Bakal Meraih Kenaikan Perolehan
- Saranan dinaik taraf kepada BELI daripada Jual
- Harga sasar (TP) baharu mencecah RM1.37 daripada RM1.05
- Potensi kenaikan harga saham 18%
- Kadar hasil dividen sekitar 1%

- Profil Syarikat
Ranhill Utilities ialah sebuah entiti kuasa dan alam sekitar lestari terkemuka dengan pengalaman kepakaran lebih lima dekad. Sejak 1999, melalui anak syarikatnya Ranhill SAJ, ia mengurus dan mengendalikan bekalan air yang boleh diminum sebagai penyedia eksklusif sumber air ke paip di Johor, negeri berpopulasi ketiga teramai di Malaysia.
- Kenaikan Tarif Air
Menurut artikel bertajuk Kerajaan Mungkin Naikkan Tarif Air Sebanyak 30% Di Selangor, KL & Putrajaya Mulai Julai Tahun Ini, tarif air di seluruh negara dirancang untuk dinaikkan, bermula dengan tiga kawasan yang disebut di atas (proses rundingan sedang berjalan). Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah mengarahkan syarikat-syarikat pengendali air untuk mendapatkan kelulusan bertulis daripada kerajaan negeri sebelum 31 Mac, sebelum mekanisme penetapan tarif baharu ini dilaksanakan.
Pada bulan Feb 2024, tarif air bagi anak syarikat Ranhill Utilities iaitu Ranhill SAJ di Johor untuk pengguna domestik meningkat pada kadar antara 5% dan 31% untuk lingkungan perumahan 1-3. Sementara itu, semakan tarif untuk pengguna bukan domestik telah berkuat kuasa pada Jan 2023 pada julat antara 8% dan 13%. Sebelum tarif-tarif ini dipinda, semakan terakhir dibuat pada tahun 2015. Oleh demikian itu, kemungkinan untuk tarif dinaikkan lagi tidak dapat ditolak, termasuk di Johor bagi memastikan aset-aset prasarana air dapat dijaga dengan baik.
Tambahan lagi, artikel tersebut berkata pusat data (DC) mungkin akan dikenakan tarif kategori khas pada RM5.50 setiap meter padu, dan bukannya tarif air perindustrian yang biasa. Hal ini tertakluk pada kelulusan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA). Dalam kes Ranhill SAJ, kami berpendapat sebarang tarif khusus untuk DC mungkin tidak akan melebihi jumlah yang dikenakan di Singapura. Apabila diteliti dengan lebih lanjut, kami dapati bahawa harga air untuk segmen perindustrian bukan domestik di Singapura ditetapkan sebanyak SGD1.75 (termasuk cukai bawaan air SGD1.09) berkuat kuasa mulai Apr 2025, iaitu
bersamaan dengan kira-kira RM5.83. Nilai ini lebih tinggi daripada kategori tarif air khas untuk DC sebanyak RM5.50.

Untuk tujuan analisis senario, jika kami andaikan Johor melaksanakan kenaikan tarif air sebelum bulan Julai dengan kenaikan antara 2.5% dan 10% (unjuran kami sendiri) untuk pengguna domestik dan bukan domestik, ditambah dengan kategori tarif khas air sebanyak RM5.50 setiap meter padu (berbanding harga sekarang RM3.55 setiap meter padu untuk DC (kapasiti DC sekitar 627MW dijangka beroperasimenjelang FY26F), perolehan FY26F dan FY27F mungkin meningkat sekitar 13% (Rajah 1). Analisis kami turut mempertimbangkan kenaikan tarif berkala yang mungkin dilaksanakan setiap tiga tahun (tertakluk pada kelulusan SPAN) pada
permulaan setiap tempoh operasi (tempoh seterusnya bermula pada CY27).

