• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, February 17, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Selepas Empat Hari Catat Penurunan

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) — Bursa Malaysia mengakhiri penurunan selama empat hari berturut-turut untuk dibuka tinggi pada Rabu, disokong oleh pembelian semasa harga murah tertentu dalam pasaran domestik.

Prestasi itu dicatatkan Bursa Malaysia walaupun pergerakan Wall Street hambar dalam tempoh semalaman ekoran kebimbangan mengenai perang perdagangan.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Pada pukul 9.40 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 10.06 mata atau 0.65 peratus kepada 1,565.72 daripada 1,555.66 ketika ditutup semalam.

Indeks penanda aras itu dibuka 4.90 mata lebih tinggi kepada 1,560.56.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 401 berbanding 199, manakala 328 kaunter tidak berubah, 1,403 kaunter tidak diniagakan dan enam yang lain digantung.

Jumlah dagangan mencecah 660.41 juta saham bernilai RM328.0 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata perang perdagangan yang dicetuskan oleh Amerika Syarikat (AS) mungkin boleh memuncak kerana AS telah mengancam untuk mengenakan lebih banyak tarif ke atas Kanada.

Sementara itu, beliau berkata hasil bon 10 tahun AS meningkat sedikit kepada 4.24 peratus, kerana tarif AS mungkin menambah tekanan terhadap inflasi.

“Di Hong Kong, Indeks Hang Seng merosot di tengah-tengah kebimbangan yang semakin meningkat berikutan tarif AS yang berkuat kuasa hari ini.

“Apabila negara-negara yang terkesan mula mengenakan tarif balas, ramai yang bimbang situasi ini akan memburukkan lagi perang perdagangan global,” katanya kepada Bernama.

Di dalam negara, beliau berkata FBM KLCI menyusut apabila pelabur, yang berada dalam mod mengelak risiko, melepaskan pegangan mereka berikutan keadaan yang tidak stabil ini.

“Walaupun kami tidak mengesyorkan pemburuan saham pada harga murah secara agresif, kami melihat situasi semasa sebagai peluang terbaik untuk membeli saham terpilih, terutamanya saham mewah dan saham defensif dengan hasil dividen yang lebih baik.

“Untuk hari ini, kami menjangkakan indeks akan bergerak antara 1,550 dan 1,565, dengan harapan dana asing akan segera mengutamakan Asia sebagai destinasi pilihan,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik 4.0 sen kepada RM10.64, Public Bank meningkat 6.0 sen kepada RM4.59, Tenaga Nasional naik 20 sen kepada RM13.80, IHH Healthcare bertambah 2.0 sen kepada RM7.37, manakala CIMB merosot 3.0 sen kepada RM7.97.

Bagi saham aktif, NexG naik 1.0 sen kepada 26.5 sen, Ingenieur Gudang dan Silver Ridge masing-masing menambah setengah sen kepada 3.5 sen dan 56 sen, NationGate menokok 3.0 sen kepada RM1.48, manakala Jiankun International kekal pada 4.5 sen.

Pada papan indeks, Indeks FBM Emas naik 79.12 mata kepada 11,623.99, Indeks FBMT 100 meningkat 78.69 mata kepada 11,408.84, Indeks FBM Emas Shariah menokok 82.79 mata kepada 11,246.13, Indeks FBM 70 melonjak 134.92 mata kepada 16,420.96, dan Indeks FBM ACE naik 19.28 mata kepada 4,570.65.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri meningkat 1.17 mata kepada 154.26, Indeks Tenaga menokok 2.08 mata kepada 737.08, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 77.69 mata kepada 19,336.04, dan Indeks Perladangan naik 28.57 mata kepada 7,511.58.

— BERNAMA 

Tags: Amerika SyarikatBursa MalaysiaRakuten TradetarifWall Street
Share204ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

7 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

7 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

7 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

7 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In