• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, April 28, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Bursa Malaysia Terus Catat Aliran Meningkat Pada Tengah Hari

in Catalyst
A A
Bursa Malaysia Akhiri Sesi Dagangan Pagi Lebih Rendah
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) — Bursa Malaysia tinggi semasa mengakhiri sesi pagi ini, didorong oleh minat belian baharu dalam saham wajaran tinggi terpilih dalam sektor perbankan dan utiliti dalam persekitaran sentimen positif.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 17.07 mata atau 1.13 peratus kepada 1,529.22 daripada 1,512.15 pada Jumaat lepas.  

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 5.43 mata kepada 1,517.58 — paras terendah setakat hari ini — sebelum meningkat setinggi 1,531.63 pada sesi pagi.  

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 653 berbanding 253 manakala 395 kaunter tidak berubah, 1,123 tidak diniagakan dan tujuh yang lain digantung.  

Jumlah dagangan sebanyak 1.83 bilion saham bernilai RM1.22 bilion.  

Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata pelabur telah beralih buat sementara waktu kepada aktiviti belian saham pada harga rendah dan pada masa yang sama kekal berhati-hati berikutan ketidaktentuan global. 

“Pasaran global memulakan minggu ini dengan pelbagai pengumuman data utama dan acara berkaitan dasar yang boleh mempengaruhi sentimen risiko global.

“Dengan ketidaktentuan makroekonomi yang masih tinggi, sesi dagangan pada Isnin yang menyaksikan banyak data dikeluarkan boleh membawa kepada pergerakan yang ketara dalam pasaran, menetapkan sentimen untuk minggu akan datang,” katanya kepada Bernama. 

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank meningkat lapan sen kepada RM10.40, Public Bank naik lima sen kepada RM4.53, Tenaga Nasional melonjak 20 sen kepada RM13.60, CIMB menokok 19 sen kepada RM7.26 dan IHH Healthcare tidak berubah pada RM7.10.

Bagi saham aktif, Sapura Energy mendatar pada lima sen, Pertama Digital naik 4.5 sen kepada 10 sen, MYEG menambah dua sen kepada 95 sen serta Saliran dan NexG, masing-masing meningkat satu sen kepada 23.5 sen dan 26.5 sen.  

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 135.22 mata kepada 11,435.36, Indeks FBMT 100 meningkat 129.31 mata kepada 11,199.14, Indeks FBM Emas Shariah menambah 121.97 mata kepada 11,111.55, Indeks FBM 70 menokok 205.95 mata kepada 16,344.42 dan Indeks FBM ACE naik 15.14 mata kepada 4,692.82.  

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 242.93 mata kepada 18,765.75, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan meningkat 1.82 mata kepada 155.55, Indeks Tenaga naik 14.85 mata kepada 733.58 dan Indeks Perladangan menokok 43.98 mata kepada 7,413.73.

— BERNAMA 

Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCItengah hari
Share210ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In