• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Saham Kajian Hari Ini: Solarvest ($SLVEST) 19 Mac 2025

in Catalyst, Fundamental Analisis, Trading Idea
A A
Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Bagi Gedung Beli Belah Di Malaysia
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

  • Pelancaran Penuh Kontrak LSS5
  • Saranan BELI
  • Harga sasar (TP) RM2 melalui SOP dikekalkan
  • Harga saham berpotensi menaik 21%
  • Profil Syarikat

Solarvest sebuah penyedia perkhidmatan Kejuruteraan, Pemerolehan, Pembinaan dan Pentauliahan (EPCC) siap guna suria yang menawarkan penyelesaian hujung ke hujung untuk membina sistem fotovolta suria dari awalnya.

Dengan memperoleh kontrak EPCC buat julung kalinya dalam program Suria Berskala Besar 5 (LSS5), Solarvest berjaya melakar pencapaian pemerolehan projek terbesar dalam sejarah penubuhannya dengan kapasiti kontrak berkenaan mencecah 500 megawat arus ulang-alik (MWac).

  • Tawaran kontrak

Anak syarikat milik Solarvest, Atlantic Blue telah menerima kontrak EPCC LSS5 pertamanya apabila dipertanggungjawabkan untuk menjalankan kerja EPCC untuk loji berkapasiti 500MWac di Bukit Selambau, Kedah. Kontrak ini yang ditawarkan oleh TNB Kuala Muda Solar (TKMS), sebuah anak syarikat milikan penuh Tenaga Nasional (TNB MK, BELI, TP, RM15.50), bernilai RM401j. Untuk nilai bagi setiap MW, kontrak ini agak kecil kerana ia bukanlah kontrak siap guna penuh. Ruang lingkup kerja kontrak ini membabitkan kerja kejuruteraan, pemerolehan untuk semua peralatan yang digunakan di semua kemudahan suria kecuali peralatan penting (panel PV suria, penyongsang, kotak penggabung dan struktur pencagak), pembinaan dan pentauliahan kemudahan suria tersebut.

  • Prospek

Berdasarkan tawaran kontrak ini, kami menjangkakan buku pesanan Solarvest akan menaik kepada RM1.1-1.2bn bagi mencerminkan kenaikan 25-36% daripada angka RM877j yang dilaporkan semasa 3QFY25 (Mac). Mengikut bayangan syarikat, GPM dijangka berada pada paras 10-15%, iaitu selaras dengan projek-projek berskala utiliti yang dijalankan. Fasa pembinaan dijadualkan bermula pada 2HFY26 dan dijangka siap pada 31 Jul 2027. Akibatnya, sebahagian besar sumbangan hasil dijangka diterima pada FY27. Kami meramalkan buku pesanan kumpulan akan tetap kukuh apabila mendapat sokongan daripada program-program LSS5 dan LSS5+ yang masih berlangsung, dan juga LSS6 yang bakal menyusul. Mempertimbangkan semua perkara ini, inisiatif-inisiatif ini mampu membuka peluang EPCC berkapasiti >6GW.

  • Saranan BELI dikekalkan

Kami bertindak mengekalkan anggaran perolehan buat masa ini kerana kontrak ini menyamai andaian penambahan buku pesanan bernilai
RM900j kami untuk LSS5. Sungguhpun begitu, kami ambil maklum bahawa perolehan FY26-27 mungkin meningkat susulan pengumuman program LSS5+.
Dalam LSS5+, loji tenaga juga dijangkakan beroperasi pada CY27. TP kami yang diraih melalui kaedah SOP masih pada paras MYR2, berdasarkan P/E 30x, iaitu +1SD daripada purata 3 tahunnya. Dalam pengiraan TP ini, penilaian DCF (WACC: 5.4%) pada aset-aset DC dan premium ESG 8% turut diambil kira berikutan catatan markah ESG 3.4 oleh kumpulan ini yang melepasi paras median negara 3.0.

  • Faktor pemacu utama
    • i. Permintaan untuk kerja EPCC suria daripada
    • projek komersial dan perindustrian;
    • ii. Permintaan untuk kerja EPCC suria daripada projek bersaiz utiliti.

  • Risiko utama
    • i. Kebergantungan pada dasar dan inisiatif kerajaan berhubung tenaga boleh baharu;
    • ii. Risiko persaingan;
    • iii. Kenaikan kos projek yang tidak dijangka.
  • Kesimpulan

Kontrak yang dianugerahkan ini dijangka menyokong pertumbuhan kukuh perolehan syarikat dalam masa terdekat. Malahan, kami terus memandang baik akan prospek saham ini kerana statusnya sebagai penerima manfaat utama daripada permintaan tenaga suria yang kian meningkat di Malaysia. Menerusi rekod prestasi yang mantap, kumpulan ini berpeluang baik untuk meraih lebih banyak kontrak nanti apabila lebih banyak ikhtiar tenaga boleh baharu dilancarkan.

Penganalisis
Miza Izaimi +603 2302 8121 ([email protected])
Lee Meng Horng +603 2302 8115 ([email protected])

Baca laporan analisis penuh: Solarvest : Pelancaran Penuh Kontrak LSS5; Kekal BELI (19 Mar 2025)

Laporan Sebelumnya: Solarvest : Bakal Raih Prestasi Tahunan Tertinggi Sekali Lagi; Kekal BELI (21 Feb 2025)

Pautan kepada laporan bahasa Inggeris: Solarvest : LSS5 Contract Rollout In Full Swing; Reiterate BUY (19 Mac 2025)

*Nota: Laporan terjemahan Bahasa Malaysia ini merupakan versi ringkas bagi laporan asal dalam bahasa Inggeris dan diguna pakai untuk menyampaikan maklumat sahaja. Penerima dinasihatkan untuk merujuk laporan asal dalam bahasa Inggeris untuk butiran lanjut, dan untuk penafian penyelidikan dan pendedahan rasmi. Walaupun laporan terjemahan Bahasa Malaysia disediakan, laporan asal dalam bahasa Inggeris hendaklah diberi keutamaan sekiranya berlaku sebarang persoalan tentang pentafsiran, percanggahan ataupun dalam hal yang lain.

Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.

Tengok chart dah reti, tekan ‘buy’ dan ‘sell’ pun tahu tapi…saham yang kita pilih itu bagus atau tidak?

Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi, mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal. 

Pernah dengar formula CANSLIM? Ala…formula popular yang pelabur serata dunia gunapakai. Formula best ini dicipta oleh pelabur tersohor dunia iaitu William J. O’Neil.

Dengan menggunakan CANSLIM, secara tidak langsung kita telah pun membuat 2 jenis analisis tadi. Pelabur boleh menilai sendiri sama ada saham syarikat itu sesuai untuk dibeli atau boleh diabaikan.

Miliki e-book CANSLIM -> TheKapital.my/Ebook-CANSLIM


Share221ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

10 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

10 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

10 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In