Donald Trump mengangkat sumpah menjadi presiden Amerika buat kali kedua pada 20 Januari 2025. Dalam gambar di bawah, boleh kelihatan juga Elon Musk pemilik Tesla yang hadir pada upacara tersebut.

Betul ke saham Tesla jatuh setiap minggu sejak Donald Trump mengangkat sumpah menjadi presiden Amerika Syarikat?
Mari kita lihat pada carta.
- Carta mingguan Tesla

Seperti dalam carta mingguan Tesla, saham Tesla telah susut setiap minggu untuk tujuh minggu berturut-turut sejak Donald Trump mengambil alih pemerintahan Amerika. Ia merupakan kejatuhan terpanjang sejak ianya disenaraikan pada tahun 2010.
Jika dibandingkan harga saham Tesla sejak Trump menjadi presiden dan sekarang, berikut merupakan perbezaannya.
Harga saham Tesla pada 21 Januari 2025: AS$432.64
Harga saham Tesla pada 11 Mac 2025: AS$230.58
Saham Tesla telah susut sebanyak AS$202.06 atau 46.70%. Hampir separuh dari harga saham tersebut jatuh. Ini juga bermakna hampir separuh modal pasaran Tesla telah lenyap dari pasaran.
Elon Musk dilihat menjadi individu penting dalam pentadbiran Trump selepas Trump menjadi presiden.

Kenapa harga saham Tesla jatuh?
Penurunan terkini dalam saham Tesla berlaku di tengah-tengah ketidakpastian mengenai dasar perdagangan di bawah Presiden Donald Trump. Kebimbangan mengenai tarif, terutamanya yang memberi kesan kepada pasaran automotif utama seperti Kanada dan Mexico, telah menimbulkan kebimbangan terhadap peningkatan kos pengeluaran dan gangguan rantaian bekalan.
Tesla juga menghadapi cabaran reputasi yang berkaitan dengan penglibatan rapat CEO Elon Musk dengan pentadbiran Trump, di mana beliau mengetuai Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang baru ditubuhkan.
Pendiriannya dalam politik telah mencetuskan tindak balas negatif, dengan bekas penyokong mengadakan protes di lokasi Tesla serta laporan mengenai vandalisme dan percubaan pembakaran yang menyasarkan kemudahan syarikat.
Pandangan Penganalisis Wall Street
Beberapa penganalisis Wall Street menjangkakan suku pertama yang mencabar untuk Tesla.
Berdasarkan data penghantaran terkini bagi Januari dan Februari serta kebimbangan terhadap jenama Tesla, penganalisis Wall Street menjangkakan suku yang mencabar bagi gergasi kenderaan elektrik itu.
Jualan kenderaan elektrik buatan China oleh Tesla merosot 49.2% pada Februari berbanding tahun sebelumnya, kepada 30,688 unit, jumlah terendah sejak Ogos 2022. Pembuat kenderaan dari Amerika Syarikat itu berdepan tekanan hebat daripada pesaing China dalam perang harga kenderaan elektrik pintar yang semakin sengit.
Nak beli saham Tesla?
Saham Tesla Patuh Syariah

Saham Tesla adalah patuh syariah dan boleh dibeli oleh semua jenis pelabur. Semestinya anda boleh membeli saham ini di CGS International kerana platform CGS membolehkan anda membeli saham di 10 pasaran global dengan 1 log masuk sahaja.
Akses ke pasaran Malaysia, AS dan banyak lagi. Buka akaun dengan CGS International secara online dengan tutorial mudah ini.
Klik Sini Untuk Tutorial
Dapatkan Panduan Lengkap Melabur Waran


Murahnya waran sehingga kita boleh beli banyak unit berbanding beli seunit saham. Tapi macam mana nak buat duit dengan waran?
Semuanya kami akan kongsikan dalam pakej Combo: Webinar + Video + Ebook ‘Waran 101’ khas untuk anda yang nak dalami teknik melabur waran.