• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, October 8, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Samaiden, Unique Fire Meterai Perjanjian Pembelian Tenaga Solar PV Berskala Besar

in Catalyst
A A
Samaiden Bekerjasama Dengan Chudenko Cari Peluang Dalam Tenaga Boleh Diperbaharui
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) — Samaiden Group Bhd dan Unique Fire Holdings Bhd menandatangani perjanjian pembelian tenaga (PPA) dengan Tenaga Nasional Bhd (TNB) bagi pembangunan loji solar fotovolta (PV) berskala besar di Pasir Mas, Kelantan dan Hilir Perak, Perak.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Rabu, Samaiden menjelaskan anak syarikat milik penuhnya, Samaiden Legasi Timur Sdn Bhd, akan membina dan mengendalikan kemudahan penjanaan tenaga solar PV yang akan disambungkan ke rangkaian pengedaran voltan tinggi TNB di tapak projek yang berkaitan berdasarkan program solar berskala besar kelima (LSS5).

Mengikut PPA itu, Samaiden Legasi Timur akan bertanggungjawab terhadap kemudahan penjanaan tenaga solar PV di tapak projek yang berkaitan, dengan kapasiti diluluskan 99.99 megawatt (MW) di Pasir Mas.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Berdasarkan perjanjian itu, TNB akan membeli output tenaga bersih daripada kemudahan itu sehingga kuantiti maksimum tahunan dibenarkan 257,988.14 MW selama 21 tahun dari tarikh operasi komersial yang dijadualkan pada 11 Okt, 2027,” tambahnya.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, Pengarah Urusan Kumpulan Samaiden Datuk Ir Chow Pui Hee berkata projek itu bukan sahaja merupakan pengembangan ketara bagi portfolio syarikat malah juga aliran perolehan jangka masa panjang yang akan menyokong kemampanan kewangan Samaiden.

“Berasaskan matlamat kerajaan untuk mencapai 70 peratus campuran tenaga boleh baharu menjelang 2050, kami gembira untuk menyumbang kepada visi ini dengan membangunkan satu daripada projek solar berskala besar di bawah program LSS5,” katanya.

Sementara itu, anak syarikat 60 peratus milik tidak langsung Unique Fire, Unique HEB Energy Sdn Bhd dan HEB Energy Sdn Bhd, yang merupakan anak syarikat milik penuh HSS Engineers Bhd, memeterai PPA dengan TNB secara bersama untuk membangunkan sebuah loji solar PV berskala besar 95 MW di Hilir Perak.

Tarikh operasi komersial yang dijadualkan adalah 11 Okt, 2027.

“Obligasi pihak-pihak untuk menjual dan membeli tenaga yang dijana oleh kemudahan itu selama 21 tahun daripada tarikh operasi komersial adalah dikawal selia menerusi PPA itu, mengikut terma dan syarat yang dipersetujui seperti ditetapkan dalam perjanjian tersebut,” jelasnya.

Samaiden dan Unique Fire memaklumkan pihak mereka menjangkakan tiada sebarang risiko luar biasa selain daripada risiko operasi dan perubahan peraturan yang berkaitan dengan PPA.

“Bagaimanapun, syarikat akan mengambil langkah yang sesuai untuk mengurangkan risiko apabila perkara itu berlaku,” jelasnya.

— BERNAMA

Tengok chart dah reti, tekan ‘buy’ dan ‘sell’ pun tahu tapi…saham yang kita pilih itu bagus atau tidak?

Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi, mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal. 

Pernah dengar formula CANSLIM? Ala…formula popular yang pelabur serata dunia gunapakai. Formula best ini dicipta oleh pelabur tersohor dunia iaitu William J. O’Neil.

Dengan menggunakan CANSLIM, secara tidak langsung kita telah pun membuat 2 jenis analisis tadi. Pelabur boleh menilai sendiri sama ada saham syarikat itu sesuai untuk dibeli atau boleh diabaikan.

Miliki e-book CANSLIM -> TheKapital.my/Ebook-CANSLIM

Tags: LSSSamaidensolarTNBUnique Fire
Share215ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

2 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

2 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

2 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

2 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In