• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, February 9, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

in Catalyst
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini walaupun Wall Street mencatatkan kenaikan pada Jumaat lepas berikutan ucapan Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) Jerome Powell yang menekankan prospek ekonomi kukuh di sebalik kebimbangan mengenai inflasi yang tinggi dalam persekitaran dasar perdagangan baharu.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 7.85 mata kepada 1,539.42 daripada 1,547.27 pada Jumaat lepas.  

Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah 1.69 mata kepada 1,545.58.  

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 184 berbanding 126, dengan 275 kaunter tidak berubah, 1,797 tidak diniagakan dan 15 yang lain digantung.  

Jumlah dagangan sebanyak 209.58 juta saham bernilai RM93.62 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, walaupun prestasi Wall Street positif pada Jumaat lepas, pasaran Eropah dan Asia ditutup rendah.

“Minggu ini, peniaga akan memantau data pembukaan pekerjaan dan tinjauan perolehan tenaga kerja AS; data inflasi AS; Indeks Harga Pengeluar AS; tuntutan pengangguran AS; sentimen pengguna awal dari University of Michigan (UoM) dan jangkaan inflasi awal UoM,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, IHH Healthcare menambah empat sen kepada RM7.30, Maybank merosot 10 sen kepada RM10.54, Public Bank berkurangan tiga sen kepada RM4.52, CIMB susut dua sen kepada RM7.50 dan Tenaga Nasional merosot 20 sen kepada RM13.54. 

Bagi saham aktif, SNS Network Technology naik 2.5 sen kepada 43 sen, Sapura Energy berkurangan setengah sen kepada tiga sen manakala NexG, My EG Services dan Elridge Energy Holdings, masing-masing mendatar pada 27 sen, 90 sen dan 47.5 sen. 

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 41.88 mata kepada 11,478.92, Indeks FBMT 100 merosot 45.04 mata kepada 11,250.51, Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 41.21 mata kepada 11,138.74, Indeks FBM 70 turun 16.0 mata kepada 16,326.47 dan Indeks FBM ACE merosot 9.95 mata kepada 4,577.84.  

Mengikut sektor, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan berkurangan 0.32 mata kepada 154.91, Indeks Tenaga susut 0.04 mata kepada 715.0 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 87.53 mata kepada 18,979.15, bagaimanapun Indeks Perladangan meningkat 6.16 mata kepada 7,486.24.  

— BERNAMA 

Tags: Bursa MalaysiaMalacca SecuritiesWall Street
Share204ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

6 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

6 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

6 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

6 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In