• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 15, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Untung Bersih FGV Melonjak Kepada RM276.25 Juta Pada Tahun Kewangan 2024

in Catalyst
A A
Saham FGV Jadi Tumpuan Ekoran Cadangan Pengambilalihan Oleh Felda
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) — Keuntungan bersih FGV Holdings Bhd meningkat kepada RM276.25 juta bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Dis, 2024 daripada RM101.62 juta yang dicatat pada tempoh sama tahun sebelumnya.

 Perolehan juga naik kepada RM22.16 bilion daripada RM19.36 bilion sebelumnya, dipacu oleh harga purata minyak sawit mentah (MSM) yang lebih tinggi iaitu RM4,102 setiap tan berbanding RM3,901 setiap tan.

Selain itu, turut mengalami peningkatan jumlah jualan dan sumbangan yang lebih tinggi daripada bahagian gula.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Bahagian perladangan mencatatkan keuntungan yang jauh lebih tinggi iaitu kepada RM260.66 juta daripada RM38.72 juta pada tahun kewangan sebelumnya.

“Pertumbuhan ini dipacu terutamanya oleh peningkatan sembilan peratus dalam pengeluaran tandan buah segar (BTS) yang meningkat kepada 3.97 juta tan daripada 3.62 juta tan selain hasil yang lebih tinggi iaitu 15.56 tan sehektar, naik daripada 13.59 tan sehektar,” katanya.

Sementara itu, FGV berkata bahagian gula mencatatkan keuntungan sebanyak RM79.33 juta, satu peningkatan yang ketara berbanding kerugian sebanyak RM23.15 juta pada tahun kewangan 2023.

 “Keuntungan ini dipacu oleh peningkatan margin yang lebih baik daripada harga jualan purata yang lebih tinggi, peningkatan jumlah jualan serta insentif yang diterima untuk gula dibungkus tertentu serta dijual di pasaran domestik selain penggunaan kapasiti yang lebih baik,” katanya.

Pada suku keempat tahun kewangan 2024, FGV mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi iaitu sebanyak RM116.21 juta berbanding RM70.44 juta pada tempoh yang sama tahun sebelumnya manakala perolehan menokok kepada RM5.92 bilion daripada RM5.36 bilion.

Mengenai prospek, FGV berkata harga MSM dijangka kekal tinggi pada separuh pertama 2025 susulan lonjakan penghujung tahun yang berterusan sehingga ke tahun baharu akibat pengeluaran BTS yang lebih rendah secara musiman, peningkatan mandat biodiesel Indonesia dan bekalan minyak sayuran yang lebih terhad.

“Bahagian perladangan kami dijangka memperkukuhkan operasinya untuk mencapai sasaran hasil dan kadar pengekstrakan minyak kumpulan.

“Bahagian gula kami pula sedang memperkukuhkan kehadirannya di pasaran domestik dan eksport sambil meneroka peluang di rantau ini,” katanya.

Menurut FGV, kumpulan terus berunding dengan kerajaan mengenai mekanisme penetapan harga yang mampan untuk kestabilan industri.

Katanya bahagian logistik dan sokongan sedang meningkatkan kapasiti dan kebolehpercayaan untuk memenuhi permintaan produk bernilai tinggi sambil memberi tumpuan kepada pengoptimuman kos, kerjasama dan peluasan rangkaian untuk memacu pertumbuhan.

“Kumpulan kekal komited terhadap operasi bertanggungjawab yang berpandukan rangka kerja kelestarian yang dipertingkatkan.

“Tanpa sebarang keadaan yang tidak dijangka, lembaga pengarah menyasarkan prestasi kumpulan akan bertambah baik pada tahun kewangan semasa,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV Fakhrunniam Othman berkata 2024 menjadi tahun yang mencabar namun memberi ganjaran selain membuktikan daya tahan FGV dalam pasaran yang semakin dinamik dan terkawal.

“Harga MSM mengalami turun naik akibat perubahan bekalan selain permintaan global selain ketegangan geopolitik manakala piawaian pensijilan serta kelestarian yang lebih terhad seperti Rundingan Meja Bulat Minyak Sawit Lestari (RSPO) dan Peraturan Penyahhutanan Kesatuan Eropah (EUDR) mendorong kami untuk meningkatkan piawaian.

“Selepas berdepan 2023 yang sukar, kami kembali lebih kuat, menghasilkan keputusan yang kukuh selain mengesahkan kedudukan kami sebagai pemain utama dalam perniagaan tani,” katanya.

Kumpulan mengumumkan pembayaran dividen akhir sebanyak 5.0 sen sesaham yang diterjemahkan kepada jumlah pembayaran dividen kira-kira RM182.41 juta.

— BERNAMA

Tags: FGV HoldingsKeputusanMSMsuku keempat tahun kewangan 2024tahun kewangan 2024
Share218ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

10 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

10 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

10 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In