• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, February 9, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Kebimbangan Terhadap Kelembapan Ekonomi AS

in Market Update
A A
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) — Bursa Malaysia meneruskan trend penurunan, dibuka rendah pada Selasa dipengaruhi oleh prestasi hambar Wall Street.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata penurunan itu susulan kebimbangan yang semakin meningkat mengenai ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang semakin lemah ditambah oleh kenyataan dikeluarkan Presiden AS Donald Trump pada hujung minggu lepas.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi penanda aras pasaran susut 13.67 mata kepada 1,522.79 daripada 1,536.46 ketika ditutup semalam.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Barometer utama itu dibuka 10.45 mata lebih rendah kepada 1,526.01.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 548 berbanding 53 manakala 199 kaunter tidak berubah dan 1,574 kaunter tidak diniagakan serta tujuh yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 290.13 juta unit bernilai RM167.47 juta.

Justeru, Thong berkata peluang untuk lebih banyak penurunan kadar faedah mungkin berlaku, dijangka sebanyak tiga kali tahun ini apabila hasil 10 tahun AS susut kepada 4.219 peratus.

Di peringkat tempatan, beliau sebelum ini menjangkakan kenaikan daripada sesi dagangan sebelumnya, bagaimanapun ia tidak berlaku.

Sebaliknya, indeks menghadapi tekanan berterusan daripada jualan berterusan, ditutup sekitar paras 1,535, menandakan paras terendah setakat ini, ia diburukkan lagi dengan kelemahan serantau yang meluas.

“Namun begitu, kami kekal mengunjurkan bahawa peningkatan pada kadar pantas akan berlaku dalam masa terdekat dan menjangkakan indeks berlegar dalam julat 1,535-1,550 hari ini,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Tenaga Nasional susut 14 sen kepda RM13.40, Public Bank turun empat sen kepada RM4.51, Sunway merosot 12 sen kepada RM4.45, CIMB berkurangan enam sen kepada RM7.46 dan Press Metal menguncup tujuh sen kepada RM4.95.

Bagi saham aktif, Sapura dan Velesto tidak berubah masing-masing pada 3.5 sen dan 15.5 sen, Nationgate turun tujuh sen kepada RM1.07 dan MYEG jatuh 2.5 sen kepada 88 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 130.77 mata kepada 11,282.33, Indeks FBMT 100 susut 120.75 mata kepada 11,077.08, Indeks FBM Emas Shariah merosot 150.23 mata kepada 10,878.0, FBM 70 turun 258.41 mata kepada 15,867.58 dan FBM Ace berkurangan 70.06 mata kepada 4,452.28. 

Mengikut sektor, Indeks Barangan dan Perkhidmatan Perindustrian turun 2.61 mata kepada 151.04, Indeks Tenaga merosot 14.96 mata kepada 693.07, Indeks Perkhidmatan Kewangan menguncup 131.72 mata kepada 18,836.72 dan Indeks Perladangan susut 48.79 mata kepada 7,369.92.

— BERNAMA 

Tags: Bursa MalaysiaRakuten TradeWall Street
Share204ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

6 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

7 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

7 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

7 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In