• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, October 31, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Critical Holdings Raih Dua Kontrak Bernilai RM84.71 Juta

in Catalyst
A A
Unit Critical Holdings Peroleh Kontrak RM62.5 Juta Daripada IJM
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) — Critical Holdings Bhd melalui anak syarikat milik penuhnya, Critical M&E Engineering Sdn Bhd meraih dua kontrak yang keseluruhannya bernilai RM84.71 juta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu berkata kontrak pertama yang bernilai RM63.61 juta, diperoleh pada 8 Mac, 2025 untuk memasang pendingin hawa dan pengudaraan mekanikal, bilik bersih, utiliti proses, dan sistem automasi bangunan untuk sebuah kilang super berpusat.

“Kilang yang akan dibina untuk menyokong pengeluaran peralatan fabrikasi wafer di Taman Teknologi Bandar Cassia Batu Kawan, Prai, Pulau Pinang, untuk sebuah syarikat multinasional yang berpangkalan di Amerika Syarikat,” katanya.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Kontrak kedua pula diraih pada 10 Mac, 2025 bagi memasang pendingin hawa dan sistem pengudaraan mekanikal untuk pusat data di Cyberjaya bagi salah satu syarikat telekomunikasi terkemuka di Malaysia bernilai RM21.10 juta.

“Kerja-kerja bagi kontrak berkenaan telah dimulakan dan masing-masing dijangka siap pada 9 Januari, 2026, dan 19 Oktober, 2025.

“Kontrak-kontrak ini dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan Critical Holdings untuk tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2025 dan 30 Jun, 2026,” katanya.

Sementara itu, dalam satu kenyataan berasingan, Pengarah Eksekutif Bukan Bebas dan Ketua Pegawai Eksekutif Critical Holdings Tan Si Lim berkata kejayaan meraih kontrak itu mencerminkan kepakaran industri  syarikat yang kukuh dan keupayaannya untuk menyampaikan penyelesaian kejuruteraan yang kompleks bagi projek-projek bernilai tinggi.

“Kepercayaan yang diberikan kepada kami oleh kedua-dua pemimpin industri antarabangsa dan tempatan itu merupakan bukti kepada keupayaan teknikal dan kecemerlangan operasi kami.

“Pencapaian ini mengukuhkan kedudukan kami di Pulau Pinang sambil kami terus mencipta kemajuan di kawasan tengah Semenanjung Malaysia, yang sejajar dengan rancangan pertumbuhan kami,” katanya.

Menurut kenyataan itu, dengan kontrak terbaharu berkenaan, nilai perolehan kontrak Critical Holdings berjumlah kira-kira RM280 juta, mengukuhkan lagi trajektori pertumbuhan dan keterlihatan pendapatannya.

— BERNAMA

Tags: Critical HoldingsCritical M&E Engineeringkerjakontrak
Share206ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

3 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

3 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

3 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

3 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In