• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, January 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Jejak Prestasi Wall Street

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka rendah pada sesi awal dagangan Selasa, menjejaki penurunan Wall Street semalaman disebabkan kebimbangan perang perdagangan semakin meningkat selepas Amerika Syarikat (AS) mengesahkan akan mengenakan tarif ke atas Mexico, Kanada dan China.

Pada jam 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 10.84 mata atau 0.69 peratus kepada 1,560.55 daripada penutup semalam pada 1,571.39.

Indeks dibuka 9.69 mata lebih rendah pada 1,561.70.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu 449 berbanding 60, sebanyak 215 kaunter tidak berubah, 1,607 tidak didagangkan manakala enam lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 265.06 juta unit bernilai RM150.21 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata pengenaan tarif terhadap Mexico, Kanada dan China berkuat kuasa hari ini.

“Sementara itu, data terkini daripada sektor pembuatan dan pembinaan menunjukkan ekonomi AS yang semakin lemah, membawa kepada penurunan dalam hasil 10 tahun AS kepada 4.159 peratus,” katanya kepada Bernama.

Di Hong Kong, beliau berkata Indeks Hang Seng bertambah baik tetapi kekal pada paras tertinggi hari ini kerana pelabur kekal berhati-hati dalam persekitaran ketidaktentuan pasaran yang meningkat.

“Bagaimanapun, Indeks Pengurus Pembelian (PMI) China yang semakin baik untuk Februari meningkatkan sentimen pasaran,” katanya.

Di peringkat tempatan, Thong berkata penurunan Bursa Malaysia semalam menunjukkan indeks akan berlegar dalam julat 1,565-1,575 hari ini.

Dalam saham wajaran tinggi, Maybank turun 4.0 sen kepada RM10.64, Public Bank merosot 1.0 sen kepada RM4.55 dan Tenaga Nasional jatuh 10 sen kepada RM13.60 manakala CIMB dan IHH Healthcare tidak berubah masing-masing pada RM8.00 dan RM7.42.

Bagi saham aktif, Silver Ridge meningkat 0.5 sen kepada 56.5 sen, Ingenieur Gudang susut 0.5 sen kepada 3.0 sen, Genting Malaysia turun 8.0 sen kepada RM1.82, Leong Hup International merosot 1.0 sen kepada 64 sen manakala TWL Holdings tidak berubah pada 2.5 sen.  

Di papan indeks pula, Indeks FBM Emas berkurangan 103.26 mata kepada 11,608.63, Indeks FBMT 100 merosot 99.55 mata kepada 11,379.82 dan Indeks FBM Emas Shariah kehilangan 122.51 mata kepada 11,225.52, Indeks FBM 70 merosot 225.59 mata kepada 16,413.79 dan Indeks FBM ACE susut 55.31 mata kepada 4,636.76.

Prestasi sektor menyaksikan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian merosot 2.22 mata kepada 154.31, Indeks Tenaga susut 6.75 mata kepada 748.80, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 89.83 mata kepada 19,294.20 dan Indeks Perladangan berkurangan 35.48 mata kepada 7,484.21. 

Sementara itu, Bursa Malaysia dalam makluman hari ini berkata dagangan dalam sekuriti berkaitan Nationgate dihentikan mulai 9.00 pagi dan disambung semula pada 10.00 pagi.

— BERNAMA 

Tags: Amerika SyarikatBursa MalaysiaRakuten TradeWall Street
Share202ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

6 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

6 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

6 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

6 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In