• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, February 9, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Peningkatan Semula Wall Street

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) — Bursa Malaysia mengalami peningkatan semula semasa awal dagangan pada Khamis, menjejaki kenaikan di Wall Street dalam tempoh semalaman selepas beberapa hari mencatatkan penjualan.

Peniaga berkata data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang lebih rendah berbanding jangkaan telah meyakinkan pelabur sekali gus menambah baik sentimen dalam pasaran tempatan.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 5.18 mata kepada 1,490.01 daripada 1,484.83 ketika ditutup semalam.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Indeks penanda aras itu dibuka 3.96 mata lebih tinggi kepada 1,488.79.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 267 berbanding 104, dengan 216 kaunter tidak berubah, 1,803 kaunter tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung.

Jumlah dagangan mencecah 218.29 juta saham bernilai RM146.02 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd keputusan Kanada untuk mengenakan tarif 25 peratus ke atas barangan AS bernilai US$21 bilion adalah berbeza dengan prestasi Wall Street yang mengalami kenaikan semula.

Prestasi Wall Street itu didorong oleh data Indeks Harga Pengguna (IHP) AS yang lebih rendah berbanding jangkaan telah meyakinkan pelabur, jelasnya.

Keadaan itu boleh mempengaruhi prospek Rizab Persekutuan AS berkaitan kadar faedah, tambah firma pembrokeran itu.

Malacca Securities menjelaskan di peringkat domestik, terdapat peluang dagangan dalam saham teknologi yang terlebih jual, dan pihaknya mengekalkan unjuran positif bagi sektor perbankan, disokong oleh kenaikan semula Wall Street.

Walaupun mengalami tekanan jualan, pendapatan dan dividen sektor itu yang semakin meningkat dijangka membantu mengurangkan risiko penurunan, tambahnya.

“Sementara itu, kami cenderung kepada REIT kerana peningkatan semula jumlah kunjungan ke pusat beli-belah utama,” jelasnya.

Dalam kalangan kaunter berwajaran tinggi, Tenaga Nasional naik 20 sen kepada RM13.20, YTL Power dan Sunway masing-masing menambah 10 sen kepada RM3.07 dan RM4.27, manakala RHB meningkat tiga sen kepada RM6.83. Maxis susut satu sen kepada RM3.21, sementara Maybank turun dua sen kepada RM10.16.

Bagi kaunter aktif, NEXG dan Ta Win masing-masing tidak berubah pada 25.5 sen dan 3.0 sen, Nationgate meningkat 11 sen kepada RM1.28, manakala Saliran dan Mestron masing-masing turun satu sen kepada 26 sen dan 25.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 42.94 mata kepada 11,094.16, Indeks FBMT 100 menambah 40.91 mata kepada 10,877.18, dan Indeks FBM Emas Shariah meningkat 47.30 mata kepada 10,781.79. Indeks FBM 70 mengukuh 78.53 mata kepada 15,742.86, manakala Indeks FBM ACE naik 20.19 mata kepada 4,419.16.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 1.18 mata kepada 150.13, Indeks Tenaga menokok 4.59 mata kepada 688.91, dan Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 14.75 mata kepada 18,215.53.

Bagaimanapun, Indeks Perladangan susut 11.76 mata kepada 7,282.28.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaKanadaMalacca SecuritiestarifWall Street
Share206ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

6 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

7 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

7 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

7 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In