produk elektrik dan elektronik (E&E) serta minyak sawit.

“Kami menjangka minat yang berterusan dalam sektor semikonduktor dan E&E, disokong oleh kerjasama Malaysia selama 10 tahun dengan Arm Holdings dan perbelanjaan teknologi global yang berterusan dalam kecerdasan buatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, tempoh peralihan monsun dari Mac hingga Mei dapat menjana minat di kaunter tebatan banjir, pembinaan dan bahan binaan, katanya.

Bagaimanapun, katanya pelabur perlu terus berhati-hati dengan tarif timbal balas AS yang akan datang pada 2 April, yang boleh menyebabkan turun naik pasaran jangka pendek.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank meningkat lapan sen kepada RM10.26, TNB naik enam sen kepada RM13.56 serta CIMB, IHH Healthcare dan Press Metal, masing-masing menambah dua sen kepada RM6.82, RM6.79 dan RM5.03.  

Hong Leong Bank dan SD Guthrie, masing-masing tidak berubah pada RM20.40 dan RM4.86. Public Bank merosot dua sen kepada RM4.46 dan YTL Power berkurangan tiga sen kepada RM3.38.  

Dalam saham aktif, TWL Holdings, Saliran Group, McLean Technologies dan Reneuco, masing-masing meningkat setengah sen kepada 2.5 sen, 24.5 sen, 29.0 sen dan 5.5 sen. Minox mendatar pada 25 sen manakala Lim Seong Hai Capital yang mula disenaraikan di Pasaran ACE berkurangan tiga sen kepada 85 sen.  

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menambah 7.40 mata kepada 11,308.77, Indeks FBMT 100 naik 8.57 mata kepada 11,060.40 dan Indeks FBM Emas Shariah meningkat 13.35 mata kepada 11,040.17.  

Indeks FBM 70 naik 24.80 mata kepada 16,298.32 dan Indeks FBM ACE meningkat 34.31 mata kepada 4,813.02.  

Mengikut sektor, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan merosot 0.01 mata kepada 154.15, Indeks Tenaga berkurangan 0.36 mata kepada 749.94 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 9.07 mata kepada 18,396.23.

Sebaliknya, Indeks Perladangan meningkat 1.66 mata kepada 7,453.15.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaMalacca SecuritiesWall Street
Share204ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In