fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, May 24, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Indeks Utama Susut Di Bawah Paras 1,500

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) — Bursa Malaysia terus menyusut dalam sesi dagangan awalnya pada Rabu, menjejaki penurunan ketara dialami Wall Street serta pasaran serantau ketika ketidaktentuan ekonomi terus menjejaskan sentimen pelabur.

Wall Street sejak semalaman diasak aktiviti jualan ketara dengan indeks Dow Jones jatuh 478.23 mata atau 1.14 peratus kepada 41,433.48 manakala indeks S&P 500 merosot 42.49 mata atau 0.76 peratus kepada 5,572.07.

Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menguncup 20.53 mata atau 1.35 peratus kepada 1,499.62 daripada 1,520.15 pada akhir dagangan semalam.

Berkaitan

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Pada Awal Dagangan

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

China Beri Amaran Tindakan Undang-Undang Terhadap Pihak Terlibat Sekatan Cip AS

Indeks penanda aras itu dibuka 15.44 mata lebih rendah pada 1,504.71.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu 241 berbanding 124 dengan 240 kaunter tidak berubah, 1,784 tidak diniagakan dan tujuh digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 191.19 juta saham bernilai RM117.81 juta.  

Malacca Securities Sdn Bhd berkata potensi kenaikan Wall Street kekal terhad walaupun dengan laporan tindakan Amerika Syarikat (AS) menaikkan lagi 25 peratus tarif ke atas import keluli dan aluminium dari Kanada ketika tindak balas rakan dagang hanya menjejaskan aktiviti ekonomi.  

“Susulan itu, semua tertumpu kepada pengumuman data inflasi AS yang dijadualkan malam ini. Sebarang angka negatif lima peratus daripada unjuran awal 2.9 peratus berkemungkinan hanya menekan lagi sentimen sedia ada,” kata firma pembrokeran itu dalam nota tinjauannya hari ini.

Ia juga menjangkakan pelabur menumpukan sektor yang secara asasnya kukuh seperti perbankan dan amanah pelaburan hartanah (REIT) berikutan pertumbuhan pinjaman yang stabil dan pembayaran dividen yang sihat.  

Dalam pada itu, bursa tempatan dijangka kekal tidak menentu di tengah-tengah ketegangan perdagangan berterusan antara AS dan rakan dagangnya.  

“Kami mendapati wujudnya minat belian ke atas saham yang terlebih jual berikutan tekanan jualan baru-baru ini.

“Ini turut dipengaruhi oleh pemulihan saham teknologi terpilih AS yang mungkin memberi tempias dalam bentuk peluang untuk sektor teknologi tempatan, sekurang-kurangnya bagi tempoh berbaki pada minggu ini,” katanya.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank turun 10 sen kepada RM10.14, Public Bank rugi lapan sen kepada RM4.33 manakala CIMB naik tiga sen kepada RM7.29, CelcomDigi dan MISC masing-masing tidak berubah pada RM3.56 dan RM6.95.  

Bagi saham aktif, Sapura Energy dan Nationgate naik satu sen masing-masing pada 4.5 sen dan RM1.16 manakala Mestron naik setengah sen kepada 27 sen.

NEXG pula merosot setengah sen kepada 26.5 sen manakala Elridge dan KNM masing-masing tidak berubah pada 47.5 sen dan 4.5 sen.

Di papan indeks pula, Indeks FBM Emas susut 118.87 mata kepada 11,149.02, Indeks FBMT 100 merosot 122.22 mata kepada 10,936.65, Indeks FBM Emas Shariah turun 54.89 mata kepada 10,819.12, Indeks FBM 70 berkurangan 66.34 mata kepada 15,779.05 manakala Indeks FBM ACE menguncup 9.60 mata kepada 4,430.53.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.52 mata kepada 150.38, Indeks Tenaga kehilangan 7.65 mata kepada 687.46, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 375.18 mata kepada 18,394.10 dan Indeks Perladangan menguncup 42.65 mata kepada 7,298.58.

— BERNAMA 

Tags: Bursa MalaysiaMalacca SecuritiestarifWall Street
Share210ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Pada Awal Dagangan

14 hours ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

2 days ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Market Update

China Beri Amaran Tindakan Undang-Undang Terhadap Pihak Terlibat Sekatan Cip AS

2 days ago
Sarawak Cable, Annum Hadapi Nyahsenarai Selepas Bursa Securities Tolak Lanjutan Rayuan
Catalyst

Sarawak Cable, Annum Hadapi Nyahsenarai Selepas Bursa Securities Tolak Lanjutan Rayuan

3 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In