• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, October 31, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

Pantech Global Sasar Pengembangan Ke Afrika Utara Dan Amerika Selatan

in Asas Saham, Catalyst
A A
Pantech Global Sasar Pengembangan Ke Afrika Utara Dan Amerika Selatan
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) — Pantech Global Bhd sedang mempercepatkan pengembangan antarabangsanya, menyasarkan pasaran pertumbuhan tinggi di Afrika Utara dan Amerika Selatan selepas disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia hari ini.

Pengarah Urusan kumpulannya Adrian Tan berkata walaupun syarikat itu sudah mempunyai kehadiran di Ecuador, Peru dan Colombia, ia melihat potensi yang belum diteroka di rantau ini, justeru ia merancang untuk menjalankan operasinya di Brazil lewat tahun ini untuk menarik pelanggan dari Argentina, Chile dan lain-lain negara.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Wilayah kedua untuk langkah pengembangan ialah Timur Tengah. Kami tidak begitu kukuh dalam pasaran ini kerana pada masa lalu kami mempunyai ejen eksklusif yang meniru jenama kami secara meluas. Walaupun perkongsian itu bertujuan untuk melengkapkan perniagaan kami, mereka akhirnya meniru jenama Pantech Global.

“Ini bukan caranya kami mahu perniagaan berkembang. Akibatnya, kami telah menghentikan perkongsian itu dan melantik ejen baharu untuk memasarkan produk kami di rantau tersebut. Selain itu, kami merancang untuk beroperasi di Mesir untuk mengukuhkan kehadiran kami di pasaran Afrika Utara,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyenaraian Pantech Global Bhd hari ini.

Pada jam 5.01 petang, saham Pantech Global, penampilan sulung di Pasaran Utama dibuka pada 46.5 sen sesaham, ditutup pada 57.5 sen, mencerminkan diskaun 10.5 sen daripada harga tawaran awam permulaannya sebanyak 68 sen dengan 86.06 juta saham didagangkan, ia merupakan saham yang paling aktif didagangkan hari ini.

Tan berkata syarikat itu sedang mengembangkan bahagian pasarannya di Kesatuan Eropah (EU).

“Ketika ini kami membuat jualan di sekitar enam atau tujuh negara, bagaimanapun EU adalah luas dengan banyak pasaran untuk diteroka. Kami belum meliputi kesemuanya lagi…Pantech Global sedang berkembang secara beransur-ansur.

“Saya boleh mengesahkan bahawa tahun ini, di Eropah, Pantech Global telah meningkatkan bahagian pasaran kepada hampir 20 peratus,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai diskaun pertamanya, Tan mengaitkan harga diskaun disebabkan keadaan pasaran global khususnya di Amerika Syarikat (AS), bagaimanapun beliau menekankan bahawa asas syarikat kekal kukuh dan ia akan terus memfokuskan kepada keuntungan untuk menunjukkan daya tahan kepada pelabur.

“AS telah memperkenalkan banyak dasar baharu dan semua orang perlu menyesuaikan diri. Jadi, kami akan mengikut perkembangan berkenaan kerana perniagaan kami berasaskan eksport.

“Kira-kira 40 peratus daripada perniagaan kami berada di AS tetapi saya tidak menjangkakan sebarang isu pada masa ini kerana kami masih boleh menjual apa yang kami hasilkan dengan syarat tarif yang dikenakan terpakai (dikenakan) kepada semua orang,” katanya.

— BERNAMA

Tags: Adrian TanBursa MalaysiaPantech GlobalPasaran Utama
Share202ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

3 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

3 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

3 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

3 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In