KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) — Pemegang saham HHRG Bhd, Digital Trustees Bhd telah meminta mesyuarat agung luar biasa (EGM) diadakan untuk menyingkirkan lima pengarah syarikat itu daripada lembaga pengarah dan melantik tiga ahli baharu.
HHRG dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata permintaan bertulis telah diterima pada 14 Mac, 2024 daripada Digital Trustees yang memegang lebih daripada 10 peratus saham, meminta diadakan EGM dan penyingkiran Datuk Paduka Ammar Shaikh Mahmood Naim, Guok Ngek Seong, Abdul Rahman Din, Chan Hon Lee Woo dan Ju Siew.
Digital Trustees juga mencadangkan pelantikan Zam Azri Mohamed Zam Zamil, Dr Mazlan Ahmad dan Low Xhu Hern kepada lembaga pengarah HHRG.
Dalam pemfailan berasingan, HHRG berkata dagangan dalam sekuriti berkaitan HHRG dihentikan pada 9.01 pagi, Isnin, 17 Mac, 2025.
Dagangan disambung semula sejam kemudian pada jam 10.01 pagi.
— BERNAMA