• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Kenaikan Di Wall Street

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis, menjejaki kenaikan di Wall Street dalam tempoh semalaman selepas Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) mengekalkan kadar faedahnya  dan mengesahkan prospek untuk dua kali pengurangan kadar faedah tahun ini.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.44 mata kepada 1,523.10 daripada 1,517.66 ketika ditutup semalam.

Indeks penanda aras itu dibuka 4.74 mata lebih tinggi kepada 1,522.40.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 255 berbanding 87 manakala 222 kaunter tidak berubah, 1,873 kaunter tidak diniagakan dan 17 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 167.35 juta saham bernilai RM91.13 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, Fed memutuskan kadar faedahnya dikekalkan walaupun inflasi AS dijangka meningkat tahun ini memandangkan pertumbuhan ekonomi yang lemah berkemungkinan dapat mengimbangi tekanan inflasi.

“Sementara itu, pelabur akan memantau pengumuman kadar utama pinjaman oleh People’s Bank of China,” jelasnya dalam nota penyelidikan hari ini.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Public Bank menambah dua sen kepada RM4.56, TNB naik 10 sen kepada RM13.66, CIMB meningkat enam sen kepada RM6.99, dan Press Metal menokok dua sen kepada RM5.02.

Maybank dan CelcomDigi masing-masing tidak berubah pada RM10.36 dan RM3.53, manakala IHH Healthcare kurang satu sen kepada RM7.09 dan Hong Leong Bank susut enam sen kepada RM20.40.

Bagi saham aktif, Innature dan Pertama Digital masing-masing meningkat tiga sen kepada 24.5 sen dan 20 sen. Sedania menambah 1.5 sen kepada 14 sen, YTL Corp menokok lima sen kepada RM2.05, dan Sealink meningkat 2.5 sen kepada 19 sen.

Sapura Energy, EA Holdings, dan Minox International masing-masing tidak berubah pada 4.5 sen, setengah sen, dan 25 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 48.36 mata kepada 11,412.42, Indeks FBMT 100 meningkat 47.28 mata kepada 11,168.97, dan Indeks FBM Emas Shariah menokok 43.59 mata kepada 11,102.38.

Indeks FBM 70 melonjak 98.52 mata kepada 16,358.73, manakala Indeks FBM ACE menambah 22.38 mata kepada 4,733.87.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.13 mata kepada 154.90, Indeks Tenaga meningkat 6.64 mata kepada 747.03, dan Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 6.64 mata kepada 18,664.71.

Sementara itu, Indeks Perladangan susut 36.79 mata kepada 7,400.58.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaWall Street
Share203ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In