• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, April 27, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

10 Perkara Kena Tahu Sebelum Melabur Dalam Wentel Engineering Holdings Berhad

in Catalyst, Fundamental Analisis, Trading Idea
A A
Wentel Engineering Yang Bakal Disenaraikan Di Pasaran ACE Sasar Kumpul RM71.03 Juta Daripada IPO 
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Wentel Engineering Holdings Berhad merupakan sebuah syarikat pegangan pelaburan yang terlibat secara utama dalam fabrikasi produk logam separa siap, fabrikasi bahagian logam dan pemasangan produk siap. Aktiviti ini disokong oleh kemudahan dalaman syarikat, termasuk mesin CNC serta peralatan pembuatan lain, selain kemudahan rawatan permukaan dan salutan. Operasi dijalankan dari kilang fabrikasinya (premis sewa di Lot 11 dan Lot 58 dengan jumlah keluasan binaan kira-kira 164,121 kaki persegi) di Taman Perindustrian Larkin, Johor Bahru.

Sumber: Bursa Marketplace

Terkini, nilai pasaran Wentel telah mencecah lebih daripada RM290 juta. Mari kita lihat 10 perkara ini sebelum membuat keputusan untuk membeli saham Wentel.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

1. Latar Belakang Syarikat

Wentel Engineering pakar dalam fabrikasi dan pemasangan logam untuk industri seperti semikonduktor, pemeriksaan keselamatan, serta elektrik dan elektronik.

Aktiviti perniagaan Kumpulan Wentel dibahagikan kepada beberapa segmen seperti berikut:

  • Fabrikasi produk logam separa siap
  • Fabrikasi bahagian logam
  • Pemasangan produk siap
Sumber: FactSheet Bursa Malaysia

2. Profil Pelanggan

Wentel Engineering tidak mempunyai produk sendiri, namun terlibat dalam penghasilan: 

  • Peralatan pemeriksaan keselamatan
  • Mesin CNC
  • Peralatan pembuatan semikonduktor
  • Peralatan diagnostik perubatan

3. IPO

Wentel Engineering Holdings Berhad disenaraikan di Bursa Malaysia setahun yang lalu pada 6 Februari 2024.

Syarikat fabrikasi produk logam separa siap meraih RM71.03 juta daripada IPO membabitkan terbitan 273.2 juta saham biasa baharu pada 26 sen sesaham.

4. Maklumat terkini penggunaan hasil dana IPO

Sumber: Laporan Suku Keempat 2024

Pada IPO tahun lepas, Wentel mengumpul sebanyak RM71.032 juta. Selepas setahun, sebanyak RM19.666 juta telah digunakan untuk membayar kos penyenaraian serta menampung sebahagian kos pembinaan fasiliti pengeluaran baru.

Masih ada baki RM51.366 juta akan digunakan untuk terus menampung kos membina fasiliti pengeluaran baru dan membeli mesin serta peralatan baru.

Buka akaun dengan CGS International secara online dengan tutorial mudah ini. Klik Sini Untuk Tutorial

5. Geografi Pasaran

Buat masa ini perkhidmatan Wentel merangkumi pelanggan dari Malaysia, Singapura dan Amerika Syarikat.

Sumber: Laporan suku keempat 2024

Untuk tahun 2024, 71.8 % pendapatan Wentel datangnya dari Malaysia, diikuti dengan 27.5% dari Singapura dan hanya 0.7% dari Amerika Syarikat.

6. Prestasi Suku Keempat 2024 (Q4FY2024)

Sumber: malaysiastock.biz

Suku Terbaru: Q4 Dec 2024 (Laporan pada 20 Feb 2025)

  • Hasil Pendapatan: RM28.94 juta
  • Keuntungan Bersih: RM6.62 juta (peningkatan 94% dari suku sebelumnya)
  • YoY: Peningkatan 114% berbanding Q4 2023
  • EPS: 0.58 sen

Ia merupakan prestasi terbaik dalam tempoh lima suku terakhir, dengan peningkatan ketara dalam keuntungan bersih.

7. Balance Sheet yang Sihat

  • Baki ekuiti: RM186.5 juta
  • Baki tunai: RM90.3 juta
  • Nisbah Gearing kekal sihat pada 0.03x bagi tahun kewangan 2024, disokong oleh baki tunai & setara tunai yang kukuh.

8. Tarif Dikenakan Amerika Syarikat

Wentel Engineering menerima kesan positif dari tarif Amerika Syarikat terhadap permintaan peralatan pemeriksaan keselamatan. 

Tarif Amerika Syarikat sebenarnya meningkatkan permintaan terhadap peralatan pemeriksaan keselamatan kerana kawalan import yang lebih ketat, jumlah penghantaran yang tinggi, dan keperluan mengesan barangan haram serta bertarif.

9. Kenaikan Kos Bahan 

Kenaikan kos bahan tidak memberi kesan besar kepada Wentel disebabkan:

  • Wentel beroperasi berdasarkan RFQ (Request for Quotation) atau PO (Purchase Order)
  • Tiada buku pesanan tetap (No order book)
  • Tiada harga tetap pada produk
  • Kos tambahan dipindahkan kepada pelanggan
  • Apabila berlaku kenaikan kos bahan, Wentel akan memaklumkan pelanggan dan hanya meneruskan selepas mendapat persetujuan

10. Cabaran terbesar

Cabaran Utama: Kesukaran untuk mengekalkan bakat kerana ramai cenderung berpindah ke Singapura untuk bekerja.

Penyelesaian:

  • Wentel menyediakan penginapan untuk pekerja tempatan dan pekerja asing dengan dua blok asrama.
  • Bekerjasama dengan universiti untuk menawarkan program latihan industri kepada graduan, yang kemudiannya berpeluang diserap sebagai jurutera.

Penafian: Segala perkongsian adalah untuk sebagai contoh dan untuk tujuan pendidikan sahaja. Ini BUKAN nasihat atau cadangan pelaburan. Keputusan untuk melabur saham adalah tanggungjawab sendiri. Trade at your own risk.

Tags: Bursa MalaysiaWentel Engineering
Share250ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In