• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, April 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Sektor Teknologi : Cabaran & Peluang [6 Mac 2025]

in Catalyst, Fundamental Analisis, Trading Idea
A A
Sektor Teknologi : Cabaran & Peluang [6 Mac 2025]
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

  • Saham Pilihan Utama
  • Malaysian Pacific Industries ($MPI)
  • CTOS Digital ($CTOS)
  • Coraza Integrated Technology ($CORAZA)
  • Saranan WAJARAN TINGGI kekal
  • Malaysia menjalinkan sebuah perjanjian persefahaman (MoU) dengan Arm Holdings

Sempena pelancaran Silicon Vision 2025, perjanjian ini menandakan kerjasama pertama di dunia membabitkan sebuah negara berdaulat dan syarikat gergasi teknologi dunia dalam membangunkan harta intelek (IP) proprietari untuk reka bentuk litar bersepadu (IC). Kami yakin perkongsian inovatif ini akan membantu menaikkan nama Malaysia ke dalam kelompok negara berekonomi bernilai tinggi dengan memiliki dan memanfaatkan teknologi ARM, lantas mewujudkan sebuah ekosistem semikonduktor bahagian depan sambil menggalakkan pertumbuhan syarikat semikonduktor tempatan dalam jangka panjang.

  • Membangunkan cip milik tempatan

Eksport elektrik & elektronik (E&E) merangkumi sekitar 37% jumlah eksport Malaysia dan hal ini menjadikan negara muncul sebagai pengeksport semikonduktor ketujuh terbesar dengan penguasaan pasaran dunia kira-kira 7%. Menerusi peralihan tumpuan industri daripada pengilangan semikonduktor bahagian belakang (operasi ‘back-end’ ) kepada kegiatan reka bentuk bernilai lebih tinggi (aktiviti lanjutan ‘front-end’), kerjasama ini bertujuan menguasai rantaian nilai semikonduktor dengan peratusan lebih tinggi. Malaysia terkenal dengan operasi pemasangan dan pengujian (OSAT) dan segmen ini selalunya hanya mendatangkan nilai 5-10% sedangkan kegiatan reka bentuk menyumbang 60% pada jumlah nilai rantai bekalan semikonduktor.

Malaysia dijangka menerima kelebihan strategik jangka panjang dengan membangunkan produk silikon yang dioptimumkan oleh kecerdasan buatan (AI) maju milik tempatan, dan menarik pelaburan asing sementara memperkasa daya saing syarikat tempatan untuk berkembang dalam pasaran semikonduktor.

  • Perjanjian persefahaman (MoU) dengan Arm Holdings

Dalam perjanjian ini, Kerajaan memperuntukkan pelaburan AS$250j untuk penggunaan pelbagai IP canggih dan lesen ARM sepanjang 10 tahun untuk mencetus perubahan dan membugarkan persekitaran semikonduktor yang jauh ketinggalan. Syarikat Malaysia yang terpilih dan/atau persepakatan dengan syarikat asing maju akan diberikan keistimewaan untuk mengakses IP Subsistem Pengiraan (CSS) dan Akses Fleksibel ARM (AFA). Dengan pemberian akses istimewa ini, masa yang diambil untuk memasarkan produk dapat disingkatkan dari 3-5 tahun ke 1-2 tahun sahaja daripada membuat produk dari awal sendiri.

Selain membantu mengurangkan kos R&D dan risiko kesilapan reka bentuk, pendekatan ini turut membolehkan syarikat tempatan menumpu pada pembezaan keluaran dan penghasilan prototaip, dan bukannya mencipta semula teknologi asas. Bagi setiap CSS, rantaian nilai lengkap AS$35bn mungkin akan dibangunkan. Dalam rantaian nilai ini, syarikat tempatan akan diberikan keutamaan dengan pemindahan teknologi dan sokongan daripada syarikat asing maju melalui pelbagai jenis struktur kerjasama.

  • Pusat reka bentuk IC serantau

Asas kerjasama ini adalah untuk mengangkat kedudukan Malaysia sebagai sebuah pusat reka bentuk IC serantau dan dengan tekad ARM untuk menjadikan Malaysia sebagai hab ASEAN + Australasia, jelas menunjukkan peranan besar dan penting yang dibawa perjanjian ini. Dengan ekosistem pembangun dan IP silikon ARM yang tiada tolak bandingnya, Malaysia bakal mendapat sokongan dan akses kepada rantai nilai lengkap, dari peringkat reka bentuk IC hingga ke peringkat mula pengilangan. Penciptaan IP milik Malaysia akan mengikut cita rasa pelbagai penggunaan maju dalam industri seperti AI, automotif, IoT industri, robotik, pusat data, dan E&E. Dengan matlamat mewujudkan 10 ribu peluang pekerjaan dan membangunkan tenaga pekerja amat mahir, usaha ini menjanjikan sebuah rangsangan penting pada ekonomi negara.

Penganalisis
Lee Meng Horng +603 2302 8115 ([email protected])
Miza Izaimi +603 2302 8121 ([email protected])

Baca laporan analisis penuh: Teknologi : Menghidupkan Rantai Nilai Semikonduktor Bahagian Depan (6 Mac 2025)

Laporan Sebelumnya: Teknologi : Kelebihan Malaysia Dalam Perlumbaan Semikonduktor Dunia (18 Feb 2025)

Pautan kepada laporan bahasa Inggeris: Technology : Igniting The Front-End Semiconductor Value Chain (6 Mac 2025)

*Nota: Laporan terjemahan Bahasa Malaysia ini merupakan versi ringkas bagi laporan asal dalam bahasa Inggeris dan diguna pakai untuk menyampaikan maklumat sahaja. Penerima dinasihatkan untuk merujuk laporan asal dalam bahasa Inggeris untuk butiran lanjut, dan untuk penafian penyelidikan dan pendedahan rasmi. Walaupun laporan terjemahan Bahasa Malaysia disediakan, laporan asal dalam bahasa Inggeris hendaklah diberi keutamaan sekiranya berlaku sebarang persoalan tentang pentafsiran, percanggahan ataupun dalam hal yang lain.

Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.


Tags: Bursa MalaysiaCTOSSektorsemikonduktorteknologi
Share214ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In