Saham Pilihan Utama & Harga Sasar
- Gamuda
- Sunway Construction
- Binastra
- Saranan WAJARAN TINGGI dikekalkan

Daripada sembilan syarikat bawah liputan kajian kami yang melaporkan keputusan kewangan, tiga menepati jangkaan, tiga melangkaui ramalan dan tiga lagi mencatat prestasi bawah anggaran. Keseluruhannya, kami yakin syarikat kontraktor akan terus menjana perolehan dengan kerja yang sudah diterima dan juga kerja yang akan datang. Pada CY24, jumlah nilai kerja yang sudah dijalankan mencecah RM159bn (+20% YoY), yang tertinggi pernah direkodkan.
Prospek untuk pusat data (DC) mungkin kekal bertahan
Menurut laporan Cushman and Wakefield, terdapat kapasiti pusat data (DC) sekitar 822MW yang dirancang di Johor. Tambahan itu, Negeri Sembilan mungkin menjadi titik tumpuan untuk DC apabila Gamuda memperoleh tanah seluas 389 ekar di Port Dickson (yang mungkin dapat menampung kapasiti DC antara 500MW dan 1GW). Di samping itu, HSS Engineers sedang menyasarkan projek DC lain di Negeri Sembilan dengan saiz berpotensi mencecah 100MW.
Keseluruhannya, kami berpandangan bahawa reputasi masyhur pemaju-pemaju DC dari negara-negara Tahap 1 di Malaysia (Rajah 5) yang layak memohon status pengguna akhir sah, dapat mengurangkan risiko yang timbul daripada Peraturan Penyebaran AI AS.

Banyak projek bakal tiba
Keperluan segera untuk melengkapi Rangkaian Sistem Transit Laju (RTS) Johor Bahru–Singapura bermakna sistem pengangkutan lain perlu dibina, iaitu Transit Laju Autonomi Bertingkat (EART) di Johor. Jemputan untuk menghantar usul bagi projek ini akan dikeluarkan tidak lama lagi, dengan anggaran kos sekitar RM6-7bn. Selain itu, Laluan Kereta Api Kita Selangor (211km) yang dicadangkan dari Sabak Bernam sehingga ke Sepang dan dipanjangkan ke Negeri Sembilan merupakan tambahan kepada projek-projek yang sudah jelas diumumkan seperti Transit Aliran Ringan Pulau Pinang (LRT) (baki pakej bernilai kira-kira RM5bn) dan pelaksanaan semula lima stesen LRT3.
Prasarana berkaitan air mungkin membuka peluang untuk para kontraktor apabila Kerajaan Selangor mengusulkan pembinaan sistem terowong banjir bawah tanah bernilai RM6bn. Tambahan lagi, 35 projek tebatan banjir sedang dalam peringkat prapelaksanaan manakala 73 lagi sedang dibina – bawah Perancangan Tahunan Kelima (RP) yang diluluskan bernilai RM22.9bn dalam Rancangan Malaysia Ke-12.

Penilaian
Indeks Pembinaan Bursa Malaysia (BMCI) diniagakan pada P/E hadapan 15.2x (berbanding 19x pada akhir CY24) berikutan kegusaran yang timbul daripada Peraturan Penyebaran AI AS dan DeepSeek awal tahun ini. Pada pandangan kami, penilaian ini tidak wajar kerana BMCI diniagakan pada P/E sekitar 15-16x semasa fasa kenaikan sektor pembinaan pada tahun 2017 (tiada prospek DC wujud ketika itu, dan kami jangkakan prospek ini akan terus kukuh seperti yang disebut di atas), di samping unjuran perbelanjaan pembinaan sebanyak RM200bn oleh Kementerian Kerja Raya pada CY25.
Saham Pilihan Utama
Terdiri daripada Gamuda, Sunway Construction dan Binastra tatkala adanya aliran kontrak yang stabil, ditambah dengan keboleh-lihatan perolehan yang baik sepanjang dua tahun akan datang.
Ciri-ciri utama untuk Saham Pilihan Utama ini juga melibatkan pemelbagaian portfolio kerja – tenaga boleh baharu untuk Gamuda di Australia dan DC serta kerja pembinaan loji rawatan kumbahan untuk Binastra.
Risiko negatif utama terhadap saranan sektor:
- Pelancaran kerja memperlahan tanpa diduga
- Kekurangan buruh
- Pelaburan DC ke Malaysia semakin berkurang

Baca laporan analisis penuh: Pembinaan : Lebih Banyak Kerja Pembinaan Untuk Dijalankan; Kekal WAJARAN TINGGI (5 Mac 2025)
Laporan Sebelumnya: Pembinaan : Titik Peralihan AI Mungkin Baik Buat Pemaju DC (3 Feb 2025)
Pautan kepada laporan bahasa Inggeris: Construction : More Bricks To Lay; Stay OVERWEIGHT (5 Mac 2025)
*Nota: Laporan terjemahan Bahasa Malaysia ini merupakan versi ringkas bagi laporan asal dalam bahasa Inggeris dan diguna pakai untuk menyampaikan maklumat sahaja. Penerima dinasihatkan untuk merujuk laporan asal dalam bahasa Inggeris untuk butiran lanjut, dan untuk penafian penyelidikan dan pendedahan rasmi. Walaupun laporan terjemahan Bahasa Malaysia disediakan, laporan asal dalam bahasa Inggeris hendaklah diberi keutamaan sekiranya berlaku sebarang persoalan tentang pentafsiran, percanggahan ataupun dalam hal yang lain.

Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!
Siap dapat diskaun Early Bird!
Nak Tahu Teknik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.
Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?
Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.
Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.
Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.
Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB
✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?
✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?
✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?
Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.
Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout