fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, July 12, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

IPO Wawasan Dengkil Terlebih Langgan 17.4 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

in Asas Saham, Catalyst
A A
10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Memohon IPO Wawasan Dengkil Holdings Berhad

Gambar: The Edge

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) — Tawaran Awam Permulaan (IPO) syarikat pembinaan kerja tanah dan kejuruteraan awam, Wawasan Dengkil Holdings Bhd terlebih langgan sebanyak 17.39 kali.

Syarikat itu menerima 8,562 permohonan untuk 496.66 juta saham bernilai RM124.2 juta bagi 27.1 juta saham yang diperuntukkan kepada orang awam Malaysia.

Wawasan Dengkil berkata dalam satu kenyataan hari ini, IPO syarikat merangkumi 162.4 juta saham biasa dengan terbitan awam sebanyak 108.3 juta saham baharu dan 54.01 juta saham sedia ada pada harga terbitan RM0.25 sesaham.

Berkaitan

A1 AK Koh Group Mula Disenaraikan, Harga Dibuka Mendatar Pada 25 Sen

Bakal Disenarai Di Pasaran ACE, IPO Enproserve Terlebih Langgan 0.43 Kali

Avaland Akan Laksanakan Projek Pembangunan Bercampur Dengan GDV RM900 Juta

Terbitan awam sebanyak 108.3 juta saham mewakili 20 peratus daripada modal saham yang diperbesarkan.

Selain itu, 54.1 juta saham sedia ada akan ditawarkan untuk jualan melalui penempatan persendirian kepada pelabur terpilih serta pelabur bumiputera yang diluluskan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Bahagian bumiputera menerima 4,241 permohonan untuk 232.8 juta saham dengan kadar terlebih langganan sebanyak 16.19 kali.

Bahagian awam pula terlebih langganan sebanyak 18.59 kali dengan 4,321 permohonan untuk 264.58 juta saham diterima, kata syarikat itu.

Ia berkata 10.80 juta saham yang diperuntukkan kepada pengarah, pekerja dan penyumbang yang layak kepada kejayaan syarikat diambil sepenuhnya.

Penempatan persendirian sebanyak 29.70 juta saham dan 27.01 juta saham tawaran kepada pelabur terpilih serta penempatan persendirian sebanyak 40.51 juta saham dan 27.01 juta saham tawaran kepada pelabur bumiputera yang diluluskan oleh MITI, ditempatkan sepenuhnya.

Sementara itu, Pengarah Eksekutifnya Lim Soon Yik berkata hasil diperoleh yang dijangka berjumlah RM27.01 juta akan digunakan untuk menyokong rancangan pengembangan syarikat selain meningkatkan kapasiti untuk mengambil lebih banyak projek dalam industri pembinaan.

“Seiring dengan Malaysia memperkukuhkan usaha untuk pembangunan berskala besar di sektor kediaman, komersial, industri dan utiliti, kami berada dalam kedudukan yang baik untuk menyokong pertumbuhan ini dengan rekod prestasi yang kukuh, kepakaran teknikal serta kumpulan jentera dan kenderaan komersial yang besar.

“Komited untuk menyediakan perkhidmatan kerja tanah dan kejuruteraan awam berkualiti tinggi dan boleh dipercayai, kami menyasarkan untuk menyumbang kepada pembangunan negara apabila kerja tanah memainkan peranan penting dalam peringkat awal pembinaan bangunan dan infrastruktur,” katanya.

Syarikat itu berkata daripada hasil IPO, RM7.58 juta (28.1 peratus) diperuntukkan untuk pemerolehan jentera dan kenderaan komersial manakala RM9.85 juta (36.5 peratus) diperuntukkan untuk modal kerja projek.

“Selain itu, RM1.43 juta (5.3 peratus) diperuntukkan untuk modal kerja am, RM300,000 (1.1 peratus) untuk pengubahsuaian pejabat, RM3.85 juta (14.2 peratus) untuk pembayaran balik pinjaman bank dan RM4 juta (14.8 peratus) untuk perbelanjaan penyenaraian,” katanya.

Wawasan Dengkil dijadualkan disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 25 Mac 2025.

M&A Securities Sdn Bhd menjadi penasihat, penaja, penaja jamin dan ejen penempatan untuk IPO ini manakala Eco Asia Capital Advisory Sdn Bhd merupakan penasihat kewangan.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaIPOterlebih langgananWawasan Dengkil
Share216ShareSend

Related Posts

A1 AK Koh Group Mula Disenaraikan, Harga Dibuka Mendatar Pada 25 Sen
Catalyst

A1 AK Koh Group Mula Disenaraikan, Harga Dibuka Mendatar Pada 25 Sen

1 day ago
10 Perkara Kena Tahu Sebelum Memohon IPO Enproserve Group Berhad
Catalyst

Bakal Disenarai Di Pasaran ACE, IPO Enproserve Terlebih Langgan 0.43 Kali

1 day ago
Avaland Akan Laksanakan Projek Pembangunan Bercampur Dengan GDV RM900 Juta
Catalyst

Avaland Akan Laksanakan Projek Pembangunan Bercampur Dengan GDV RM900 Juta

1 day ago
Sarawak Cable Akan Nyahsenarai Daripada Bursa Malaysia Pada 15 Julai
Catalyst

Sarawak Cable Akan Nyahsenarai Daripada Bursa Malaysia Pada 15 Julai

1 day ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In