Tiada pindaan dibuat pada anggaran perolehan kami sementara menunggu kenaikan tarif yang sebenar. Namun begitu, kami mengambil peluang ini untuk merendahkan kadar diskaun untuk segmen air Ranhill Utilities kepada 6% daripada 7.5% bagi mencerminkan keadaan kawal selia yang baik menerusi potensi kenaikan tarif air, khusus untuk DC. Kami percaya tarif lebih tinggi untuk pengendali DC tidak akan menjejaskan prospek DC negara kerana faktor-faktor lain seperti tanah tetap menarik buat pelabur DC. Oleh itu, kami mendapat TP RM1.37 baharu melalui SOP (MYR1.05 sebelum ini) yang termasuk premium ESG 4%. Dari segi nilai, saham ini diniagakan pada EV/EBITDA FY26F 3.8x, iaitu lebih rendah daripada purata EV/EBITDA 10 tahun 4.1x.
- Faktor pemacu utama
- Permintaan air lebih tinggi
- Risiko utama
- Penggunaan air lebih lemah daripada jangkaan
Penganalisis
Adam Bin Mohamed Rahim +603 2302 8101 ([email protected])
Baca laporan analisis penuh: Ranhill Utilities : Bakal Meraih Kenaikan Perolehan; Naik Taraf Kepada BELI (17 Mac 2025)
Laporan Sebelumnya: Ranhill Utilities : Nothing Too Exciting For Now; SELL (19 Feb 2025)
Pautan kepada laporan bahasa Inggeris: Ranhill Utilities : Looks Ready To Run Up a Hill; Upgrade To BUY (17 Mac 2025)
*Nota: Laporan terjemahan Bahasa Malaysia ini merupakan versi ringkas bagi laporan asal dalam bahasa Inggeris dan diguna pakai untuk menyampaikan maklumat sahaja. Penerima dinasihatkan untuk merujuk laporan asal dalam bahasa Inggeris untuk butiran lanjut, dan untuk penafian penyelidikan dan pendedahan rasmi. Walaupun laporan terjemahan Bahasa Malaysia disediakan, laporan asal dalam bahasa Inggeris hendaklah diberi keutamaan sekiranya berlaku sebarang persoalan tentang pentafsiran, percanggahan ataupun dalam hal yang lain.

Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.

Semua yang anda perlu tahu untuk meraih pulangan yang baik di pasaran saham… dengan meminimakan risiko kerugian.
Kami juga tidak menjanjikan yang anda akan confirm buat untung gila-gila selepas belajar teknik ini. Tetapi jika anda mencari teknik yang boleh memberi pulangan yang konsisten, maka wajib dapatkan video ini.
Ini 3 masalah utama sebelum berjaya buat duit dekat pasaran saham
1. Tak tahu nak beli saham apa?
2. Bila boleh beli saham?
3. Bila kena jual saham tu?
Sebenarnya semua ini boleh terjawab jika pandai baca Candlestick.
Jadi khas untuk memudahkan anda, kami hasilkan video Masterclass sulung.
CANDLESTICK SAHAM
bersama Tuan Haji Zainal Ariffin bin Osman
(MSTA, CFTE, IFTA, UKSTA, MATA)
ILMU MAHAL YANG BAKAL ANDA BELAJAR DARI VIDEO INI
1. Pengenalan kepada ‘Price Action’
2. Bagaimana mengukur kekuatan Price Action dengan candlestick?
3. Bullish Candlestick pattern yang menunjukkan harga akan beralih arah
4. Bearish reversal pattern
5. Peranan volume untuk mengesahkan pergerakan candle
6. Candlestick trading setup
7. Cara menggunakan candlestick dengan trend dan oscillator
8. Cara menggunakan candlestick dengan RSI
Sekejap, belum habis lagi…
✅ BONUS
1. Penggunaan Heiken Ashi
2. Candlestick pattern Screener
3. Set target menggunakan candlestick
4. Set stop loss menggunakan candlestick
Speaker memang otai, modul pun terbaik.
InshaAllah video pembelajaran secara santai ini dapat bantu anda memahami Analisis Teknikal (TA) yang selalu disebut oleh sifu-sifu saham.
Yang penting, video ini sesuai sangat untuk pelabur dan pedagang saham newbie. Boleh tengok ulang-ulang sampai faham.
KINI DIBUKA UNTUK LANGGANAN!
➡️ https://thekapital.my/candlesticksaham
➡️ https://thekapital.my/candlesticksaham
➡️ https://thekapital.my/candlesticksaham
DISCLAIMER: Video ini bertujuan pendidikan sahaja. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur saham adalah keputusan anda.