• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, December 12, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Sektor Pilihan Hari Ini: Telekomunikasi [12 Mac 2025]

in Catalyst, Fundamental Analisis, Trading Idea
A A
Sektor Pilihan Hari Ini: Telekomunikasi [12 Mac 2025]
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp
  • Suku Tahun Yang Baik Untuk Dividen
  • Saham Pilihan Utama:
    • Telekom Malaysia ($TM)
    • Axiata Group ($AXIATA)
    • CelcomDigi ($CDB)

  • Keputusan rata-ratanya menepati jangkaan; syarikat talian tetap menyerlah

Bagi suku Dis 2024, syarikat-syarikat talian tetap sekali lagi mencatat keputusan mengatasi pesaing mudah alih mereka. PATAMI agregat 4Q24 bagi syarikat talian
tetap bertumbuh 59% YoY berbanding penurunan 9% YoY yang direkodkan oleh syarikat pengendali rangkaian mudah alih (Mobile Network Operator, MNO) (dua yang terbesar).

Pertumbuhan lebih kukuh oleh syarikat talian tetap ini sebahagiannya didorong oleh kredit cukai bernilai RM372j daripada TM pada 4Q24. Daripada saham-saham yang dikaji, lima syarikat telko melaporkan perolehan menepati anggaran manakala prestasi Axiata tersasar daripada ramalan kami (tetapi melangkaui jangkaan konsensus). Kami meminda perolehan teras FY25-26F daripada -10% kepada +8% selepas mengambil kira bayangan terkini (Rajah 1). Kami menjangka perolehan teras sektor (kecuali Axiata) akan berkembang sekitar 8.6% pada 2025 (2024: +0.2%), disebabkan oleh perolehan CelcomDigi yang lebih kukuh hasil daripada sinergi penggabungan lebih baik.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

  • Banyak pengumuman dividen khas daripada TM dan Time dotCom (TDC)


Soroton penting bagi suku ini ialah dividen khas yang diumumkan oleh pengendali talian tetap. TM mengumumkan DPS khas 6 sen di samping DPS akhir 12.5 sen, maka DPS keseluruhan mencapai paras tertinggi baharu iaitu 31 sen. DPR-nya sebanyak 59% mencecah sisi tinggi pada bayangan 40-60% yang diberi (berdasarkan PATAMI yang dilaporkan). DPS khas ini diberi berdasarkan PATAMI lebih tinggi apabila kredit cukai diiktiraf.

Time dotCom mengisytiharkan DPS khas yang baik sebanyak 27.45 sen, dan apabila ditambah dengan DPS biasa, DPR sepenuh tahunnya mencecah 272%. Maxis juga membuat bayaran DPS akhir melepasi kadar biasa yang dimaklumkan sebagai “sekali bayar” oleh pihak pengurusan. Kami melihat potensi kenaikan dalam pengurusan modal untuk TM (kerana kunci kira-kiranya kukuh, dengan hutang/EBITDA bersih 0.6x) dan TDC (atas sebab kedudukan tunai bersihnya).

  • Persaingan rancak

Persaingan masih rancak dalam segmen gentian mudah alih dan rumah; pertumbuhan jalur lebar gentian (FBB) dilihat mereda.

Syarikat MNO (dua yang terbesar) merekodkan pertumbuhan hasil perkhidmatan mudah alih (MSR) kira-kira 1% YoY (4Q24: +0.8% QoQ) pada 2024 (2023: +1.2%), dipacu oleh pertukaran daripada pelan prabayar ke pascabayar dan kegiatan mempakejkan FBB. Hasil pascabayar berkembang 3% YoY, lantas menutup penurunan hasil prabayar 2.8% YoY. Selepas melaksanakan kempen pengambilalihan strategik buat dua suku berturut-turut, momentum hasil FBB industri nampaknya mereda apabila TM dan Maxis memaparkan pertumbuhan jumlah langganan lebih lemah QoQ. Namun begitu, ARPU industri rata-ratanya kekal stabil berikutan perkhidmatan tambahan dan langkah menaik taraf ke pelan berkelajuan lebih tinggi.

Kami menjangka persaingan akan terus rancak apabila pelanggan sekali lagi bersedia untuk menghadapi pewajaran subsidi. Tumpuan pada jumlah perbelanjaan pelanggan akan diteruskan untuk MNO. Bagi FY25, kami berpendapat pertumbuhan perolehan sektor mudah alih mungkin terjejas oleh caj borong 5G lebih mahal akibat penggunaan 5G lebih tinggi, meskipun adanya inisiatif pengoptimuman kos yang mengimbangi hal ini.

  • Risiko negatif utama terhadap saranan dan/atau perolehan:
    • Persaingan lebih rancak
    • Perolehan lebih lemah daripada jangkaan
    • Kekangan dari segi kawal selia

Kejadian sebaliknya ialah risiko positif.

  • Kesimpulan

Harga saham bagi syarikat-syarikat telko telah menurun kira-kira 6% YTD ekoran pasaran yang lemah secara lebih meluas. Pada hemat kami, penilaian sektor pada EV/EBITDA hadapan 7x (-1.8SD bawah paras purata) mencerminkan profil risiko – ganjaran dengan persaingan yang rancak dan perkembangan 5G bertindak
sebagai faktor kebimbangan utama. Pilihan kami cenderung ke arah syarikat talian tetap, memandangkan mereka mempunyai faktor pemangkin dan pendorong pertumbuhan menyeluruh yang lebih jelas. Saranan NEUTRAL kekal terhadap sektor.

Penganalisis
Jeffrey Tan +603 2302 8112 ([email protected])

Baca laporan analisis penuh: Telekomunikasi : Suku Tahun Yang Baik Untuk Dividen (12 Mac 2025)

Laporan Sebelumnya: Telekomunikasi: Menjernihkan Ketidakpastian Berhubung 5G (10 Jan 2025)

Pautan kepada laporan bahasa Inggeris: Telecommunications : A Dividend-Friendly Quarter (12 Mac 2025)

*Nota: Laporan terjemahan Bahasa Malaysia ini merupakan versi ringkas bagi laporan asal dalam bahasa Inggeris dan diguna pakai untuk menyampaikan maklumat sahaja. Penerima dinasihatkan untuk merujuk laporan asal dalam bahasa Inggeris untuk butiran lanjut, dan untuk penafian penyelidikan dan pendedahan rasmi. Walaupun laporan terjemahan Bahasa Malaysia disediakan, laporan asal dalam bahasa Inggeris hendaklah diberi keutamaan sekiranya berlaku sebarang persoalan tentang pentafsiran, percanggahan ataupun dalam hal yang lain.

Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.

Tengok chart dah reti, tekan ‘buy’ dan ‘sell’ pun tahu tapi…saham yang kita pilih itu bagus atau tidak?

Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi, mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal. 

Pernah dengar formula CANSLIM? Ala…formula popular yang pelabur serata dunia gunapakai. Formula best ini dicipta oleh pelabur tersohor dunia iaitu William J. O’Neil.

Dengan menggunakan CANSLIM, secara tidak langsung kita telah pun membuat 2 jenis analisis tadi. Pelabur boleh menilai sendiri sama ada saham syarikat itu sesuai untuk dibeli atau boleh diabaikan.

Miliki e-book CANSLIM -> TheKapital.my/Ebook-CANSLIM

Tags: AxiataBursa MalaysiaCelcomDigiFBM KLCIrhb researchSektortelecommunicationsTelekom Malaysia Bhdtelekomunikasi
Share216ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

4 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

5 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

5 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

5 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In